Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KINOHIMITSU RAI HARI KOLAGEN, TAWAR DISKAUN HEBAT SEHINGGA 1 MEI


Apabila Kak Fas sebut ‘Kinohimitsu”….rasanya ramai yang maklum mengenai jenama produk ini dalam dunia kecantikan dan kesihatan diasaskan oleh syarikat Kino Biotech dari Taiwan.

Mula ditubuhkan pada 1988, Kinohimitsu kini mempunyai rangkaian pemasaran lebih daripada 5,000 point jualan d Asia, memberi manfaat kepada lebih 1.5 bilion pengguna meliputi  rakyat China, Singapore, Vietnam, Thailand, Cambodia, Indonesia dan sudah tentu Malaysia juga. 


Di antara produk-produk pengeluarannya, Kinohimitsu Collagen Diamond 5300 mg antara yang mendapat sambutan hebat dengan jualan lebih 1 juta botol seluruh dunia di mana sehingga kini ia masih produk paling laris jualannya.

Malah antara selebriti terkenal yang menjadi penggunanya termasuk  artis Singapura, Phu Chu Kang dan Carrie Wong. 

Jadi, tidak hairanlah jenama ini memenangi beberapa anugerah di antaranya seperti "YOKA 2010 Most Popular Beauty Drink Award" dan memenangi  "Best Digestive Health Drinks Award" pada tahun  2012 untuk minuman  D'Tox Plum Juice.

Di Malaysia, belum lagi rasanya Kak Fas dengar artis-artis kita sebagai duta atau pengguna Kinohimitsu. Kenapa …. Opps jangan tanya…

Pun begitu, sejujurnya Kak Fas pun belum pernah mencuba sebarang produk Kinohimiitsu yang dikatakan terkenal sebagai produk kecantikan dan kesihatan dalaman.

KAK Fas (dua dari kiri) bersama rakan blogger Miera, Ella dan Fatin (kanan).

Jadi, baru-baru ini Kak Fas mengikuti ‘rombongan Che Kiah” …hahah… ke Johor Bahru khususnya ke Aeon Tebrau City untuk hadir pada undangan pelancaran ‘Hari Collagen” bertemakan ‘Love Yourself” (sayangi diri sendiri) yang dianjurkan oleh produk Kinohimitsu, atas jemputan daripada Woan Shan dari syarikat Singnan CommunicationsSdn Bhd. 

Di sinilah Kak Fas mengenali produk-produk Kinohimitsu secara lebih dekat dan baharu hari itu juga Kak Fas sedar wujudnya ‘Hari Kolagen” yang dicetuskan oleh Kinohimitsu Singapore setiap tahun pada 28 April.

“Hari Collagen” diwujudkan untuk memberi kesedaran mengenai pentingnya kolagen untuk setiap wanita bagi menjaga kesihatan luar dalam sekali gus mengekalkan kecantikan diri masing-masing. Dan sempena hari berkenaan, minuman kolagen secara percuma diberikan kepada pengguna di setiap kaunter jualan  Kinohimitsu di seluruh kepulauan SInga itu.

Jadi pada majlis pelancaran yang pertama kalinya berlangsung di Johor Bahru, khususnya di outlet bersebelahan kedai Selectiv by Sasa… setiap tetamu yang hadir diberikan minuman kolagen percuma.

Di situlah pertama kali Kak Fas merasai minuman kolagen tersebut… boleh tahan juga… kira boleh diterima tekak lah sebab bab bak minuman ni Kak Fas agak cerewet… takut minum sesuatu yang perisanya rasa kelainan daripada kebiasaan  hihi…

Pendekata hari itu…Kinohimitsu luluslah pada lidah dan tekak Kak Fas….bolehlah diminum walaupun muka macam mengerut sedikit pada rasa permulaannya.. masam-masam manis gitu…



Aturcara majlis pada hari pelancaran  berkenaan agak sederhana dan santai. 
Selain daripada melancarkan ‘Hari Collagen” Kinohimitsu turut memperkenalkan ‘beauty bar” nya yang terletak bersebelahan kedai Sasa di Tebrau City, Johor Bahru.

“Ini pertama kali kami membuka sebuah ‘kedai dalam kedai’  berupa ‘bar kecantikan” dan memperkenalkan Hari Kolagen kepada rakyat Malaysia khususnya masyarakat di Johor Bahru,” kata Puan Jennifer Chin (gambar bawah, 3 dari kanan), COO Kino Biotech, sewaktu berbual santai dengan beliau,

Menurutnya, Kinohimitsu mahu memberi kesedaran kepada wanita mengenai kebebasan kehidupan harus dimulakan dengan memelihara kecantikan dalaman sejajar dengan slogannya ‘Freedom to Live”.

Majlis  dimulakan dengan perasmian ‘beauty bar’ Kinohimitsu  dengan memotong riben oleh Jennifer dan teamnya, Winnie Pok dan Tommy Ung bersama wakil daripada Sasa diketuai Pengurus Besar Kawasan, Puan Lisa Soon (gambar bawah, tiga dari kiri) dan kakitangannya, Chloe Lim serta Rachel Thong.



Ia kemudiannya disusuli oleh pelancaran ‘Hari Kolagen” oleh Jennifer bersama Lisa pada poster kempen.


Bermula hari berkenaan, pengguna ditawarkan dengan diskaun istemewa bagi pembelian produk Kinohimitsu sehingga 1 May 2017.  Antara produk-produk yang dijual pada harga RM99.90 terdiri daripada antaranya Kinohimitsu Collagen Diamond 16s, Collagen Men 16s, Collagen Nite 16s dan Collagen BG Diamond 16s.



Jadi cepat-cepat ke Aeon Tebrau City untuk menikmati tawaran khas berkenaan sebelum ia berakhir ya…

Antara produk-produk kecantikan Kinohimitsu yang menarik untuk ko orang cuba sudah tentu ‘Collagen Diamond’, ‘Collagen Nite”, Kinohimitsu BG Diamond dan Collagen Beauty mahu pun beberapa lagi produk kecantikan lainnya yang boleh anda pilih di kaunter.



Malah untuk orang lelaki juga tidak dilupakan. Mereka boleh mencuba ‘Kinohimitsu Collagen Men’.

Secara ringkasnya… meh Kak Fas catatkan fungsi tiga daripada  minuman Kinohimitsu yang popular..... tetapi untuk bacaan semua kaum sebaiknya Kak Fas tulis dalam BI ya… jadi semua faham:


Kinohimitsu Collagen Diamond : a tasty collagen drink that helps to plump up skin and restore its yourthful vitality. Regular intake helps to  enhance skin beauty that glows from inside out. It helps to regain smoother, firmer and younger looking skin in 6 days.


Kinohimitsu Collagen Nite: the first and only collagen formula that works to relax and bounce back stressfull skin just over 8 hours of beauty sleep.The drink works synergitically with our body bio-rythm to support restless sleep, improve metabolic  rate and recharge energy while restoring skin youthfulness.



Kinohimitsu BG Diamond: is enriched with 5300mg marine collagen and oat beta-glucon that offer you dual benefits.  It helps to plump up your skin and protects your heart. Regular intake helps to enhance skin beauty and healthy heart.



Jadi ko orang yang duduk sekitar Johor Bahru cepat cepat... masih ada masa lagi untuk mendapatkan produk kecantikan Kinohimitsu pilihan anda sebelum ia tamat esok.