Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JAMAL ABDILLAH JADI TUMPUAN PELANCARAN SMART MALL



"Rebut peluang ekonomi digital".... memetik kata-kata perangsang Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Atas semangat itulah maka kini terdapat begitu banyaknya peluang perniagaan melalui digital di mana konsep perniagaan E-business semakin berkembang.

Terbaharu, Smart Mall antara yang mampu memberikan persaingan sihat kepada aplikasi membeli-belah dalam talian yang lainnya seperti Carousel, Lazada, 11th Street dan sebagainya.

Dengan wujudnya banyak aplikasi e-bisnes, memudahkan netizen memperoleh dan membeli hanya di hujung jari tanpa perlu lagi keluar rumah menempuh kesesakan lalu lintas dan mencari parkir bagai.

Pun begitu... setiap rangkaian membeli-belah atas talian ini seharusnya ada kelebihan antara satu dengan yang lain waima sekiranya konsep yang diterapkan sama dan barang jualan pun sama sudah tentu pelanggan bosan melihatnya malah menumpukan perhatian kepada aplikasi yang sering digunakan sahaja.

Barangkali 'Smart Mall" ada kelainannya?

"Smart Mall merupakan sebahagian dari e-bisnes yang lebih luas di mana pengguna boleh melakukan transaksi komersial seperti transfer dana secara elektronik, SCM (supply chain management) pemasaran elektronik (e-marketing) atau peasaran online, pemprosesan transaksi online, pertukaran data elektronik dan lain-lain," jelas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Nasri Md Yusof pada sidang akhbar selepas perasmian 'Smart Mall' oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Wira Dr. Abu Bkar Mohamad Diah baru-baru ini.

Menurutnya, secara ringkas, Smart Mall adalah penyebaran, pembelian, penjualan, pemasaran barang melalui sistem elektronik  seperti internet atau televisyen, www, atau rangaian komputer yang lain.

"SmartMall dapat melibatkan transfer dana elektronik, pertukaran data elektronik, sistem pengurusan inventori automatik dan sistem pengumpulan data automatik.

Mempunyai 2,000 keahlian keanggotaan kini, Smart Mall  yang merupakan antara pemangkin aplikasi pintar melalui kaedah pembelian secara maya yang boleh dipercayai malah semakin berkembang, dijangka dapat menarik perhatian ramai dalam tempoh terdekat.

Ini disebabkan semakin  pesatnya perkembangan teknologi informasi baik dalam segi kecekapan mahu pun keamanannya, sehingga memunculkan idea-idea gagasan untuk menjadikan teknologi makluat itu sebagai media untuk melakukan pemasaran, promosi bahkan transaksi data yang dianggap dapat memberi kesan yang lebih efisyen dan mempermudahkan transaksi jual-beli.

Melalui aplikasi ini juga, pengguna berpeluang mendapat barangan edisi terhad atau yang tidak dijual di negara ini pada harga lebih murah.

"Pendekata, kita dapat meneliti barangan yagn dipamerkan dalam internet, membuat perbandingan harga sebelum menghubungi pihak yang menjual produk tersebut melalui atas talian," akhiri Encik Nasri.

FOTO: CT Dimiatri.

Turut hadir bersama Encik Nasri dan Datuk Wira Abu Bakar ialah Pengarah Urusan, Encik Nor Zahril Othman serta Hj Rozman Shafie atau lebih dikenali seabgai komposer LY.

Pada majlis pelancaran, Raja Pop Datuk Jamal Abdillah mencuri tumpuan ramai dengan lagu-lagu popularnya malah khalayak yang hadir tidak melepaskan peluang mara ke hadapan pentas untuk mengambil fotonya melalui telefon bimbit masing-masing.

Barangkali kerana ini lah juga, penganjur mengambil peluang mengajak tetamu kehormat ke majlis sidang media di sebuah bilik khas lain kala Jamal mendendangkan lagu-lagunya.

Jika tidak tentu sukar bagi peminatnya untuk mendekati Jamal di bahagian depan pentas sekiranya tetamu jemputan khas masih berada di situ.

Selain Jamal turut menyerikan majlis beberpa penyanyi undangan lain seperti Riz AF, Dr. Ann Kilauan Emas serta Farra Ahmad dan Redza Hamid bersama pengacara AG Kool FM.