Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BIANCO MIMOSA: DARI TONGKANG YARD KE 'THE BIG APPLE' NEW YORK


Sudah tiga kali Kak Fas bertemu dengan Dato Hajah Ida Suraya Mustafa, pengasas fesyen label terkenal 'Bianco Mimosa" ini.

Pertama, sewaktu beliau melancarkan jenamanya itu  bertempat di Royal Chulan Kuala Lumpur, kedua di runway Minggu Fesyen Malaysia 2016 ketika memperkenalkan koleksi Neo Gladiator dan terkini berpeluang bertemu dengannya secara lebih dekat di butiknya di Sungei Buloh.
BERSAMA Dato Ida dan PR 'happening' Kidd.

Kak Fas percaya fashionistas sudah mengenali wanita bertudung litup yang sentiasa mengukirkan senyuman ini. Ya... orangnya sedikit gempal tetapi manis malah siapa sangka di sebalik gaya sorang wanita bertutur lembut ini dia sebenarnya seorang graduan kejuruteraan yang terlibat dengan industri berat.

Bayangkanlah jika beliau mampu membawa dan membaiki jentera berat seperti forklift dan seumpamanya...maka tidak hairan jika ramai yang  menggelarnya 'iron lady'

Terkini walau pun beralih ke bidang fesyen yang lebih feminin, Dato Ida tidak lupa asal usul dirinya daripada seorang anak kelahiran kampung Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah hinggalah mencipta nama di persada dunia fesyen antarabangsa.

"Saya masih aktif dalam perniagaan bidang kejuruteraan melalui 14 syarikat tau walau pun sibuk menguruskan bisnes BIanco Mimosa," ujarnya kepada lebih kurang 18 bloggers termasuk portal  yang dijemput khas dalam acara 'Up, Close & Personal" bersama Dato Ida Suraya baru-baru ini.

Bagi mereka yang belum tahu mengenai Bianco Mimosa... eloklah Kak Fas mulakan mukadimahnya terlebih dahulu ya...


Bianco Mimosa ditubuhkan pada 26 April 2013 dengan visi untuk menjadi salah sebuah butik fesyen paling berprestij tanah air.

Label itu diinspirasikan daripada bahasa Itali, di mana Bianco membawa maksud putih (Houses Couture Atelier) manakala Mimosa pula adalah nama saintifik bagi tumbuhan semalu yang merupakan tumbuhan kesukaan Dato Ida Suraya.

Koleksi pertama Bianco Mimosa  (BM) menggunakan bunga tekap telah dilancarkan pada 7 September 2013 dengan jemputan terdiri daripada barisan artis dan selebriti terkenal tempatan termasuk kehadiran wakil dari butik berprestij seperti Louis Vuitton, Versace, Roberto Cavalli.

Pengenalan kedua seterusnya menyaksikan Bianco Mimosa memperkenalkan koleksi Mimosa Raya pada 29 Jun 2014 dan terbaharu BM mempersembahkan 12 koleksi Raya di bawah desain bertemakan 'T'Amore". 


 


















Kak Fas antara yang hadir menyaksikan peragaan koleksi 'T'Amore sempena pertunjukan'Lebaran Fashion Trends 2017' oleh Daramera baru-baru ini. 

Nak tau lanjut berkaitan koleksi terbaharu diperbuat daripada fabrik berkualiti untuk Hari Raya tahun ini sila lihat storynya DI SINI ya... 

Kalau nak diskaun kena  lah cepat-cepat 'pre order' tau supaya tidak 'putih mata' sebab koleksi yang disediakan terhad dan eksklusif.

FABRIK yang digunakan didatangkah khas dari luar negara seperti dari UK, Perancis, Itali, Turki, Afrika Selantan, India, Vietnam dan pelbagai lagi.
Ok sekarang ni Kak Fas nak 'story' perihal perancangan terbaharu Dato Ida Suraya yang Kak Fas pun ikut sama  teruja dengar 'planning' nya itu.

