Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JKKN, DBKL SEMARAKKAN BANGSAWAN, PANGGUNG SENI TRADISIONAL 2017


Apabila bercerita kisah Bangsawan… mahu tak mahu fikiran Kak Fas pasti melayang ke satu judul yang dinamakan ‘Bangsawan ke Udara”….

Seingat Kak Fas kalau tak silap lah… ia judul bagi sebuah program radio zaman Kak Fas masih bermain ‘masak masak dan pasir’ dulu  haahaa….

Tetapi kini Kak Fas percaya ada segelintir generasi Y khususnya yang tidak tahu apa itu bangsawan?

Jadi Kak Fas sokong penuh usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara atau ringkasnya JKKN yang masih meneruskan siri Semarak Bangsawan dan Panggung Seni Tradisional yang dimulakan 11 tahun dahulu.

Ok sebelum Kak Fas ‘story’ panjang… biar Kak Fas bicara sikit perihal apa itu Bangsawan supaya anak-anak muda yang baca blog Kak Fas ini faham ya….

Bangsawan merupakan satu bentuk teater Melayu yang sering dipersembahkan kepada golongan istana satu ketika dahulu.

Ia dipengaruhi oleh wayang Parsi atau mendu yang dibawa ke Pulau Pinang pada tahun 1870 oleh pedagang India dan pementasannya menjadi tontonan hiburan sebelum kedatangan televisyen hitam putih.

Dan dalam usaha memartabatkan seni persembahan bangsawan itu seraya memperkenalkannya kepada masyarakat agar tidak pupus, initiatif  Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui  JKKN dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menganjurkan program Semarak Bangsawan sejak 2007 sesuatu yang harus disokong dan dipuji.

Setelah mengharungi sebelas tahun, program Semarak Bangsawan ternyata telah mencapai tujuan Kerajaan untuk terus memberi nafas baharu kepada pementasan bangsawan waima berjaya menarik seramai 80,988 orang penonton terdiri daripada pelbagai kaum manakala 35 kumpulan bangsawan sedia ada dan baharu telah terlibat menyemarakkan program.

Selain angka positif itu, sebanyak 293 pementasan telah dipentaskan di Panggung Bandaraya dan Auditorium DBKL dengan 84 naskah karya baharu dan sedia ada.

Mengumumkan sambutan hangat sedemikian Ketua Pengarah JKKN, Tan Sri Norliza Rofli dalam sidang akhbar pra pelancaran program Semarak Bangsawan dan Panggung Seni Tradisional 2017 bertempat di Restoren Rebung, Taman Bonati, Kuala Lumpur baru-baru ini berkata:



“Sejak tahun 2007 program bangsawan dan kesenian ini telah mencatatkan hampir 70% penonton terdiri daripada kalangan generasi muda. Jadi bermakna penerimaan golongan tersebut ke atas teater bangsawan semakin terserlah.”

Ok… untuk tahun ini, beliau mengumumkan program Semarak Bangsawan menampilkan 5 kumpulan yang terpilih daripada 13 kumpulan yang membuat permohonan.

Pementasan pembukaan yang akan berlangsung mulai 12 Mei ini  diterajui Persatuan Seni Ceritera Negeri Selangor dengan nashkah bangsawan ‘Cincin Naga Api’ adaptasi dan olahan semula dari filem popular Inggeris, “Lord of the Ring” karya asal Peter Jackson, Fran Walsh, Philippa Boyens dan Stephen Sinclair tetapi ditulis semula oleh Roydy Rokidy arahan bersama Khusiary Mahyuddin. Tonton teasernya di bawah dari youtube K Network.

Bangsawan berkenaan yang akan dipentaskan selama dua hari berakhir 14 Mei bakal menampilkan artis veteran seperti Dato Jalaludin Hassan dengan bakat baharu seperti Afi AF dan ramai lagi.



Selain Jalaludin Hassan, antara pelakon drama lain yang terlibat termasuk Zack Kool, Rosli Rahman Adam mahu pun Mubarak Majid melalui bangsawan berjudul ‘Dewa Kencana’ karya dan arahan Encik Kamarul AR oleh Pertubuhan Hidayah Kuala Lumpur dan Selangor pada 15 hingga 17 September depan.

Kalainannya tahun ini berbanding beberapa tahun lalu, buat pertama kalinya peminat bangsawan dapat menyaksikan penyertaan Perkumpulan Seni Singapura dengan nashkah bangsawan ‘Satria Menara Putih” karya Samsudin Said arahan Ihsan Ali pada 21 hingga 23 Julai depan.

Kehadiran mereka ini adalah atas initiatif dan pembiayaan sendiri dengan semangat menyokong industri bangsawan Malaysia. Tahniah diucapkan kepada mereka….

Dua lagi bangsawan yang terpilih adalah dari kumpulan Opera Sri Bandaraya dengan cerita ‘Zhao Si Anak Yatim’ skrip dan arahan Lenny Erwan yang akan dipentaskan pada 13 hingga 15 Oktober 2017. 

Ia disusuli pementasan terakhir pada 10 hingga 12 November 2017 iaitu bangsawan “Dendam Laksmana” karya Siti Jasmina Ibrahaim arahan Pat Ibrahim oleh Pertubuhan Seni Silat Pusaka Sendeng Malaysia.

Bangsawan tersebut turut mengetengahkan para artis dalam barisan pelakon antaranya seperti Iqram Dinzly dan Nadia Aqilah. Turut berlakon Megat Shahrizal dan Anuar Rusdini.

Tu dia lima pementasan bangsawan yang perlu anda tandakan dalam kalendar berakhir tahun ini.  

Pas masuk bagi menyaksikan kesemua pementasan meliputi harga RM10. RM25 dan RM50 bagi tiket premier. Menarikmya, penonton yang membeli tiket RM50 premier layak mendapat tempat duduk lebih selesa dan jamuan disediakan selepas persembahan.

Ok itu bab Semarak Bangsawan. 

Pada masa yang sama peminat seni tradisional tidak pula dilupakan.  

Norliza turut mengumumkan pra pelancaran program Panggung Seni Tradisional 2017 yang mula diperkenalkan  kembali dengan nama baharu sejak 2013 daripada nama asal SIri Teater Tradisional Malaysia dari tahun 2009 hingga 2012.


TARIKH

PERSEMBAHAN

           TAJUK

PENGARAH

KUMPULAN
28 & 29
Julai
Opera Cina
(Kantonis)
Wedding Nite
-The Gatheringand Fairy Talesin The Heaven
Encik Jeff Chua
Chin Hok
The Sound  of  Tai
Hei
25 & 26
Ogos
Dramatari Klasik
India


Devdas
Encik Ravi Shanker Ramo Murthy
Persatuan       Seni Persembahan Malaysia (ASTANA)
27 & 28
Oktober
Teater
Tradisional Jikey


Naga Berapi
Encik Saipol Bahari MohdIman
AKRAB Kedah
17 & 18
November
Koleksi Tari
Serumpun
Koleksi Tari
Serumpun
-
•  KK JKKN
•  Pe-Zapin
•  ASWARA
•  UPSI
  
Sejak itu sudah 43 persembahan kesenian Malaysia yang autentik dan klasik telah diketengahkan.

Panggung Seni Tradisional 2017 akan berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur.



Empat persembahan yang  terpilih meliputi Opera Cina daripada Kumpulan The Sound Of Tai Hei arahan Jeff Chua Chin pada 28 dan 29 Julai, dramatari klasik India Devdas daripada Persatuan Seni Persembahan Malaysia (Astana) arahan Ravi Shanker Rama Murthy (25 dan 26 Ogos), teater tradisional Jikey daripada Persatuan Penggerak Warisan Seni Budaya Negeri Kedah (AKRAB) arahan Saipol Bahari Mohd Iman (27 dan 28 Oktober) dan Koleksi Tari Serumpun gabungan Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor, Fakulti Tari, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dan Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bertarikh 17 dan 18 November depan.  

Tiket bagi menyaksikan kesemua persembahan Panggung Seni Tradisional berharga RM20 dan RM50 (premier). Ia  berlangsung di Matic.