BOY IMAN TAWAR RUMAH 'DBI HOMES' SERENDAH RM50K, HADIAH MENARIK
Jika ‘Air Asia’ mencipta tagline “Now Everyone Can Fly” waima memberi peluang kepada khalayak untuk jelajah dunia, kini satu lagi impian boleh terlaksana dengan wujudnya pula slogan “Every One Can Have A Home’… yang membawa erti kata.... kini semua orang sudah boleh memiliki rumah…
Pendekata, tidak perlu lagi menyewa rumah orang tetapi tinggal di rumah sendiri….best kan?
Maksudnya?
Maksud Kak Fas dengan adanya initiatif yang diusahakan oleh syarikat DBI Techonology Sdn Bhd melalui projek “DBIHomes” …. ko orang kini mempunyai peluang memperoleh aset bagi menjamin masa depan ekonomi keluarga.
Masih keliru dan belum faham? Ok meh Kak Fas ‘story’ lanjut ya…
‘DBI Homes’ merupakan sebuah projek perumahan alaf baharu berdaya saing, menggunakan Industrial Building System atau IBS., yang dibina oleh syarikat perumahan dan hartanah bumiputera dimiliki Dato Dr. Boy Iman A. Rahman. Macam 'familiar' kan nama ni?
Sebenarnya semasa Kak Fas mendapat undangan untuk hadir ke majlis pelancarannya pun Kak Fas masih ‘blur’ berhubung program DBI Homes ini… dan tak perasan pula Dato Dr. Boy Iman ialah orang penting di sebalik projek tersebut.
Hanya ketika pengacara Dollah Cantik menyebut nama Dato Dr. Boy Iman baharulah Kak Fas perasan siapa gerangan Ketua Pegawai Eksekutif DBI Technology ini.
Mula lah ingatan Kak Fas mengimbau pada masa mula-mula mengenali Boy Iman atau nama penuhnya Norul Iman Abd Rahman, sebagai seorang pelakon dan penyanyi malah sering juga terserempak dengannya beberapa kali ketika Kak Fas bekerjasama dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Encik Johari ‘sarang burung’…(yang kini sudah arwah.. al fatihah!).
Tetapi sudah lama juga Kak Fas terputus hubungan dengan Boy Iman yang Kak Fas akui seorang anak muda yang aktif dan rajin berbisnes ketika itu.
Dan tup tup pada majlis pelancaran DBI Homes di Flora Terrace baru-baru ini…tuan empunya badan yang Kak Fas sudah lama tidak jumpa itu dah pun bergelar Dato Dr. Boy Iman ….. ternyata begitu lama Kak Fas tak ikuti perkembangannya sehingga bila bersua Boy Iman siap menegur dengan kata-kata 'Kak sekarang dah sombong".
Eh... tak lah Boy... oopps Dato Boy cuma penampilan Dato sekarang dah banyak berubah.... nampak berisi dan lain sikit... tu yang buat Kak Fas tidak berapa nak mengecamnya...sehinggalah namanya disebut pengacara majlis...
Jangan marah ya Boy... Kak Fas mana pernah sombong... semua orang Kak Fas sayang tau....apa pun tidak terlambat untuk Kak Fas ucapkan tahniah atas penganugerahan darjah 'Datuk" malah memperoleh ijazah kehormat lagi yang membawa gelaran 'Dr."
Takpelah itu kisah lama…now kembali kepada hal DBI Homes ya…
Dengan adanya projek mampu milik rumah ini… rasanya impian untuk memiliki sebuah rumah sendiri sudah boleh menjadi kenyataan.
Ya lah… dalam kepesatan pembangunan kini dan kenaikan harga komoditi yang tiada had siling sudah tentu harga rumah jua melambung tinggi.
Malah dengan pendapatan yang tidak seberapa manalah cukup untuk membeli rumah yang harganya mencecah ratusan ribu ringgit kan? Jadi mahu tak mahu… sewa sahaja lah mengikut kemampuan.
