ISAGENIX PRODUCT B KAWAL PROSES PENUAAN
Isagenix!
Apa tu? Ko orang pernah dengar tak ‘Isagenix”?
Kalau tanya Kak Fas… ‘it doesn’t ring a bell..” tu dia cakap ‘mat salleh’ pulak. Maksud Kak Fas… memang nama itu asing pada halwa telinga Kak Fas.
Namun bagi mereka yang aktif dalam urusan perniagaan MLM contohnya, sudah pasti pernah mendengar produk ‘Isagenix” ini.
Chopppe!
Sebelum Kak Fas merepek jauh … baik Kak Fas cakap ‘straight to the point’ ya…
Sekali lagi secara jujurnya Kak Fas nyatakan jenama ‘Isagenix’ ini memang asing bagi Kak Fas apatah lagi Kak Fas ini bukan kaki bisnes… tengok dan sokong bolehlah tetapi nak berjualan dan sebagainya…mohon maaf huhu…
Kak Fas diperkenalkan kepada Isagenix kala menerima undangan rakan blogger, Misz Ella untuk bersamanya hadir ke majlis pembukaan rasmi pejabat baharu Isagenix, yang terletak di Bangsar South, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Khabarnya, Malaysia mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai ibu pejabat Isagenix Asia Tenggara. Tahniahlah Kak Fas ucapkan.
Sejujurnya semasa dalam perjalanan Kak Fas masih tertanya-tanya dalam hati produk apa sebenarnya Isagenix ini… nak tanya Mr. Google tak kesempatan la pulak….
Sebaik sahaja tiba di pekarangan pejabat Isagenix, bertempat di The Vertical Suites, Bangsar, Kuala Lumpur, Kak Fas terkejut melihat kehadiran lebih dari 450 orang tetamu memenuhi ruang pejabat, di mana barangkali setengah daripadanya terdiri darpada wakil-wakil pengedar Isagenix.
Yang hadir bukan sahaja dari Malaysia bahkan pengedar dari Indonesia, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan USA, Negara yang melahirkan produk Isagenix.
Mereka bertepuk sorak mendengar ceramah orang-orang kuat di sebalik pentadbiran Isagenix antaranya, Sandy Lord, (Regional General Manager SEA). Ucapannya berapi-api dan penuh positif. Begitu juga kala Travis Ogden (President and Chief Operating Officer) memberikan kata-kata perangsangnya disambut riuh oleh pengedar-pengedar yang hadir.
Ogden mensasarkan mampu memperoleh pulangan $2 bilion dalam tempoh 3 tahun melalui jualan produk-produk Isagenix.
Ya… Isagenix merupakan syarikat pengeluar makanan kesihatan bernutrisi tinggi yang ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 2002 dan telah berada di pasaran Malaysia sejak Oktober 2013.
Ohh… dah lama rupanya ada kat Malaysia… Kak Fas je yang tak tahu…. Huhu
Mana nak tahu… dunia perniagaan bukan dunia Kak Fas… Kak Fas hanya seorang wartawan cum penulis cum blogger cum PR tetapi bukan cum bisnes women.
Entahlah Kak Fas seronok tengok wanita berbisnes yang berjaya tetapi berniaga tiada dalam jiwa Kak Fas…nak buat macam mana kan?
Anyway… apabila berada di kalangan pengedar-pengedar Isagenix yang positif dan bersemangat pada petang itu… Kak Fas turut naik semangat tetapi naik semangat je… tak lah sampai nak mula bisnes… renung renung bolehla…apa yang Kak Fas boleh bantu hanyalah menyokong melalui penulisan Kak Fas ni.
Di situ juga, Isagenix membuktikan keberkesanan produk dengan menampilkan tiga orang pemenang yang telah menyahut cabaran 'IsaBody Challenge" di mana mereka berjaya menurunkan berat badan dari gemuk sehingga 'slim' gitu.
Mereka terdiri daripada Roey Kwa (kanan), Khairulnizam Md Hairuddin dan Melanie Foo. Nah tengok saiz seluar Khairulnizam tu... besar gila... Apa pun Khairul dan Roey menerima wang USD500 setiap seorang manakala pemenang utama, Melanie mendapat USD1,000.
Selesai majlis, baharulah Kak Fas diperkenalkan oleh Misz Ella kepada empunya badan yang menjemput iaitu Della atau nama penuhnya, Raja Adella Raja Kamarulzaman. Della bertuah petang itu apabila nombornya memenangi cabutan bertuah.
Daripada kecergasannya serta keaktifannya, Kak Fas dapat jangka Della seorang yang tentu merupakan antara pengedar yang berjaya waima ramai yang bertegur sapa dengannya.
Dan bila ditanya siapa mereka. Jawabnya, “oh mereka rakan niaga saya.”
Wah… Kak Fas tengok mereka-mereka itu bukan sahaja di kalangan orang Melayu malah bangsa asing pun sudah berada di bawah payung Della. malah pengedar dibawah jaringannya sudah melebihi 10,000 orang di Malaysia dan Indonesia.
“Para pengedar dibawah jaringannya sudah melebihi 10,000 orang di Malaysia dan Indonesia.,” cerita Della dalam wajah yang ternyata nampak puas dan bangga dengan pencapaiannya apatah lagi mendapat sokongan padu daripada suami tercinta serta anak-anak yang turut hadir.
Isagenix sebenarnya mempunyai pelbagai produk kesihatan antaranya seperti
IsaShake, Cleanse For Life, Isalean Pro, Isa Bar, Fibresnacks, Isagenix Snacks, Isagenix Amped dan Isagenix Ionix.