Mana tidaknya.. ibu kepada dua orang anak teruna ini bakal membawa nama kampungnya Tongkang Yard itu ke pentas pertunjukan fesyen di New York u alls....



Wah! negara yang terkenal dengan gelaran "The Big Apple' ini bakal menyaksikan kira-kira 12 koleksi Bianco Mimosa yang direka khas, memperagakannya pada runway selari dengan pereka-pereka fesyen terkenal serata dunia.

Khas untuk pertunjukan 'Courture Fashion Week New York 2017' pada 8 hingga 10 September depan, kesemua desain Dato Ida berinspirasikan layar lara kehidupannya sejak di Tongkang Yard hingga mencapai kejayaan.

Menggunakan fabrik berkualiti tinggi dengan terapan eksklusif hasil kerja tangan, setiap koleksi yang dibawa bernilai antara USD$5,000 hingga USD$15,000.

Jom dengar secebis kata Dato Ida melalui video ini yang Kak Fas share daripada rakaman teman blogger yang turut hadir, Hanny Abdullah:



Apabila ditanya lebih lanjut berkaitan koleksi berkenaan, Dato Ida tidak mahu mendedahkannya terlebih awal.

"Biarlah ia satu kejutan untuk semua tetapi yang pasti saya akan menunjukkan kekuatan Bianco Mimosa setanding jenama kelas tinggi luar negara," ujar beliau.

Pun begitu, daripada hasil perbualannya dapat disingkapkan Bianco Mimosa akan mengetengahkan elemen 'moden modesty' yang kini menjadi trend dan pilihan gaya wanita muslimah seluruh dunia.

Menurut Dato Ida, dalam usaha mengekalkan eksklusiviti jenama Bianco Mimosa, pihaknya menggunakan tenaga kerja seramai 20 orang bagi memastikan proses penghasilan keseluruhan adi busana  mencapai kepuasan yang tinggi.


"Ia akan menjadi 12 koleksi 'masterpiece' Bianco Mimosa bertemakan 'a Tale of Tongkang Yard," sambung Ida riang 

Dari raut wajahnya terserlah perasaan terujanya mendapat peluang keemasan berkongsi pentas dengan pereka-pereka fesyen terkenal dunia khususnya dari London, Paris, Milan dan New York sendiri.

Bersama Bianco Mimosa, melalui  Peniagawati, tiga lagi pereka fesyen dari Malaysia akan mewakili Malaysia di runway New York berkenaan dengan tema pilihan masing-masing.

Kak Fas 'salute' dengan ketabahan dan sumbangan Dato Ida Suraya untuk mengharumkan nama negara ke pentas fesyen antarabangsa.

Pendekata, bukan sahaja New York menjadi batu loncatan untuk Bianco Mimosa mencipta nama tetapi label ini terlebih dahulu sudah dikenali di rantau Asia waima Dato Ida sendiri sering menjelajah ke luar negara bagi memperkenalkan labelnya itu.

Banyak sebenarnya episod-episod yang boleh Kak Fas ceritakan berkaitan Bianco Mimosa dan Dato Ida sendiri sebagai pengasasnya   namun biarlah Kak Fas berhenti di kisah 'Tongkang Yard' ini dahulu kerana mengadakan pertunjukan di New York adalah idaman setiap pereka fesyen tempatan.










Nak tahu lanjut mengenai Bianco Mimosa khususnya koleksi-koleksi lain seperti Just Mimosa, Mimosa Men,  Bianco Couture Atelier, Hijab Mimosa , Jubah Mimosa atau pun Mimosa Kids.

Dan paling menarik Bianco Mimosa tidak lupa mengeluarkan rekaan tudung eksklusifnya  di mana hanya satu corak diterapkan kepada setiap rekaan.

"Jadi hanya anda yang mamakai tudung bercorak rekaan Bianco Mimosa dan harganya mampu milik, " tambah Dato Ida Suraya mengakhiri perbualan.