Tetapi kini dengan menyertai projek #DBI Homes… impian untuk mendiami rumah sendiri sudah boleh menjadi kenyataan cuma lebih memudahkan jika pemohon mempunyai tanah sendiri untuk membangunkan rumah berkenaan.... lagi jimat kan?
Dengan adanya tanah di kampong atau di mana-mana sahaja seluruh Semenanjung, sesiapa pun boleh berdaftar untuk projek perumahan DBI Homes ini tau?
Dan berita paling baiknya daripada harga biasa RM50K yang ditawarkan bagi sesebuah rumah keluasan 1,000kps mengandungi 3 bilik, 2 bilik air, 1 ruang tamu dan dapur, anda mempunyai peluang untuk mendapatkan diskaun RM5,000. untuk rekabentuk salah satu daripada enam model rumah yang sediakan - Khayla, Firdhan, Zalfa, Auni, Hidjan dan Ilham.
Menarik kan?
Ada lagi tau…… jika datang pada Hari Bertemu Pelanggan pada 29 April 2017 ini bertempat di D’Saji Taman Titiwangsa dari pukul 6 petang hingga 12 malam, setiap tempahan yang membayar deposit RM4,500 atau membuat bayaran penuh RM45K, pelanggan diberi pula sebuah telefon bimbit Asus secara percuma.
Dan semua peluang keemasan itu boleh diperoleh sekiranya anda hadir cepat ke Hari Bertemu Pelanggan DBI Homes berkenaan.
Mereka yang berdaftar pada hari itu juga mempunyai peluang memperoleh diskaun RM10K untuk rumah MMDBI malah akan diberikan juga LCD 32". Selain itu beberapa cabutan bertuah juga akan diadakan bagi memeriahkan suasana majlis.
Bercakap lanjut berkaitan projek, Boy Iman memberitahu, dengan pembayaran penuh RM50k tempoh persiapan rumah mengambil masa antara 6 hingga 12 bulan manakala bayaran penuh RM100K tempoh siap adalah antara 3 hingga 4 bulan sahaja.
"Bagi pembayaran berperingkat untuk kos rumah RM150K, penjelasan perlu dibuat mengikut peratusan iaitu 10%, 40%,40% dan 10%. manakala tambahan RM10K perlu bagi permohonan rumah di Sabah dan Sarawak," ujar Boy Iman selanjutnya.
Dan setiap permohonan yang layak diberi percuma beberapa kemudahan seperti yuran guaman, air-cond ionizer, medic spa shower dan coating lantai.
Wah banyak benda percuma yang diberikan itu... bertuah siapa yang layak memilik DBI Homes ini kan?
Tetapi jika anda mahu jadi pemilik DBI Homes... perlu lah cepat berdaftar memandangkan tawaran harga 'durian runtuh' sedemikian hanya terbuka kepada 120 orang pendaftar awal sahaja di mana selepas itu harganya akan kembali normal memandangkan harga setiap rumah akan berubah pada nilai asal iaitu dari RM150K dan ke atas selepas tamat tempoh promosi.
Tambah Boy Iman, antara keistimewaan lain yang bakal diberikan kepada pembeli ialah khidmat hiasan dalaman dan landskap pada harga mampu milik.
Pada majlis pelancaran yang disempurnakan oleh Raja Shuibah ALmarhum Sultan Idris Afifullah SHah "Seri Cindai Emas", jemputan khas di Raja itu turut menyampaikan replika kunci kepada 24 pembeli pertama DBI Homes.
Tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan barisan artis DBI Entertainment seperti El Amin, Amanda dan Aesar Mustafa bersama artis jemputan, Khai Bahar.
Akhir kata, jika tak mahu 'puth mata'... cepat tandakan kalendar anda dan bulatkan dengan pen merah pada angka 29 April ya... moga permohanan anda dimakbulkan... cuma jangan lupa bawa duit lah ... bayar dulu baharulah dapat diskaun dan barang percuma tak gitu? 😊
EL Amin ditemubual oleh Dollah Cantek....Khai Bahar (bawah kiri), Amanda & Aesar Mustafa (bawah kanan). |