Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PEMBELI KOSMETIK, QURTA AIMAN TINO BERPELUANG KE SEOUL, KOREA


Sejak namanya tersenarai sebagai finalis di samping penyanyi-penyanyi terkenal pada Anugerah Juara Lagu tahun lalu, penyanyi remaja, Aiman Tino terus dicurahkan rezeki berlipat ganda.

Baharu sahaja melancarkan produk kosmetik 'Sweet Aiman", kini Aiman Tino mengorak langkah pula ke dunia fesyen dengan memperkenalkan "Qurta by Sweet Aiman Fashion UniverCity'.

Sudah tentulah pengeluaran qurta ini tepat pada masanya ketika seluruh umat Islam akan menyambut ketibaan Hari Raya dalam lebih kurang sebulan sahaja lagi. Malah sesuai dengan golongan sebaya Aiman, pemakaian kurta kini menjadi pilihan popular digayakan pada lebaran tahun ini.

Qurta yang berkonsepkan "hipster" ini tidak syak lagi merupakan  'hadiah'  Aiman kepada peminat peminat nya sempena menyambut Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba itu

KeNapa Aiman memilih konsep Qurta “hipster”?

Menjawab pertanyaan tersebut pada majlis pelancaran 'Qurta by Sweet Aiman',  pelantun lagu  popular 'Ku Rela Dibenci' ini  memberitahu, pemakaian kurta bukan sahaja kasual dan selesa malah sesuai bagi semua peringkat usia.

Tambahnya, 'Qurta by Sweet Aiman'  ini juga terdiri daripada sepuluh warna yang terkini dimana ia dipilih oleh Aiman sendiri. 

Lebih menarik lagi rekaan kurta iini bercirikan "unisex" dimana ia boleh digayakan oleh wanita juga. Kak Fas tengok cantik juga bila digayakan wanita... persis baju Kedah pulak nampaknya... memang sesuailah digayakan pada pagi Raya kan?

Pun begitu, jika ko orang nak tahun Ppemilihan rekaan dan corak Qurta ini merupakan  inspirasi Aiman Tino bersama Dato’ Ryzal Jamaludin, iaitu pengasas produk Wonder Glow.


Sempena menyambut bulan Syawal yang akan menjelang nanti, Aiman Tino juga tidak ketinggalan mengeluarkan lagu raya.berjudul 'Lara Dalam Kerinduan' yang telah dimuatkan di saluran YouTube pada 12 May 2017 waima mendapat sejuta lebih penonton. 

Harga jualan di Mydin adalah RM79.90 sahaja. Bagi peminat Aiman Tino yang ingin mendapatkan koleksi pakaian Qurta ini, sila kunjungi rangkaian terpilih Mydin Hyper Market di seluruh Malaysia. Diantarannya ialah :


1) Mydin USJ Subang, 
2) Mydin UTC Melaka, 
3) Mydin Bukit Mertajam Pulau Pinang, 
4) Mydin Kubang Kerian Kelantan, 
5) Mydin  Pelangi Indah Johor Baru, 
6) Mydin Meru Raya Ipoh  
7) Mydin Sinar Kota Kuala Lumpur 
Dan semua kaunter Wonder Glow seluruh Malaysia bermula pada awal Ramadan ini.

Bagi memeriahkan lagi jualan 'Sweet Aiman' dan juga 'Qurta by Sweet Aiman', sebagai tanda terima kasih pihak Sweet Aiman melancarkan peraduan yang diberi nama “Soul to Seoul Contest Sweet Aiman”. 

Peminat-peminat berpeluang untuk memenangi hadiah utama sebuah kereta Toyota Vios, percutian ke Korea serta wang tunai RM10, 000. Nilai keseluruhan hadiah adalah sebanyak RM500, 000. 

Cara untuk menyertai  peraduan ini cukup mudah sahaja di mana setiap pembelian produk kosmetik atau pakaian Qurta layak untuk menyertai peraduan “Soul to Seoul Contest Sweet Aiman.

”Pembeli perlu mengimbas QR CODE yang tertera dibelakang kotak produk atau “tag” pakaian. Setelah imbasan QR CODE dibuat, pembeli akan dibawa ke laman web Peraduan Sweet Aiman dimana pembeli boleh mengisi maklumat-maklumat seperti yang dikehendaki di borang peraduan “on-line” di lama web tersebut. 

Pembeli perlu menyimpan resit pembelian dan nombor ID Sweet Aiman yang terdapat pada setiap kotak produk  sebagai bukti pembelian. Cabutan bertuah akan diadakan pada bulan September 2017.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Tel          : +6016 7094042
Email      : sweetaiman360@gmail.com
Website: www.sweetaiman360.com
Facebook : www.facebook.com/AimanTinoClub
Instagram : www.instagram.com/sweetaiman360deg