Tetapi di sini, Kak Fas tak mahulah bercerita panjang lebar mengenai setiap satu produk tersebut. Nak tahu khasiat dan kepentingannya pada badan sebaiknya ko orang google aje dengan melayari laman web www.isagenix.com. Di situ ko orang boleh baca sepuas-puasya ya..
Cuma Kak Fas nak sentuh sikit mengenai Product B yang merupakan produk terbaharu dilancarkan pada majlis berkenaan.
Secara ringkasnya sahaja ya... agar ko orang mudah faham….
Product B keluaran Isagenix ini bersifat Vegetarian dan tidak mengandungi sebarang lemak haiwan mahu pun bahan kimia serta racun larangan.
Ia diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi seperti antaranya ekstrak kunyit, ekstrak milk thistle, ekstrak pomegranate, ekstrak teh hijau, ekstrak bilberry, blueberry & red raspberry, panax ginseng, esktrak chia seed dan L-glutathione.
Bersifat anti penuaan, produk ‘reverse aging’ yang boleh dinikmati oleh setiap individu berusia 18 tahun ke atas ini merupakan sejenis makanan tambahan yang memberi sokongan antioksidan kepada tubuh badan manusia, menjadikannya kembali muda.
Kalau dah usia masuk ‘senja’ macam mana pula boleh kembali muda ya tak?
Well… menurut kata pakar pembuatannya, produk ini mampu melambatkan proses penuaan dan memastikan DNA dan ciri-ciri genetik tetap utuh untuk lebih lama apabila telemore dilindungi.
Oops apa itu telemore?
Kak Fas tak mahu cerita secara saintifik dan teknikel bab sel-sel dalam badan kita ini nanti ko orang lagi pening.
Apa yang Kak Fas boleh katakan, badan kita ini mengandungi sel-sel kecil yang dikenali sebagai kromosom.
Kromosom pula secara amnya adalah sehelai DNA panjang yang bertanggungjawab ke atas semua proses yang berlaku dalam badan kita. Kesemua maklumat genetik penting dan ciri-ciri peribadi kita (contohnya warna rambut, jenis kulit, jantina) disimpan dan boleh didapati didalam DNA tersebut.
Pada setiap hujung kromosom berkenaan pula terdapat telomere yang berfungsi untuk melindungi kromosom daripada kerosakan.
Dalam erti kata mudah, apabila seorang manusia itu membesar telemore pada kedua-dua hujung kromosom menjadi lebih pendek dan ada kalanya ia turut hilang
Apabila telomeres menjadi terlalu pendek, ia boleh mendatangkan kerosakan pada bahagian-bahagian penting di dalam DNA dan menyebabkan sel-sel DNA tersebut berhenti membiak dan memasuki “tempoh penurunan sel” dan berlakulah penuaan.
Kajian para Saintis mendapati bahawa dengan melindungi telemore, ianya terbukti berkesan untuk melambatkan proses penuaan dan memastikan DNA dan ciri-ciri genetik tetap utuh untuk lebih lama.
Jadi di sinilah peranan Product B membantu dalam melidungi telemore dengan tiga cara iaitu:
• Memberi sokongan antioksidan – menyokong enzim antioksidan badan
• Memberi sokongan sel-sel badan – mengekalkan keharmonian fungsi sel
agar sel-sel badan mampu berfungsi dengan baik walau dihimpit penuaan
• Menjadikan tubuh badan lebih sihat – memberi perlindungan sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas
Pendekata, antara fakta lain yang menarik tentang kebaikan Product B adalah :-
• Setiap hidangan memberi 35% daripada Vitamin C harian
• Setiap hidangan memberi 50% daripada Vitamin E harian
• Setiap hidangan memberi 333% daripada Vitamin B12 harian
Cara-cara pengambilan Product B adalah sangat mudah ~ 2 biji setiap pagi dan petang (2 kali sehari).
Rasanya dah cukup kut Kak Fas cerita fasal product B kan? Panjang-panjang nanti ko orang ‘confuse’ lak… tetapi kalau berminat dan nak tahu lanjut mahu pun nak jadi usahawan produk-produk Isagenix.. boleh sahaja berhubung dengan Della.
Kak Fas yakin dengan pengetahuan dan pengalaman Della menguruskan hal ehwal Isagenix, ko orang mendapat seorang ‘sifu’ terbaik…wajahnya yang ayu pun sejuk mata memandang… malah tutur katanya yang lembut sudah tentu membuat ko orang rasa selesa. Bila renung lama-lama macam ada mirip penyanyi Ezlynn pulak hihi...
Dia tak garang tau.. jangan takut… Kak Fas pun walau pun pertama kali bertemu dengan Della dah terasa macam dah lama mengenalinya.
Orangnya memang peramah dan mudah mesra didekati… tanya sahaja apa berhubung Isagenix, Della mampu menjawabnya.
Jadi jika nak berhubung dengan Della boleh call talian 014-2376188 atau layari www.dellarich. isagenix.com/
Bagi Della sudah pasti dia akan menerima ko orang dengan tangan terbuka… bak kata pepatah 'kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan!'
Betul tak Della? Hihi
Cuma pesan Kak Fas… bila berhubung dengan Della topik jangan meleweng ya… cakap-cakap kosong tak mahu… yang berisi isi sahaja tau…
Bukan senang nak jadi usahawan u alls… bukan buka hari ini esok dah kaya tetapi harus mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran untuk berjaya seperti Della hari ini….
Teringat kata Della, “yang penting kita jangan malu tetapi terus berusaha walau pun harus tebalkan muka dan tunggu lama….”
Ya lah… rezeki bukan datang bergolek tau…yang bergolek..hanya kambing golek sahaja haha…. Jadi usaha tanpa putus asa… itu yang penting….
Hidup Isagenix! Tahniah Della.