Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM BERAMAL, SUMBANG RM100 SEORANG BANTU MABIQ BINA PUSAT PENGAJIAN ISLAM


Alhamdullillah... syukur ke hadrat Allah kita sudah pun memasuk hari ketiga berpuasa. 

Dan lazimnya pada bulan yang mulia ini ramai yang mengambil peluang keemasan untuk melakukan amal kebajikan khususnya kepada golongan yang memerlukan terutama sekali anak-anak yatim.

Rata-rata syarikat korporat, agensi-agensi Kerajaan mahu pun individu-individu yang berkemampuan sering melakukan majlis berbuka puasa sambil menjemput anak-anak yatim sehngga ada kalanya juga sudah tidak ada rumah anak-anak yatim yang boleh dijemput kerana pada bulan ini juga permintaan jemputan kepada rumah kebajikan ini meningkat.

Lantas, hampir ke semua rumah anak2 yatim dah 'fully booked' kata orang.

Pun begitu, jika anda masih tercari-cari siapa yang perlu dibantu barangkali cerita yang Kak Fas ingin sampaikan ini mampu memenuhi permintaan sekelian.



Ya.. Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran atau MABIQ ketika ini membuka tawaran kepada sesiapa sahaja yang berhajat untuk menaja berbuka puasa kepada lebih kurang 165 pelajar tahfiz MABI!Q berjumlah RM1,650 sahaja iaitu RM10 bagi setiap pelajar.

Dan anda juga ada pilihan lain untuk terus beramal waima MABIQ juga sedang berusaha mengumpul dana sebanyak RM960,000 bagi pembangunan bilik guru dan dewan pengajian Islam.

Tetapi sebelum itu mungkin kalian tertanya-tanya apa itu MABIQ?

MABIQ ditubuhkan pada 3 Januari 2007 di atas Lot 29738 Kampung Peramu Tanjung Lumpur Kuantan Pahang yang berkeluasan tidak sampai ¼ ekar, diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin bin Abdul Jabbar dan isterinya Ustazah Umee Ruziani binti Ab Ghani.

Pada 13 Jun 2011 MABIQ membuka sebuah lagi cawangan atas nama Madrasah Al-Fatihah di Kampung Bukit Genting, Tebing Tinggi Jerantut, Pahang. 

Manakala  pada 1 Januari 2013 MABIQ melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan ketiga di Kampung Sepat – Penor, Kuantan Pahang atas nama MABIQ Pantai Sepat.

Jadi di Pantai Sepat inilah MABIQ bercadang membina bangunan 3 tingkat, bilik guru dan dewan pengajian Islam.

Keluasan bangunan pada setiap tingkat ialah 80 kaki x 40 kaki. Jadi untuk 3 tingkat keluasannya ialah 9,600 kaki. 

Dan bagi merealisasikan impian itu MABIQ menawarkan orang ramai untuk membantu dengan pembelian RM100 per kaki persegi  bagi satu lot den keseluruhannya kos  dijangka bernilai RM960,000.00.

Kini (Mei 2017) MABIQ mempunyai lebih 165 pelajar, 12 orang guru sepenuh masa, 4 orang guru akademik separuh masa, 8 orang kakitangan pentadbiran dan 16 orang kakitangan restoran MABIQ.


Menurut Ustaz Jamaludin, tujuan bangunan  adalah untuk memberi kemudahan kepada para pelajar untuk belajar dengan lebih baik.

Jadi jika kalian berhajat untuk beramal pada bulan Ramadan ini, Kak Fas syorkan peluang ini kepada sesiapa yang mahu menjemput anak-anak yatim di bawah kelolaan MABIQ, sebuah maahad tahfiz Al-Quran dan akademik yang berkonsepkan kebajikan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.

Bagi syarikat korporat Kak Fas yakin mampu memenuhi kedua-dua permintaan MABIQ iaitu memberi makan kepada anak-anak yatim sekali gus menyumbang kepada pembelian tanah-tanah lot bagi pembinaan pusat yang dirangka.

Dengan sumbangan ikhlas itu semoga para penderma memperoleh pahala yang mengalir sepanjang zaman, in sha Allah!

Bagaimana hendak menderma?













Ada empat bank yang menguruskan hal ehwal MABIQ ini bagi memudahkan kalian membuat sumbangan melalu cek atas nama MAAHAD BAHASA & ILMU AL-QURAN iaitu MAYBANK (akaun nom 556011011889), BANK ISLAM (06019010085483), CIMB BANK (8601307802) atau pun BANK MUAMALAT (06010003302714).
Selepas sumbangan disalurkan sebaiknya menghantarkan butiran melalui sms dengan menyatakan nama, alamat dan jumlah wakaf kepada Ustaz Jamal di talian 016 954 1234 atau  Ustazah Umee (016 953 5699).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan