Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SYAHADAH' TERIMA TAJAAN RM200K, JELAJAH MAGHRIBI

RTM diwakili Datuk Mustafa (empat dari kanan) menerima replika cek bernilai RM200K untuk kos penerbitan di Maghribi daripada Ustaz Azhar di Balai Perdana, Wisma TV, Angkasapuri baru-baru ini, Pix: Rafzan

Ramadan akan menjelma tidak lama lagi...dan sempena meraikan bulan penuh suci itu, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi tidak ketinggalan memaparkan rancangan dokumentari berkaitan perkembangan islam, antaranya yang kini sudah pun memasuki musim ke 12 dan mendapat sambutan penonton, tidak lain dari rancangan berjudul 'Syahadah".


Bagi umat Islam sudah tentu maklum, 'Syahadah" atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keEsaan Allah dan Nabi Muhammad sebagai RasulNya. Mengucap dua kalimah syahadah merupakan rukun pertama di dalam Rukun Islam.

Malah bagi seorang yang mahu memeluk Islam mengucapkan dua kalimah syahadah merupakan amalan kebaikan paling besar di sisi Allah, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti seorang Islam. Bahkan segala dosa akan diampunkan oleh Allah bagi yang mengucapkannya dan bermula dia mengakui Allah sebagai tuhan untuk ditaati dan mengikut cara amalan Nabi Muhammad s.a.w, Wallahualam!

Hakikat itu, langkah RTM meneruskan program 'Syahadah" sesuatu yang perlu mendapat pujian apatah lagi perkataan itu sahaja sudah cukup mengingatkan seluruh umat Islam pada tanggungjawab masing-masing di sisi Allah.

Dan kembalinya 'Syahadah' musim terbaharu di bawah penerbitan Unit Majalah dan Dokumentari  (TV) RTM kali ini dengan membawa tema 'Raikan Nur Islam' sebanyak 30 episod, akan mula bersiaran pada 26 Mei depan melibatkan penggambaran di Malaysia dan Maghribi atau Morocco.

Team produksi di Maghribi diketuai Encik Rosli Mohd Nordin dibantu oleh Ikram Abdul Latif (koordinator), Muhammad Salem (jurukamera), Muhd Nuh Khairi Mohd Roslan (jurukamera), Mohd Badlyshah Amiruddin (editor) dan Mohammad Nur Ridzuan Abdullah (jurugambar).

Manakala penerbitan di Malaysia diterajui Encik Mohd Ridzuan Mohd Anuar dan dibantu oleh Saliza Ibrahim, Amrina Ahmad, Mohd Nazree Mohamed, Mohamad Hakal Hamzal, Hanif Nordin serta Hafizah Rosli.

Dan apabila sesebuah penerbitan itu dilakukan di luar negara sudah tentu melibatkan kos penerbitan yang tinggi... jadi  bagi merealisasikan rancangan tersebut RTM berjaya memperoleh tajaan berjumlah RM246,600,00 dari EZ Group yang diwakili oleh syarikat EZ Qurban, EZ Kembara,butik muslimah Ainon Kaman dan produk penjagaan diri halal, Asianic...

Kak Fas berpeluang untuk hadir menyaksikan majlis penyerahan 'mock up' cek tajaan Syahadah 2017 berkenaan yang diserahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (mewakili Ketua Pengarahnya), Datuk Mustafa Kamal Abdul Razak kepada Al-Fadhil, Ustaz Azhar Dato Ab. Shukur selaku Penasihat EZ Group & EZ Qurban Sdn Bhd., di Balai Perdana, WIsma TV, Angkasapuri baru-baru ini.


Bersama hadir  meraikan momen penyerahan tajaan temasuk baju 't berkenaan,  terdiri daripada para penaja lain antaranya Leny Adam  (atas,tudung hitam) sebagai Pengurus Pemasaran Wonderland Primary Sdn Bhd yang mengeluarkan Asianic di mana duta produk halal ini ialah pelakon Reen Rahim.

Sesungguhnya memijak bumi dan bangunan Angkasapuri membawa nostalgia manis pada Kak Fas yang satu ketika dahulu pernah  melalui latihan praktikel dan bertugas sementara di RTM, sewaktu dan selepas tamat pengajian dalam bidang penyiaran sebagai graduan Sebaran Am UiTM.

Lama juga Kak Fas tidak hadir ke RTM atau 'cover' sebarang acara di Angkasapuri ini sehinggalah dijemput pada acara penyerahan tajaan 'Syahadah'..

