ALMA LASER PERKENAL ACCENT PRIME, RAWATAN KECANTIKAN TERCANGGIH
Dewasa ini terlalu banyak munculnya kaedah dalam rawatan kecantikan waima memperlihatkan kepelbagaian produk diperkenalkan bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Sejujurnya Kak Fas bukanlah dalam golongan yang terlalu taksub dengan rawatan-rawatan moden yang ditawarkan menggunakan teknologi canggih bahkan mahu melakukan rawatan muka biasa pun tiada berkesempatan.
Bukannya tidak mahu malah dapat percuma pun kadangkala Kak Fas tiada masa terluang maklumlah setiap rawatan muka perlu berbaring berjam-jam dalam salon kecantikan. Mana ada masa nak duduk lama-lama…
Tetapi dalam keadaan cuaca yang panas sekarang ini Kak Fas tidak menafikan penjagaan rawatan muka sebenarnya bagus untuk kulit cuma disebabkan tiada masa maka rawatan biasa sahaja dilakukan sendiri di rumah.
Rawatan yang dilakukan sendiri tentulah tidak padat sebagaimana yang dilakukan di salon ya tak? Di rumah tiada peralatan khas untuk apa-apa tujuan rawatan sekali pun.
Ya… cuma 20 minit…. Itulah yang dijanjikan sekiranya ko orang mencuba rawatan menggunakan Accent Prime, produk terbaharu daripada Alma Lasers – innovator global dalam penciptaan laser.
Sudah 10 tahun sebenarnya Alma Lasers mengabadikan produknya kepada pengguna namun ini juga pertama kali Kak Fas mengetahui mengenai jenama tersebut. Maklumlah seperti yang Kak Fas katakan, Kak Fas jarang sungguh ke pusat rawatan kecantikan.
Jadi sempena ulang tahun penubuhan Alma Lasers ke sepuluh…. Lahirnya sebuah lagi teknologi terbaharu khas untuk rawatan penegangan kulit dan pengkonturan badan berasaskan cahaya, frekuensi radio Unipolar serta ultrabunyi .
Merupakan generasi ke empat sejak generasi pertama Accent dikeluarkan pada tahun 2007, Accent Prime merupakan inovasi termaju dihasilkan untuk pelanggan yang mahukan rawatan pantas tetapi hasilnya berpanjangan dan memuaskan.
Kak Fas antara undangan media dan bloggers yang berpeluang menyaksikan di hadapan mata sendiri bagaimana mesin ini mampu membuat rawatan pengkonturan badan serta ‘face lifting’ atau menegangkan kulit muka yang kendur hanya dalam masa 20 minit,
Bak kata pakar jemputan, Naib Presiden Persatuan Perubatan Aestetik Laser Spanish, Dr. Pablo Naranjo, “Dalam masa anda berehat sejam daripada pejabat anda boleh mendapatkan rawatan ini dan kembali sambung tugas kemudiannya kerana ia cuma mengambil masa 20 minit.”
Jadi u alls… boleh la lari-lari malah jika tak nak bawa kereta boleh aje naik tren atau pun panggil Grab dan Uber yang akan datang sekejap sahaja.
Nak tahu berapa harga rawatannya?
Oh itu ko orang kenalah pergi ke klinik yang membuatkan rawatan sebab setiap rawatan yang diberikan tergolong kepada lima kategori seperti berikut:
• Body contouring (pengkonturan badan)
• Face contouring (pengkonturan muka)
• Skin Tightening (Menegangkan kulit)
• Cellulite (Selulit)
• Skin Resurfacing/Rejuvenation (Rejuvinasi/Pemulihan Kulit)
Dan setiap rawatan tentulah harganya berlainan. Tetapi sebelum pergi jika nak tahu lanjut atau nak buat tempahan boleh berhubung dengan Idealyst Clinic & Medispa, KL Trillion melalui talian 03-2722 7307 beralamat di Unit 3A-9, 4th Floor KL Trillion, No 338, Jalan Tun Razak. Kuala Lumpur.
Tetapi apa yang Kak Fas tahu satu sesi rawatan untuk ‘Love Your Shape’ bernilai RM12,000…wow!
Apabila membayar dengan harga yang tinggi sudah tentu kesannya pun terbaik ya tak..berbaloi dengan wang ringgit yang dibelanjakan.
Kak Fas rasa rawatan ini paling sesuai diambil peluang oleh artis-artis yang sudah tentu mahu mengekalkan bentuk badan yang menawan.
Tidak hairan lah pada majlis pelancarannya Kak Fas lihat ramai rakanrakan artis yang hadir antaranya seperti Dafi, Maya Matahari, Zihan Muse, Reyhana, Isma AF dan Fazli Zainal.
PR Sam Kasssim (tengah) bersama barisan artis undangannya. |
Selain para selebriti turut hadir beberapa barisan Ratu Cantik di Malaysia.
Accent Prime turut menyediakan tiga aplikator berkuasa tinggi iaitu ‘Tune Large”, “Tune Face” dan “Tune Periorbital” dimana melalui kaedah ini ia menggunakan mechanism vakum sejuk bagi memaksimumkan keberkesanan rawatan dalam masa rawatan singkat.
Pun begitu, bagi mereka yang benar-benar mahu mencuba bolehlah berhubung dengan pihak Accent Prime sebab sekarang ini mereka sedang menjalankan kempen ulangtahun ke-10 sepanjang 2017 di mana ada juga peraduan yang dianjurkan melalui laman sosial Facebook malah boleh menyaksikan video dan penyebaran isi kandungan digital yang mempamerkan kejayaan jenama Accent Prime
Ni Kak Fas turunkan sikit apa kata Ketua Pegawai Eksekutif Alma Laser, Dr. Ziv Karni:
“Kami amat teruja untuk meraikan warisan Accent dan kejayaan sedekad yang bermakna dalam pembentukan jenama dan kemuncak teknologi dalam industri penegangan kulit dan pengkonturan badan. Selama 10 tahun Perjalanan Accent – Accent Prime – telah mengubah rentak industri dan menawarkan penyelesaian perintis untuk rawatan jenis kulit yang berbeza, yang belum pernah berlaku dan tercapai sebelum ini”
Tu dia serba ringkas mengenai produk ini tetapi jika nakkan info lanjut berhubung aspek teknikel boleh layari http://www.almalasers.com atau menghubungi Danny Leong, HealMatrix Sdn Bhd di talian +6018 252 9008 atau emel ke healmatrix@gmail.com.
Kak Fas layan sikit gambar-gambar sekitar majlis ya....
Bersama rakan blogger-.Misz Ella, Hanny dan Ainie dengan Dr. Pablo baru-baru ini. |
DENGAN rakan-rakan artis yang dah lama Kak Fas kenali. |
Berdiri di sebelah Dr. Pablo terasa rendahnya... tetapi Dr. Pablo kelakar orangnya... sanggup nak rendahkan diri agar nampak sama tinggi dengan Kak Fas hahaha... "So cute... you don't have to do that Dr. Pablo...."