Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MUDAH MENJUAL BELI DEKOR RAYA MELALUI LAMAN CAROUSELL


Kak Fas bukanlah suka membeli-belah dalam talian sangat walau pun pernah beberapa kali mencuba namun akhir-akhir ini sejak begitu banyak platform jual beli dalam talian muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan… mau tidak mau Kak Fas terikut-ikut dengan trend ‘shopping’ sekarang.

Bila sering layari laman sesawang Kak Fas sudah nampak persaingan dalam membeli-belah dalam talian semakin diterima ramai… jika tidak masa kan begitu banyak platform sedemikian diwujudkan.

Terbaharu… Kak Fas  diperkenalkan dengan Carousell… 

Bila sebut ‘carousell’ … teringat Kak Fas kepada ‘carousel’ atau ‘ merry-go-round’. Ya lah masa zaman kanak-kanak dulu Kak Fas suka pergi ke fun fair dan naik permainan kuda berpusing tu….seronok sungguh… terngiang-ngiang bunyi lagu menemani pusingan tungangan kuda haha…

Tetapi carousell yang Kak Fas nak ceritakan ni bukanlah ‘merry-go-round’ ya walau pun bunyinya seakan-akan tetapi cuba perhatikan ejaannya  antara kedua perkataan ini.

Carousell di sini hujungnya ada dua abjad ‘ll’… dan bila disebut hujungnya sahaja sudah tentu anda akan menyebut ‘sell’. Dalam bahasa Inggeris dah tentu semua orang faham bahawa ‘sell’ itu bermaksud ‘jualan’ lah kan.

Jadi apa kaitannya dengan Carousell?

Daripada perkataan ‘ sell’ itu sudah jelas membawa maksud ‘jual’ dan seperti ‘Carousel’ yang sering berpusing… Carousell di sini adalah sebuah platform ‘online’ untuk sesiapa sahaja membeli mahu pun menjual barang masing-masing sehngga membawa ke satu roda pusingan yang bermanfaat bukan sahaja kepada penjual tetapi juga pembeli.



Bila pertama kali melayari app ini Kak Fas agak tertarik dengan slogannya yang berbunyi ‘Sell in a Snap. Buy with a Chat’ atau dalam bahasa ibunda bermaksud ‘Menjual dalam sekelip mata, membeli sambil berbual’.

Kak Fas pasti  sejak Carousell diwujudkan pada tahun 2014 melalui Carousell….. ramai yang sudah mengenali dan tahu cara berurusan dengan laman sesawang jual beli ini apatah lagi jika ada yang mahu membuat duit sampingan jika tidak membeli sekali pun. Yang menariknya sesiapa sahaja boleh menjadi penjual tanpa dikenakan sebarang caj pun… 

Jadi kalau ko orang nak belajar berbisnes elok gunakan app carousell ini terlebih dahulu. Ia satu platform pembelajaran yang memang mudah difahami  dan dicontohi dalam urusan jual beli.

Nak tahu lanjut ko orang kenalah melawat laman web  carousell untuk mencari apa yang perlu, Sebaiknya muat turun dahulu app nya ke dalam telefon bimbit ko orang  dengan App Store atau pun Google Play, jadi mudah je sambil duduk terus buka dan cari apa yang diinginkan.


 






Memandangkan Hari Raya pun lebih kurang sebulan sahaja lagi, sudah tentu ada yang terfikir untuk mengubahsuai rumah atau setidak-tidaknya tukar barang lama kepada yang baharu.

Apa pun niat atau nawaita ko orang yang penting jika nak cari barang murah tetapi cantik untuk home decor atau  barangan dan hiasan rumah,,, carousell lah jawapannya.



Nak pencarian yang lebih sepesifik tanpa melihat semua barangan yang ada taip sahaja barang yang perlu samada huruf "Raya" ke dan lihat berapa banyak produk yang keluar.

Naik juling mata Kak Fas nak pilih barang hiasan rumah yang tertera dalam carousell. Banyak sungguh you alls....

















Contohnya daripada gambar sebelah kiri, jika ko orang mahu beli bunga dekorasi Hari Raya ( Hari Raya Decoration' untuk hiasan meja makan ketika menghidangkan juadah Hari Raya),... klik pada gambar produk yang diinginkan, lihat pula harga yang ditawarkan. Dan jika berkenan di hati boleh klik pada butang warna biru "BUY NOW".

 Ataupun jika ingin bertanya dengan lebih lanjut tentang produk bolehlah pula 'chatting' terus dengan penjuallnya melalui butang "CHAT WITH SELLER".... boleh lah kedua parti berunding dengan  urusan tawar menawar  sebagainya.

Mudah kan?

Bagi mereka yang mahu mencari permaidani baharu atau pun langsir boleh juga layari laman web carousell ini... Kak Fas dah tengok banyak pilihan you alls... pening juga nak memilihnya... tetapi segalanya bergantung pada bajet ko orang kan?

Ko orang boleh klik pada kategori mengikut bajet samada yang popular, yang terkini, harga paling murah atau pun paling tinggi.




Ini contoh permaidani harga paling tinggi kira-kira RM3,000 yang barangkali ko orang nak..



 Jika rasa mahal sangat...apa kata jangan membazir... cuci sahaja carpet lama tu supaya nampak baharu... ya perkhidmatan macam ni pun ada u alls... lihat ni...







Jadi jangan risau jika duit tidak mencukupi. Apa sahaja bajet anda carousell mampu menyelesaikan masalah. Inilah yang membuatkan carousell ini lain daripada app jualan 'online' yang unik.

Mana yang dah tak perlu simpan boleh sahaja sedekah kepada orang lain atau kalau dah buruk sangat hantar ke kedai jual beli barang lama boleh juga dapat duit sikit untuk membeli yang baharu.

Kat carousell ini pun you alls boleh beli barang 'preloved' dan yang 'terpakai'... klik aje page ni...




Bila Kak Fas scroll ke bawah lagi,,, ternampak yang ini.... katil baharu pun ada ...



Menariknya melalui pembelian 'Thx Carousell Frens Support' ini bila ko orang berjumpa dengan pemiliknya dah dapat kawan baharu jadi komuniti carousell ini boleh berkembang besar apabila ramai yang menjual beli.... boleh kalah persaingnya dalam bidang sama macam ini huhu....

Tak perlulah Kak Fas cerita panjang lebar lagi ya.. .pendekata Raya pun dah dekat jadi jik anak tukar hiasan dalaman eloklah jenguk-jenguk laman sesawang paling popular ketika ini... iaitu carousel...

Cari sahaja apa sahaja yang dikehendaki... taipkan dalan enjin 'search' dan taadaa dalam sekelip mata impian anda akan menjadi kenyataan.

Selamat membeli-belah dengan carousell... pusing pusing macam 'merry go round' .. dan jangan berhenti selagi tak jumpa ya...

Happy Shopping  perabot baharu atau barang perhiasan rumah (home dekor) dengan carousell ya....

Selamat berpuasa dan selamat Har Raya diucapkan terdahulu!