Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SIMON YAM SAMBUNG DUTA GINTELL 2 TAHUN


Bila melihat wajahnya barulah nampak macam pernah ku tengok tetapi Kak Fas lupa sebab dah lama tak tonton drama atau filem CIna. Apa tah lagi namanya - Simon Yam - memang Kak Fas tak perasan.

Yang Kak Fas tahu.... Jacky Chan, Andy Lau, Aaron Kwok dan seangkatan dengannya haha...

Jadi baru-baru ini bila Kak Fas pergi ke majlis GINTELL bersama dutanya Simon Yam di IOI City Mall Putrajaya baru-baru ini, baharu lah Kak Fas kenali siapa itu SImon Yam haha...


Orangnya nampak memang ceria dan mudah didekati... siap sempat ambil selfie secara sponton dengan Kak Fas lagi selepas menyerahkan bantal merah hati Gintell yang tertera wajahnya sekali gus memberi sekuntum bunga kepada peminatnya sempena Hari Ibu waktu tu.. Walau pun muka nampak putih melepak gara-gara 'spot light' yang ditala hahaha... tetapi nama pun 'shot spontan'... ok je laa... haha..

Daripada kurang mengenali pelakon terenal Hong Kong ini... Kak Fas dah terus meminatinya sebab 'friendly' sangat....

Amat melucukan apabila dia cuba bercakap dalam bahasa Melayu... bila memicit bahu peminatnya Simon berkata 'sedap sedap' pastu tu dalam bahasa Inggeris disebut pula 'delicious' haha...



Pastu Kak Fas dengar dia kata 'Saya cinta kamu", "Terima Kasih"...waima lain-lainnya dia berbahasa Cina,..... sayangnya dua pengacara atas pentas tidak pula membuat alih bahasa sebagaimana mereka bercakap Cina di majlis umpama oleh duta Dato Jalaludin Hassan.


Ya.. memandangkan penampilan SImon waktu tu bersempena dengan Hari Ibu, sebagai duta GINTELL di  dua lokasi berasingin iaitu di IOI Mall Puchong dan IOI City Mall Putrajaya, majlis berlangsung penuh meriah sekali terutamanya bagi kaum ibu.

“Ibu adalah guru pertama dan utama bagi anak-anaknya sejak awal kehidupan mereka. Tiada sebarang perkataan yang mampu memggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu kepada keluarganya dan masyarakat. Sebagai seorang anak, mengambil berat kesihatan ibu dan menjaga kehidupan seharian mereka adalah sangat penting. Bersempena dengan Hari Ibu ini, kini saatnya untuk menghadiahi ibu kami sebuah kerusi urut yang dapat melegakan keletihan dan tekanan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja!” kata Simon Yam.

Simon Yam juga menyatakan bahawa ramai orang semakin sibuk mengejar kehidupan dan mengalami tekanan yang semakin tinggi. Oleh itu, sebuah kerusi urut yang menjanjikan kesihatan secara menyeluruh dengan ciri-ciri teknologi yang unik dan inovatif adalah diperlukan untuk merehatkan badan dan menenangkan diri sendiri.



Beliau yang menyambung kontrak selama dua tahun dengan GINTELL, memperkenalkan Kerusi Urut GINTELL De’ Space U.F.O yang direka secara ergonomik dengan ciri-ciri teknologi urutan yang canggih kepada orang ramai. 


Ia memenuhi keperluan setiap orang dengan menawarkan urutan yang terbaik untuk melegakan keletihan dan tekanan melalui urutan yang selesa setiap hari.

Dengan ini, Kerusi Urut GINTELL De’ Space U.F.O adalah hadiah Hari Ibu Bapa yang paling sesuai untuk ibu bapa tersayang kita.