Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NAK MILIKI MOTOR ZUL ARIFFIN, BELI 2 TIKET TONTON 'J REVOLUSI'


Apakah ko orang peminat hero Malaya ala-ala Arnold Scwarzenegger atau pun 'Rambo" ...siapa lagi jika bukan Zul Ariffin?

Jika minat sesngat sudah tentu ko orang dah pun tonton filem 'talk of the town' kini iaitu 'J Revolusi".

JIka dah tonton ...ingat jangan buat tiketnya dan kepada bakal penonton juga dinasihatkan simpan keratan tiket anda kerana anda berpeluang memiliki motosikal yang anda tonton dalam filem tersebut. Malah lebih istemewanya motosikal berkenaan adalah milik Zul Ariffin sendiri.

Ya...berita baiknya, Zul Ariffin bakal menghadiahkan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama Ducati Hypermotard milik peribadinya itu kepada penonton bertuah filem ini . 

Seperti yang ko orang tonton...motosikal milik Zul Ariffin ini telah digunakan dalam beberapa babak aksi di dalam filem berkenaan. 

Untuk menyertai peraduan ini, penonton hanya perlu membeli DUA tiket filem 'J Revolusi' dan nyatakan pendapat mereka di Facebook atau Instagram mengapa 'J Revolusi' merupakan filem aksi wajib tonton 2017. 

Untuk info penuh peraduan,penonton boleh lawati akaun Facebook dan Instagram 'J Revolusi'. 

Penyertaan peraduan ini telah dibuka bermula 17 Mac yang lalu dan akan berakhir pada 2 April nanti.

Buat pertama kalinya di dalam sejarah perfileman Malaysia, sebuah peraduan mengenai filem menawarkan hadiah milik peribadi pelakon utama yang bernilai lebih RM70, 000 kepada peminat.




Selain motosikal, penonton 'J Revolusi' turut berpeluang untuk memenangi beberapa barangan peribadi milik Zul Arifin yang turut digunakan di dalam filem aksi ini. 

Inisiatif ini adalah sebagai tanda penghargaan pelakon versatil ini kepada para penonton yang memberikan sokongan berterusan terhadap filem 'J Revolusi'.

Filem penuh aksi terbitan Grand Brilliance dan Infinitus Productions terus menunjukkan prestasi yang cemerlang setelah berjaya meraih kutipan lebih RM6.3 juta dalam masa tiga minggu sejak mula ditayangkan.

Filem sulung arahan Zulkarnain Azhar ini berjaya menarik minat lebih 500, 000 orang penonton dalam misi pecah panggung yang dilancarkan sejak ia mula ditayangkan di lebih 120 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei pada 2 Mac yang lalu.

Diedarkan oleh Primeworks Distribution, 'J Revolusi' yang disebut-sebut sebagai filem wajib tonton 2017 ini masih ditayangkan di pawagam di Malaysia dan Singapura.

Untuk maklumat lanjut mengenai filem 'J Revolusi', sila layari www.jrevolusi.my.

Jadi u alls apa lagi jom tengok wayang sebelum tarikh tutup 2 April ini...mana tau kut kut bertuah... dapatlah simpan motosikal atau barang milik Zul Ariffin gitu...