Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERBUKA PUASA DI TEMPTATIONS RENAISSANCE LAZAT, MAKAN DURIAN SEPUAS HATI


Pada bulan Ramadan ini Kak Fas membataskan pergerakan untuk menghadiri majlis yang begitu banyak diterima. Maklumlah.. waktu itu emas.... tak terkejar masa dibuatnya...

Apa pun hanya pada hari ke lima Kak Fas berpeluang untuk berbuka di luar sebagai menerima undangan rakan lama dari Hotel Renaissance... Aizan Hamid.(Pembantu Pengurus Perhubungan Awam).... itu pun apabila suami mahu ikut bersama huhu... (bukan mudah untuk mengajaknya berbuka di luar).

Jika tidak kerana mengenangkan Aizan memang Kak Fas malas sebenarnya nak buka di luar tetapi kenangkan pada masa jemputan review Bufet Ramadan yang dibuat sebelum bulan puasa dulu Kak Fas tidak dapat hadir, maka Kak Fas gagahkan untuk  ke Temptations Hotel Renaissance Kuala Lumpur semalam.

Rupanya tidak ramai yang ada... cuma Kak Fas bersama rakan blogger, Ellie sekeluarga dan Juhan Kamaruddin dari Gaya Travel. 

Bersama Aizan yang bagi Kak Fas seorang PR yang cukup 'friendly' dan mesra  malah 'very dedicated'  bersama Hotel Renaissance, ialah Fuad (pereka grafik) dan Jurgen Huber (Pembantu Pengurus F&B).

Memandangkan KL 'jem' teruk pada hari berkenaan... Kak Fas tiba dua minit lagi sebelum waktu berbuka.... nasib sempat .. jika tidak lambat pula berbuka padahal adalah sunat berbuka awal dan bersahur lewat sebelum fajar menyingsing.

Seperti biasa... tentulah air dan buah tamar di dahulukan, Ada tujuh jenis air yang boleh dipilih samada air sejuk seperti soya, tebu, mangga mahupun teh tarik dan nescafe panas. 

Bagi Kak Fas berbuka puasa harus mendahulukan manisan sebelum nasi haha... Tak tahu lah tetapi setiap kali bulan Ramadan Kak Fas mesti berbuka dengan kuih muih.. Bak kata anak-anak 'mama ni buat kuih-kuih hanya setahun sekali' hahaa....



Jadi Kak Fas tuju kepada stesen pemanis dahulu... amboi banyak benor pilihan daripada kuih melayu hingga kepada puding atau kek. Bab ni pilihan pertama Kak Fas tentulah puding karamel dan kek cokelat seperti di bawah ni u alls...



Tetapi mata Kak Fas tertumpu kepada bubur serawa durian dengan pulut.... memang itu 'favourite' Kak Fas.. hantu durian u alls.



Jadi itu menjadi pilihan pertama Kak Fas bersama puding dan sedikit kek cokelat agar tak kempunan kata orang.

Sebelum perut terasa penuh Kak Fas tinjau keseluruhan juadah yang disediakan. Ada lebih kurang 100 menu... fuhhhh! mana larat nak rasa semua kan..



Setibanya di stesen Sup Gearbox... pergerakan terhenti... ini harus cuba... nampak menyelera sangat. Jadi  Sup Gearbox menjadi keutamaan bersama roti disapu mentega. Roti memang kesukaan Kak Fas, tambahan ada 'salted' mentega.


Malah bagi mereka yang suka berbuka dengan lauk pauk terlebih dahulu boleh memilih antara pelbagai menu yang tersedia seperti Ayam Masak Daun Limau Purut, Kari Kepala Ikan, Briyani Gam Ayam dan banyak lagi lah tak terkira,,,tengok sahaja gambar yang Kak Fas share dari Ellie ni... 'Sharing is Caring' kata orang kan... jimat masa nak upload gambar hehe... terima kasih Ellie menyenangkan Kak Fas huhu...


Selepas merasa serba sedikit perut pun dah hampir penuh jadi dah tak larat lagi nak masuk pelbagai pilihan lain seperti nasi ayam, mee rebus, laksa Penang dan banyak lagi lah..

INI pilihan Kak Fas kali pertama huhu..




Cuma satu yang Kak Fas terkilan bila terlepas pandang... rupanya stesen Kambing Golek terletak di bahagian luar pintu masuk Temptations... Masa keluar baharulah ternampak... dah miss nak rasa kambing golek you alls... 


Nasib dah cuba Ikan Pari Bakar di 'live station' cuma pari yang dimasak tu agak keras sedikit waima ikan-ikan bakar yang disediakan nampak menyelerakan apatah lagi bila dicicah asam atau sambal....


Apa pun yang tertarik untuk Kak Fas berbuka di sini bila tiba bab makan durian...

Ha... jangan fikir berbuka di Hotel tak ada durian tau... ada tetapi makan di luar 'porch' hotel. Ini time 'favourite' Kak Fas.... 

Kekenyangan Kak Fas dibuatnya... terima kasih daun keladi  Aizan, KL Renaissance dan chef-chef semua yang menyediakan makanan lazat. Juga jutaan terima kasih kepada Pengarah F&B yang kacak, Mr. Yvo Alexander Van Duk yang datang seketika menyapa... Tak sempat nak berborak lama dengannya.

Pendekata, siapa yang tak suka durian amatlah ruginya hihi... semua bangsa suka tengok tu Jurgen berasal Austria pun suka sampai menjilat jari u alls....

Teringat Kak Fas dengan satu ungkapan yang disebut 'mat salleh' bila memakan durian. 

Kata mereka.... 'Durian smells like hell, taste like heaven' (busuknya auzubillah tetapi rasanya macam syurga) gitu.....

Bagi  tetamu yang mahu menempah pakej Ramadan di Temptations Hotel Renaissance, kadarnya hanya RM145 nett seorang dengan potongan harga 50% bagi kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun.

Menariknya,  mereka boleh makan sepuas-puasnya durian dan buahan lain seperti 'dragon fruit', rambutan, pisang dan laici.

Tawaran "All You Can Eat Tropical Fruit Fiesta' termasuk durian ini *tertakluk kepada ketersediaan durian di pasaran, di buka sehingga jam 10 malam.


Bagi tempahan yang dibuat sebelum 2 Jun ini, potongan harga dalam kategori 'Early Birds" disediakan  dengan hanya RM110 nett sahaja dan bersambung  dengan harga sama selepas 17 Jun hingga 24 Jun.

Jadi jika berhajat nak buka di Temptations hari ini dan esok jangan lepaskan peluang diskaun ini sebab lepas 2  Jun sehingga 16 Jun harga kembali asal iaitu RM145 nett.

Untuk tempahan Berbuka Puasa, hubungi 03-2271 6692 atau email rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com

*Harga adalah termasuk 6% Cukai GST







Tiada ulasan:

Catat Ulasan