DFKL 2017 CETUS KELAINAN
Sudah empat kali sebenarnya Drama Festival Kuala Lumpur dianjurkan namun hanya pada tahun ini Kak Fas ada kelapangan untuk hadir bersama memeriahkan malam kemuncak anugerah DFKL 2017 yang berlangsung Ahad lalu.
Dan rasanya satu Malaya pun dah tahu keputusannya di mana drama popular "7 Hari Mencintai mu" berjaya menggondol 6 kemenangan daripada 9 kategori yang dipertandingkan bagi Anugerah DFKL 2017.
Sejajar dengan tema yang lebih dekat dengan kehidupan seharian kita iaitu #Ceritakita.... Kak Fas rasa bertepatanlah drama terbitan Pena Creative tersebut menawan hati penonton untuk dinobatkan sebagai Drama Pilihan tahun ini.
Kak Fas dah pun tonton drama tersebut dan memang benar ia sebuah cerita yang dekat di hati masyarakat khususnya di kampong halaman di mana mesejnya berkisar kepada kehidupan antara orang bandar dan orang kampung.
Malah lebih berkesan lagi apabila dipertontonkan kesabaran seorang suami melayan kerenah isterinya yang ego dan degil.
Eh... tak perlulah Kak Fas cerita panjang pulak kisah drama berkenaan ya tak.. sebab Kak Fas percaya ramai dah menontonnya.
Apa pun Kak Fas nak ucapkan tahniah pada pasangan pelakon utama drama berkenaan, Shukri Yahya dan Siti Saleha yang dinobatkan Pasangan Pilihan manakala Shukri turut menjadi pilihan kategori Aktor Terbaik.
Pun begitu sayang sekali sebab SIti Saleha tewas di tangan Mira Filzah dalam drama 'CInta Si Wedding Planner'.
Sekiranya Siti Saleha menang maka lengkaplah 7 kemenangan seperti angka judul drama '7 Hari Mencintai Mu"....huhu
Begitu pun yang pasti DFKL2017 berjaya mencungkil 7 bakat baharu daripada Pencarian Bakat Baharu daripada 759 penyertaan tahun ini.
Mereka terdiri daripada Raja Aidzal Hakim Razali (25); Puteri Natasha Abdul Rahman (21); Mohamad Hafizudin Mohd. Ruslan (26); Mohamad Shahaadan Che Seman (26); Amalina Smith (18); Ahmad Hasanussaufi Ramli (22) dan Nur Wamariena Diana Zulreal 20 tahun.
Wajah-wajah baharu ini bakal mengisi slot drama tv3 dan tv9 pada masa akan datang.
Pertama kali menonton malam anugerah DFKL ini Kak Fas terhibur dengan konsep persembahan pentas yang dicetuskan oleh penerbit eksekutif, Muhammad Sufian Che Isa dan Tengku Sahilawati Tengku Jehori serta dibantu oleh penerbit Hamsiah Biri ini.
Ya lah ..sudah tentu tiga kepala lebih baik dari satu ya tak... bila ramai yang memberikan idea sudah tentu persembahan lebih menarik. Ada kelainan yang dicetuskan para penerbit ini.
Yang paling Kak Fas suka sketsa pentas yang diterajui oleh Saiful Apek dan Mark Adam yang terkenal dengan lawak spontannya yang melucukan apabila mereka membuat 'shooting' kala menampilkan barisan penyampai anugerah pada setiap kategori.
Penampilan pelakon terkenal Irwansyah dan Janna Nick yang dikatakan mencetus kontroversi gara-gara fesyennya yang nampak 'seksi' (kerana sebelum ini Janna dikatakan keberatan memakai baju ketat dan seksi)..... paling menarik perhatian.
Kedua mereka mengumumkan pemenang bagi kategori aktor dan aktress pilihan.Tidak kurang juga berkesannya sketsa daripada Aliff Aziz dan Zamarul Hisham ketika mahu mengumumkan pemenang bagi kategori Antagonis Pilihan dan Pengarah Pilihan... perwatakan garang yang ditonjolkan Zamarul memang nampak hidup dan berkesan dengan suarnya yang lantang itu...begitu juga lakonan daripada Mak Cun, Nora Danish dan lain-lainnya.
Barisan penyampai lain terdiri daripada Ahmad Idham & Haliza Misbun, Redza Rosli & Ayda Jebat, Azrel Ismail & Nina Iskandar serta Gambit Saifullah bersama Elvina Mohamad.
Pendekata, mengihiburkan lah apatah lagi persembahan nyanyian tidak kurang menarik dengan 'opening' act oleh artis-artis muda yang sedang meningkat popular seperti Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Izzue Islam, Azira Shafinaz, Mawar Rashid, Jaja Illyes DFKL, Mimi Lana dan Syazuwan Hassan DFKL.
Mereka bernyanyi sambil menari berkonsepkan lip-sync battle menyampaikan rangkaian lagu-lagu hit.
Selain persembahan penutup tirai oleh Dayang Nurfaizah yang turut membawa pulang kemenangan melalui Lagu Pilihan 'Lelaki Teragung' (OST drama 7 Hari Mencintaiku) penyanyi lain seperti Aiman Tino, Haqiem Rosli, Salma Mentor, Elyana dan SIssy Imann tidak mengecewakan.
Keputusan penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017:
1. Aktor Pilihan: Shukri Yahaya (7 Hari Mencintaiku)
2. Aktres Pilihan: Mira Filzah ( Cinta Si Wedding Planner)
3. Drama Pilihan: (7 Hari Mencintaiku)
4. Pengarah Pilihan: Jamal Khan (7 Hari Mencintaiku)
5. Penulisan Skrip Pilihan: PGRS (7 Hari Mencintaiku)
6. Antogonis Pilihan: Izzue Islam (Patahnya Sebelah Sayap)
7. Pasangan Pilihan: Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku)
8. Lagu Pilihan : Lelaki Teragung (7 Hari Mencintaiku)
9. Drama Pilihan Tonton VIP: (Meh Sandar Pada Aku)
10. Drama Radio Pilihan : (Terima Kasih Ex)
11. Drama Pendek Pilihan: (Kongsi Kalau Malu)