Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BIANCO MIMOSA HASIL REKAAN LEBARAN 'T AMORE'



Hampir selesai jemputan untuk ‘review’ Bufet Ramadan yang disediakan oleh restoren, hotel mahu pun pusat-pusat konvensyen ….kini kehangatan Hari Raya pula menjadi tumpuan apabila rata-rata menganjurkan  pertunjukan  fesyen lebaran.

Banyak juga undangan yang Kak Fas terima untuk ‘show’ fesyen lebaran…. Naik kelabu mata nak pilih fesyen mana bagi menyambut Hari Raya tahun ini sebab semuanya cantik-cantik belaka.

Terbaharu, Kak Fas hadir ke pertunjukan anjuran Daramera bertemakan ‘Lebaran Fashion Trends 2017” yang berlangsung di Glasshouse, Seputih, namun kehadiran Kak Fas adalah atas jemputan Dato Ida Suraya di mana jenamanya ‘Bianco Mimosa’ antara 13 label eksklusif yang dipertontonkan pada malam berkenaan.

Selain itu, ada ‘Papilon’, ‘Wanzar’ ‘Watie Colections’ mahu pun fesyen untuk ibu mengandung daripada Furby Moms dan banyak lagi. 

Kesemua label ternama ini memperlihatkan koleksi terbaharu mereka untuk lebaran tahun ini.

‘Bianco Mimosa’ mempersembahkan 14 koleksi lebaran termasuk empat fesyen kurta khas buat golongan lelaki yang mahukan perubahan daripada pakaian baju Melayu biasa pada Hari Raya.



Pakaian kurta kebanyakannya menggunakan fabrik Giorgio Armani.

Menurut Dato Ida Suraya ketika ditemui seketika:


“Fabrik pilihan saya adalah eksklusif dan berkualiti tigggi kerana saya mahu pemakainya turut merasai elemen ekslusiviti yang saya terapkan pada kain Bianco Mimosa, “ katanya yang nampak anggun dalam gaun labuh hasil kreativiti dan corak kain eksklusif yang ditempah khas.

Tambah Dato Ida, “fabrik yang saya pakai ini hanya satu-satunya di sini dan tidak dijual pada mana-mana gedung tekstil.”

Memang cantik Kak Fas tengok fabrik berkenaan… berkilauan lagi.

Dan sebagaimana eksklusifnya Dato Ida mahu setiap rekaan Bianco Mimosa begitu juga lah sentuhan yang diterapkan kepada setiap koleksi lebarannya tahun ini.

Jika ko orang perasaan setiap kali mengeluarkan koleksi terbaharu Dato Ida pasti ada tema untuknya dan bagi lebaran 2017 beliau menamakannya dengan tema “T’Amore” .

Nak tahu apa maksudnya?

“T Amore”  adalah bahasa Itali yang bermaksud kasih sayang atau cinta.

Jadi dengan koleksi ‘T’ Amore' hasil Bianco Mimosa, Ida Suraya mahu menerapkan elemen cinta di mana silatulrahim kekeluargaan terpaut erat dengan adanya aura kasih sayang.



Kak Fas dah tonton ke semua koleksi yang dipertunjukkan di mana Dato Ida memilih fabrik terkini dan bermutu mengikut piawaian antarabangsa malah dihasilkan dalam kuantiti terhad.

Rekaannya mendapat sentuhan jahitan buatan tangan melalui tukang jahit tempatan yang berpengalaman melalui kilang butiknya di  Pusat Komersial TSB, Sungai Buloh, Selangor

Keistemewaannya daripada jenama lain, fabrik yang digunakan bukan sahaja berkualiti tetapi eksklusif yang ditempah khas dari luar Negara terutamanya ‘Raw Silk”. Malah penggunaan kain ‘velvet’ turut diperinci dengan butiran mutiara asli kecil-kecilan agar baju nampak elegan sesuai tema ‘T Amore’.


Malah desainnya memiliki sentuhan ‘seni ’ dan ‘pemandangan’ bagi menguatkan lagi cinta ‘T Amore” di mana dengan menyarungkan rekaan Bianco Mimosa…Dato Ida berharap pemakainya  bakal memikat teman hidup masing-masing dengan perasaan kasih sayang.

Tentang harga…jangan risau…

Jika  sebelum ini ko orang tengok harga ‘couture’ Bianco Mimosa mencecah hingga RM1,000 ke atas tetapi kali  untuk koleksi lebaran ko orang boleh mendapatkannya dengan harga mampu milik dari RM300 hingga RM500 ke atas bergantung pada rekaan dan fesyen.



“Biaco Mimosa doakan semoga hidup anda akan menjadi lebih puitis dan romantis dalam menyambut Hari Raya kelak,” ujar Dato Ida tulus… setulus wajah gebu dan cantik serta anggunnya itu.

Bayangkan dulu lebih 10 tahun beliau aktif dalam perniagaan berkaitan kejuruteraan dan pengalihannya pada dunia fesyen dengan mengasaskan jenamanya sendiri ternyata melonjakkan dirinya sebagai seorang usahawan yang berjaya lagi disegani ramai.



Khabarnya, lepas Raya nanti beliau akan mengeluarkan semua produk berkaitan fesyen termasuk bag tangan, kasut dan aksesori.

Wah! Kak Fas lak terasa tak sabar nak tunggu pelancaran produk-produk berkenaan….

Sekali lagi Kak Fas nak bagitau kepada mereka yang belum tahu lah ya…

Bianco Mimosa merupakan perkataan dalam bahasa Itali yang bermaksud pokok semalu (mimosa) putih (bianco) dan kenapa  Ida Suraya memilih jenamanya  dalam bahasa Itali adalah kerana negara tersebut merupakan tempat kelahiran sebahagian besar pereka fesyen dan jenama mewah terkemuka dunia

Gitu kisahnya u alls… apa pun tahniah Dato Ida dan terima kasih jua kepada PR Dato  yang sentiasa ceria dan happening, Kidd .... kipidap!



PIX dari FB Dato Ida Suraya....