Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIFUFBADS BANTU USAHAWAN TINGKAT BISNES MELALUI FACEBOOK


Jika Kak Fas sebut nama Datuk Seri Vida mahu pun Fizo Omar contohnya... sudah tentu ko orang kenal kan? 

Tetapi tahu tak ko orang siapa sebenarnya 'sifu' kedua-dua personaliti cum usahawan ini dalam membina perkembangan bisnes mereka? Siapa yang mengajar?

Memang lah mereka itu mempunyai segulong ijazah dalam bidang masing-masing tetapi bila berhadapan dengan realiti bisnes jika tanpa ilmu yang mencukupi dalam berniaga tak jalan juga apatah lagi sekarang ini sosial media memainkan peranan sama penting dalam soal pemasaran dan promosi.
MOHD Effandy (kiri)) dan Trainer Syafiq.

Jangan terkejut ya...sebenarnya kedua-dua mereka ini pernah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada sekumpulan anak-anak muda di bawah payung 'SifuFBads' - ia itu
sebuah syarikat penyedia latihan konsultasi dan bimbingan kepada usahawan khususnya dalam bidang pemasaran online yang diasaskan oleh Jamaluddin Bahari atau lebih dikenali sebagi Sifu Jamal melalui firmanya, Sifufbads Sdn Bhd.

Sejak memulakan seminar pertamanya pada tahun 2014 di WIsma MCA Kuala Lumpur, dengan kehadiran 1,000 peserta, Sifufbads sehingga kini telah mampu menarik penyertaan sehingga mencecah 30,000 orang,

Dan atas sambutan dan kejayaannya melahirkan ramai alumni yang berjaya dalam perniagaan dan membina jenama di pasaran tempatan seperti antaranya De’Xandra, Marshmallowscarf, Caryazara dan Mamadil, Sifufbads mahu terus memacu ke hadapan buat tahun 2017 ini.

Malah firma konsultan internet ini mensasarkan  2021 sebagai tahun yang mampu menjadikan Sifufbads no 1 di Asia Tenggara.

Dan target pada tahun 2030 pula Sifufbads merancang menjadi penyedia latihan internet marketing berwibawa di peringkat global.

Wah... sudah jauh nampaknya pelan perancangan Sifufbads... semoga tercapai...

Selain itu, misi utama Sifufbads adalah melahirkan 50 trainer terlatih untuk ditempatkan di 20 cawangan seluruh negara dan Asia Tenggara di mana tugasan mereka adalah memberi khidmat nasihat kepada usahawan-usahawan membuat pemasaran yang betul dan efektif.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SifuFBads Sdn Bhd, Mohd Effandy Saadon, kajian yang dilakukan sepanjang tempoh 2015 hingga 2016... di dapati hampir 80 peratus  pemilik bisnes tidak memanfaatkan sepenuhnya teknologi hari ini terutama platform Facebook untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Ya... Kak Fas akui pelbagai peluang muncul di dalam bisnes internet yang menjanjikan pulangan yang besar sekiranya bijak menggunakan kemudahan teknologi berkenaan. 



“Facebook adalah salah satu platform terbaik untuk peniaga memberitahu kewujudan produk atau servis mereka kepada bakal pembeli. Sayangnya ramai dalam kalangan mereka yang gagal menggunakan Facebook sebagai medan perniagaan," tambah Mohd Effandy pada sidang media Siri Jelajah SifuFBads 2017 semalam.

Sejujurnya inilah pertama kali Kak Fas mengenali Sifufbads  maklumlah walau pun sekarang sedang 'blogging" namun  tugasan ini sekadar menyambung minat terhadap bidang penulisan al maklum 28 tahun bergelumang dalam dunia kewartawanan. Jadi tak reti-reti nak 'pencen' menulis kata orang huhu...

Dan apabila mendapat jemputan hadir ke majlis Sifufbads... tentulah Kak Fas ambil peluang mengenali lebih mendalam khidmat yang diberikan perunding internet ini. 