Okey.. kembali pada topik bicara haha....menyimpang pulak sekejap tadi...maafkan aku baka kata Zizan Razak huhu....



EZ Group, EZ Qurban mengkhususkan tajaan sebanyak RM200,000.00 untuk kos produksi di Maghribi sementara RM46,000.000 diketepikan untuk tajaan hadiah kuiz mingguan dan utama. ketika siaran berlangsung di mana pecahannya meliputi RM33,600.00 diberi oleh d EZ Qurban, EZ Kembala dan butik AInon Kaman kesemuanya di bawah payung EZ Group manakala RM13,000 lagi hasil tajaan daripada produk kecantikan Aseanic.

'Jauh perjalanan luas pandangan'' ya tak... jadi penggambaran yang dilakukan di Maghribi akan mendedahkan penonton pada kehidupan masyarakat Maghribi yang kurang mendapat perhatian di negara ini. Antara yang bakal diketengahkan  adalah mengenai bagaimana peranan pejabat kedutaan Malaysia di Rabat menjadi ejen kepada Malaysia dan Maghribi menjalinkan hubungan dua hala dalam pelbagai dimensi.

Selain itu akan dipaparkan mengenai umat Islam di Maghribi menjalani ibadah puasa yang memberi satu kelainan dan pembaharuan disamping rakaman terhadap keunikan budaya seperti seni bina masjid,bangunan lama,menara-kota, makanan, muzik dan persembahan tradisi kaum  di sana,

Pun begitu, kata pepatah walaupun 'hujan emas di negeri orang, lebih baik hujan batu di negeri sendiri', jadi bertepatanlah rancangan 'Syahadah" dimulakan dengan 15 episod penggambaran di Malaysia terlebih dahulu.



Pada siaran babak awal, 'Syahadah" berkongsi suka duka kehidupan ikon dakwah saudara seIslam kita antaranya Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Firdaus Wong yang dikenali sebagai Bro Firdaus, pelakon watak antagonis iaitu Adam Corrie dan Muhamad Roger Arnold.

Di samping itu, paparan mengenai keunikan seni bina masjid di beberapa lokasi turut dipertontonkan seperti Masjid Zahir (Alor Setar, Kedah); Masjid Cina di Melaka; Masjid India di Kuala Lumpur dan Masjid Muhammadiah di Ipoh , Perak.

Sepanjang 15 episod pertama itu juga, 'Syahadah' akan mengetengahkan beberapa badan bukan Kerajaan (NGO) dan syarikat swasta membantu umat Islam yang kurang bernasib baik agar mereka dapat meneruskan survival kehidupan harian.

Pengisian lain yang turut dipaparkan  melibatkan syarikat EZ Qurban menjalankan ibadat kurban di luar negara antaranya seperti di Indonesia, Filipina, Kemboja, Myanmar dan Bangladesh.

Begitu juga dirakamkan  peranan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), Islamic Relief dan Aman Palestin. Ini membuktikan  betapa masih ramai lagi umat Islam yang sanggup mempertaruhkan nyawa dan harta benda demi membantu insan-insan Islam yang berada dalam kesusahan.

Dengan rancangan menarik dan berilmu ini sudah tentu mampu mengisi masa lapang anda pada bulan Ramadan. Pilihlah mana-mana waktu siaran yang bersesuaian dengan masa you all kerana 'Syahadah" boleh ditonton di TV1 dan TV2 dalam waktu berlainan.

Pada 26 Mei, di TV1, 'Syahadah" akan bersiaran pada jam 6.30 petang, 9,30 malam dan 5 pagi manakala di TV2 bermula 27 Mei, ia boleh ditonton pada jam 7 petang dan 10 malam.

Tetapi jika waktu-waktu yang disebutkan tadi pun masih 'termiss' ... jangan risau kerana siaran ulangannya  akan disiarkan mulai 27 Mei pada 5.30 pagi (Isnin hingga Jumaat) dan sekali lagi pukul 10,30 pagi (Isnin - Ahad).

Jadinya... banyak peluang disitu untuk anda pilih mana-mana satu episod yang 'miss' ditonton ya...

Tandakan kalendar ko orang sekarang supaya tidak terlepas episod pertama pada 26 Mei nanti.... Ok assalamualaikum.....!


TEAM ''Syahadah' bergambar kenangan bersama blogggers yang dijemput serta Fauziah Gambus.
Apa pun jom tonton siaran langsung yang dipancarkan baru-baru ini di TV1: