KHAI BAHAR DUTA PEWANGI EDISI TERHAD 'BAYANG'
Foto sumbangan RISES
Jejaka bernama penuh Muhamad Khairul Baharudin atau lebih dikenali dengan panggilan komersialnya 'Khai Bahar" sebagai penyanyi bukanlah lagi satu nama yang asing dalam industri hiburan tempatan.
Walaupun masih berusia 22 tahun, anak muda berasal Perlis ini dengan pantas mencipta nama melalui media sosial gara-gara memuat naik Smule karoake duet bersama penyanyi Siti Nordiana dengan lagu 'Memori Berkasih'.dan juga 'Resipi Berkasih'. Malah sebelum itu Khai mula menarik perhatian netizen apabila muncul dengan lagu 'Madah Berhelah'.walaupun belum meletup.
Sejujurnya Kak Fas sendiri pun belum mengenali rapat dengan anak muda ini dan pertama kali melihatmya menyanyi 'live' sewaktu majlis pelancaran DBI Homes baru-baru ini.
Itulah pertama kali Kak Fas lihat Khai Bahar bernyanyi.dan lagunya pun sedap. Dan terkini, nampak gayanya rezeki Khai Bahar dalam industri hiburan semakin meningkat dan barangkali juga kerana itu langkah syarikat RISES memilih Khai Bahar sebagai duta pewangi "Bayang oleh Khai Bahar' merupakan pilihan tepat.
Mana tidaknya, jIka dialih bahasa RISES bermaksud bangun atau meningkat naik... justeru pemilihan Khai Bahar sebagai seorang artis yang sedang meningkat naik amatlah tepat bagi syarikat RISES Perfumes yang merupakan singkatan untuk RichSmart Event & Services dibawah teraju Ketua Pegawai Eksekutif nya, Encik Ahmad Shauqi Abd Wahab.
Memperkenalkan aroma 'Bayang oleh Khai Bahar'...penampilan artis baharu itu sebagai duta wangian edisi terhad berkenaan diperbuat bukan sahaja untuk kaum lelaki tetapi golongan wanita juga.
Menurut Ahmad Shauqi pada majlis pelancaran wanigian itu di Zebra Square semalam, aroma 'Bayang' terhasil daripada inspirasi remaja masa kini dan ia juga dicipta khas untuk mendekati peminat Khai Bahar yang semakin berkembang di Malaysia serta Indonesia.
"Antara kriteria yang ditekankan dalam penghasilan wangian ini adalah berdasarkan personaliti penyanyi tersebut yang sentiasa ceria serta mempunyai gaya hidup aktif yang amat bersesuaian dengan ‘Bayang’," tambah Ahmad Shauqi
‘Bayang Oleh Khai Bahar’ merupakan alternatif kepada penggemar minyak wangi halal yang boleh dipercayai kesahihannya berdasarkan sijil pengiktirafan dari Jakim. Ia memberikan ketenangan fikiran untuk kedua-dua pengguna Islam dan bukan Islam.
Penghasilan wangian ‘Bayang’ dipastikan dengan mematuhi keperluan syariah di mana wangian ini tidak mengandungi alkohol malah kekal selamat untuk kulit manusia serta boleh digunakan ketika menunaikan solat.
Misi syarikat, jelas Ahmad Shauqi adalah untuk menghasilkan wangian yang halal dan tahan lama, menggunakan tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau yang unik dan eksotik ‘Bayang’.
Selain itu, pemilihan Khai Bahar juga dapat menjadi sebuah simbol ke arah kehidupan yang aktif supaya dapat dijadikan inspirasi kepada seluruh kumpulan peminatnya, sambung Ahmad Shauqi.
Sebagai langkah promosi selanjutnya, RISES akan berada di Jakarta bersama Khai bermula 15 Mei 2017 hingga 20 Mei 2017 sempena sesi jelajah Khai, sekaligus memperkenalkan wangian ‘Bayang” termasuk jenama-jenama lain keluaran RISES.
Kolaborasi ini bakal memantapkan lagi jenama kesemua wangian RISES di pasaran Indonesia, harapan Ahmad Shauqi.
Keberanian dalam kesederhanaan, wangian edisi terhad edaran RiSES Perfumes ini boleh didapati di dalam bentuk 30 ml PARFUM berharga RM90, manakala pelbagai wangian eksklusif RiSES Perfumes EDP pula berharga RM65 di pasaran tidak lama lagi.
Sementara itu. sebagau sebuah entiti korporat yang bertanggungjawab menyediakan pelbagai perkhidmatan korporat, pengeluaran produk dan penjenamaan wangian peribadi sejak 2011, RISES membuka peluang kepada usahawan baru yang berminat untuk melibatkan diri dalam industri minyak wangi serta maju bersama-sama RiSES dan jenama-jenama mereka yang akan datang.
Ia bertujuan untuk memberi panduan dan berkongsi pengalaman sambil bersama-sama berjalan seiring membangunkan jenama masing-masing.
Peminat dan pengguna RiSES Perfumes boleh membuat pesanan untuk memiliki Bayang oleh Khai Bahar edisi terhad ini mulai sekarang melalui Instagram RiSES @rises_official atau Facebook 'RiSESPerfumes.