JAMAL HIBURKAN SETIAUSAHA DI ROYALE CHULAN, TIDAK MENYANYI DI MALAM AMAL PENGASIH
Datuk Jamal Abdillah sudah tentu tidak perlu diperkenalkan lagi. Nama Raja Pop yang memiliki suara emas ini tetap segar dan diterima semua golongan baik generasi baharu sekali pun.
Ini terbukti apabila saban tahun Jamal sering menjadi artis
pilihan untuk menghiburkan Minggu Setiausaha dan pada tahun ini beliau diundang
meraikan para setiausaha termasuk bos masing-masing pada majlis makan tengah hari
di Hotel Royal Chulan Kuala Lumpur.
Apabila adanya Jamal Abdillah yang merupakan satu-satunya
artis favourite Kak Fas… sudah tentu Kak Fas tidak mahu melepaskan peluang
hadir. Jadi apabila mendapat undangan daripada bahagian perhubungan kommunikasi
Royal Chulan yang diketuai wanita jelita, Dangsuria serta kakitangannya yang
mesra seperti Nisa…. sudah tentu jemputan yang diterima 'last minute'… Kak Fas sanggup memenuhinya…
Kerana Jamal walau pun sebuk dengan tugasan harian lain Kak
Fas harus ‘lari’ seketika untuk hadir ke majlis Minggu Setiausaha Datuk Jamal
Abdillah yang diadakan baru-baru ini.
Sambil menikmati makanan lazat Hotel Royal Chulan… halwa
telinga pula dihiburkan dengan penyanyi pujaan.. tentulah gembiranya rasa
dihati ya tak…
Malah lebih menghiburkan lagi apabila pengacaranya tidak
lain dan tidak bukan Dee Jangan Ketawa….
Biasalah bila ada Dee… tak kering gusi dibuatnya dengan
gelagat ‘dua alam’ nya tu… sekejap suara halus sekejap suara garau… hahah..
Namun persembahan Datuk Jamal Abdillah yang dinanti-nantikan
ramai…..
Sebaik sahaja muncul… tepukan gemuruh bergema memenuhi
setiap ruang dewan utama Taming Sari dengan lagu-lagu popularnya ‘Aku
Penghibur,’ ‘Kau Lupa Janji’ dan ‘Azura’.
Diselang selikan dengan lawak spontan Dee mengusik para
setiausaha dan tamu yang hadir… Jamal
meneruskan persembahan pada segmen kedua dengan lagu ‘Gadis Melayu’
serta rangkaian lagu-lagu medley yang
‘hit’ yang digubah semula supaya menjadi lebih kontemporari sesuai
dengan trend muzik terkini. Dan seperti biasa beliau mengajak peminatnya bernyanyi bersama.
Dapat dilihat ramai yang teruja dengan persembahannya baik dewasa mahu pun kanak-kanak... yang seorang ni siap pakai cermin mata hitam gaya Jamal hahaha..
Dapat dilihat ramai yang teruja dengan persembahannya baik dewasa mahu pun kanak-kanak... yang seorang ni siap pakai cermin mata hitam gaya Jamal hahaha..
Antara lagu-lagu tersebut yang Kak Fas suka mendengar
seperti ’Sepi Seorang Perindu’, ‘Keluhan Perantau’, ‘Di Mana Bayanganmu’, ‘Hilanglah Rinduku’, ‘Antara Yakin dan Curiga’.
Tidak ketinggalan Jamal mempertaruhkan lagu Inggeris
nyanyian asal Billy Joel, “Honesty” di
ikuti seterusnya dengan lagu yang sering
dinyanyikannya iaitu “Jeritan Batinku’
diiringi alunan muzik dari pemain saksafon wanita.
Lagu favourite ramai pada Minggu Setiausaha berkenaan iaitu
‘Kekasih Awal dan Akhir’ serta ‘Seniman Menangis” mengundang rasa puas penonton
pada vokal Jamal yang tidak sedikit pun berubah walau pun usia sudah 57 tahun.
Jamal tetap seorang seniman dan penyanyi yang mempunyai
suara emas yang tiada tolok bandingnya dengan penyanyi lain buat masa kini.
Kak Fas ucapkan terima kasih kepada Royal Chulan atas
kesempatan menghiburkan diri pada tengah hari walaupun terpaksa bergegas pulang
ke tugasan lain dan tidak sempat bertemu Jamal, idola ku hihi…
PIX sumbangan dari Rosecun... |
Sementara itu… pada satu majlis berasingan, empat hari selepas Minggu Setiausaha berakhir kehampaan Kak Fas untuk bertemu Jamal terlaksana apabila hadir di Malam Amal
Pengasih, bertempat di dewan Golden Chersonese Media Hall, Maju Tower kelmarin (Sabtu).
Sempatlah Kak Fas bertegur sapa dengan Jamal namun hampa apabila mendapat tahu beliau tidak bernyanyi pada majlis berkenaan tetapi hanya hadir sebagai tetamu istemewa memberikan sokongan kepada persatuan.
Malah Kak Fas juga dengar keluhan beberapa tetamu yang membeli meja apabila Jamal tidak bernyanyi.
"Ingatkan Datuk Jamal menyanyi malam ini... sebab itu saya datang," ujar seorang wanita yang Kak Fas temui ketika membayar parkir di mesin 'Auto Pay' sewaktu pulang.
Wanita berkenaan seperti Kak Fas memang hadir kerana Jamal. Nasib baik lah artis-artis lain seangkatan seperti Ameng Spring dan Zamani berjaya menambat hati hadirin dengan persembahan singkat mereka. Satu-satunya artis undangan di kalangan generasi muda ialah Aizat Amdan.
Menurut Yang diPertua Persatuan PENGASIH Malaysia, Datuk Mohd Yunus Pathi, majlis santapan dan jamuan malam yang dihadiri .oleh Tengku Amir Tengku Ibrahim, kerabat diraja Pahang mewakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku penaung Majlis Makan Malam Amal Pengasih, bertujuan mengumpul dana bagi tabung Pengasih untuk program pembangunan persatuan.
.
Acara bermula dengan persembahan dari bekas pelatih Pengasih, Zamani membawa lagu popularnya, 'Gerimis Mengundang' diikuti lagu keduanya, "Rindani". Seperti Datuk Jamal, vokal Zamani juga tiada tolak bandingnya dan bukan mudah untuk sesiapa meniru lenggok nyanyiannya.
Kemunculan Aizat Amdan selepas itu dengan lagu "Jangan Menangis' dan 'Hanya Kau Yang Mampu' tidak kurang menarik perhatian penonton.
Dan tumpuan semakin menarik kala Ameng tampil melalui lagu "Kita DiTakdirkan Jatuh CInta', 'Butakah Cinta' dan 'CInta Rasul".
Kemantapan suara Ameng setanding Jamal dan Zamani... seolah-olah Kak Fas kembali menyaksikan Konsert 3 Suara sekiranya Datuk Jamal juga naik ke pentas. Tetapi malangnya Jamal hanya bergaul mesra di kalangan tetamu dan sebaik kelibatnya hadir ramai yang bangun untuk mengambil gambar bersamanya.
Kemuncak acara menyaksikan pengenalan lagu tema "Pengasih" ciptaan komposer Zul Mahat dan lirik oleh Amran Omar yang dinyanyikan secara duet oleh Ameng dan Aizat serta hadirin sekelian.
Majlis seterusnya menyaksikan penyampaian Anugerah Tan Sri Megat Junit kepada
sukarelawan, Datuk Kamisah Nor yang gigih membantu pengasih sejak tujuh tahun lalu.oleh Tengku Amir Tengku Ibrahim diiringi Datuk Mohd Yunus Pathi.
Sebaik keberangkatan pulang kerabat diRaja, kehangatan majlis diteruskan dengan persembahan kumpulan Acoustic Fourplay yang mendendangkan pelbagai koleksi lagu antaranya 'Getaran Jiwa' dengan gaya tersendiri.
Pun begitu ramai yang tertanya-tanya lagi kenapa Jamal tidak menyanyi?
Sebenarnya bukan Jamal tidak mahu tetapi terikat dengan kontrak persembahan dengan Minggu Setiausaha di mana antara syaratnya beliau tidak dibenarkan terbabit dengan persembahan yang melibatkan penjualan meja atau tiket di sekitar ibu negara.
"Tetapi Minggu Setiausaha itu pun sudah berakhir sebelum Malam Amal Pengaseh dan sebenarnya saya sudah boleh menyanyi namun Pengaseh sudah atur susunan acara dan artis terlibat." jawab Jamal ketika ditanya para wartawan.
Tambahnya, beliau rasa terkilan tidak dapat memberikan sumbangan pada majlis amal berkenaan waima tempat jatuh lagi dikenang namun seperti lagu favourite Kak Fas, 'takdir penentu segalanya' ya tak...
Kita hanya boleh merancang tetapi Allah jua yang menetapkannya. Tak mengapa Jamal... kehadiran anda di sana sudah cukup memberikan impak pada malam berkenaan kerana ramai dapat bergambar dengannya termasuk lah Kak Fas huhu....

BERSAMA rakan-rakan media..... |