Mendengar pelan perancangan yang diaturkan Kak Fas pasti ramai yang menunggu kehadiran kumpulan Sifufbads ke tempat mereka.
Master Trainer,  Syafiq  Md Taib antara yang penceramah.

Jangan risau u alls... untuk tahun ini SIfufbads sudah pun rancang siri jelajah FBads 2017 bagi memenuhi permintaan mereka yang tidak dapat hadir sebelum ini.

“Siri Jelajah FBads 2017 antara usaha kami untuk menyampai di samping berkongsi ilmu tentang pengiklanan Facebook kepada seramai mungkin kepada mereka yang berada di luar Kuala Lumpur seperti mana yang pernah dilangsungkan di Johor Bahru pada 18 Februari dan Kota Bharu pada 11 Mac lalu. 

“Alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan dan berdasarkan sokongan itu, nampaknya kami terpaksa mempertimbangkan sekali lagi untuk mengadakan seminar di kedua-dua bandar itu untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas,” ujar Mohd Effandy selanjutnya.

Pun begitu, siri Jelajah SifuFBads 2017 akan mula diteruskan  kembali dengan lokasi pertamanya di Pulau Pinang pada 22 April, Kuala Lumpur (29 April), Shah Alam (6 Mei) serta Kota Kinabalu, Kuantan dan Ipoh (masih belum mempunyai tarikh tetap). 


Peserta yang hadir bukan sahaja akan pulang dengan dada berisi ilmu tetapi setiap mereka juga akan diberikan sebuah buku secara percuma bertajuk '7 Steps FB Ads For Business Owner' yang ditulis sendiri oleh pihak Sifufbads. 

Pendaftaran ke seminar dengan yuran RM150 boleh dilakukan secara online dengan melayari laman www.sifufbads.com/7step. 

Malah jika tidak berpeluang hadir ke seminar pun, Sifufbads bermurah hati memberikan anda buku tersebut secara percuma dengan hanya mendaftarkan diri  melalui laman web yang dinyatakan tadi.

Pendekata, jika ko orang kosong pengetahuan sekali pun dengan membaca buku ini ko orang boleh belajar sendiri... jadi rajin-rajinlah menimba ilmu melalui pembacaan ya.. 

Buku ini antara lain membantu para usahawan dalam memahami apa itu perniagaan online secara ringkas dan seterusnya dapat membantu mereka untuk memulakan perniagaan online melalui 7 langkah mudah ....seperti judul buku.

Namun bagi bakal usahawan atau pun usahawan yang sudah pun mempunyai bisnes tapi kurang ilmu berniaga disyorkan  mendaftar untuk seminar siri jelajah  sifuFBads ini kerana anda akan diberi pendedahan bagaimana menggunakan platform Facebook sebagai medium pemasaran dengan cara lebih bijak dan berilmu kerana media sosial ini sangat bermanfaat untuk mengembangkan bisnes. 



“Biar modal anda menimbun setinggi Gunung Fuji tetapi tanpa ilmu perniagaan anda mungkin akan menjurus kepada kerugian. Seperti juga ilmu pengiklanan Facebook, anda perlu berhati-hati memilihnya kerana ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Perubahannya sangat pantas, jadi pastikan setiap iklan yang anda lakukan tidak sia-sia dan sampai kepada audien sasaran. Di sinilah pentingnya pembelajaran untuk mendapatkan ilmu itu.

“Ilmu akan membuatkan anda yakin untuk terus berada di dalam lapangan perniagaan. Keyakinan akan membawa anda pergi lebih jauh untuk mencapai matlamat dan menguatkan lagi tindakan mengejar kejayaan. Saya yakin, anda boleh menjadi usahawan hebat dengan adanya ilmu, tindakan dan mentor yang sentiasa memberi bimbingan,” nasihat ikhlas  Mohd Effandy. 



Foto daripada facebook SifuFBads.