ASTRO, KARANGKRAF METERAI MOU, SALURAN 'RAYA HD' PERCUMA
Siapa tidak kenal dengan perkhidmatan televisyen berbayar Astro dan siapa pula tidak kenal dengan syarikat media bumiputra terbesar, Karangkraf?
Terkini, Astro telah menguasai sebanyak 71% daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia, merangkumi 21 juta individu di semua platform paparan, di rumah, secara langsung, di aplikasi mudah alih ataupun di on demand manakala Karangkraf pula memiliki 15 juta pembaca merentasi penerbitan bercetak dan aset digital mereka.
Rasanya tak perlulah Kak Fas celoteh panjang atau memperkenalkan lagi kedua-dua nama gergasi dalam dunia sebaran am ini kan?
Apa yang Kak Fas nak ceritakan hari ini berhubung kait dengan keduanya di mana
Astro Malaysia Holdings Berhad (“Astro”) dan Kumpulan Media
Karangkraf Sdn Bhd (“Karangkraf”) sudah bergabung.
Wah! Dengan gabungan ini lagi menarik lah kandungan Astro ya tak?
Majlis tandatangani satu Memorandum Persefahaman
(“MoU”) yang membentuk sebuah syarikat usahasama (“JV Co”) untuk penghasilan
dan penjanaan keuntungan menerusi pemilikan kandungan di Malaysia dan rantau
Nusantara sudah pun termeterai petang semalam di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Apa faedahnya gabungan itu u alls tanya?
Well... dengar apa kata Dato Rohana Rozhan, Ketua Pegawai Eksekutif Astro:
"Usahasama ini menyatukan dua entiti yang membawa misi yang sama dengan memanfaatkan sepenuhnya kekuatan masing-masing untuk membuka peluang perniagaan baru bagi mencipta harta-harta intelek Nusantara yang boleh digunapakai bukan sahaja di Malaysia malahan memiliki nilai komersial yang tinggi untuk dibawa menjelajah ke negara-negara serantau
"Kami menyasarkan penghasilan bersama
kandungan harta-harta intelek atau IP yang komprehensif meliputi segmen Melayu
dan Islamik. Trend penggunaan media digital pada masa kini, baik berbayar
mahupun menerusi iklan, telah meluaskan jangkauan Astro terhadap para
pelanggannya di Malaysia daripada isi rumah ke segmen individu dengan sangat
ketara. Menerusi misi utama untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan
yang mempunyai latar belakang berbeza, daripada teater ke televisyen,
sehinggalah ke digital dan perdagangan, kami memerlukan IP yang pelbagai untuk
memenuhi kehendak setiap segmen pengguna.
"Pemilikan IP ini membolehkan kami
untuk memaksimumkan potensi aliran masuk kewangan daripada pelesenan, Adex,
langganan dan perdagangan, yang mana pada masa yang sama juga memberi peranan
jangka masa panjang yang mampan kepada kami dalam rantaian media. Kami juga mengambil kira permintaan yang semakin meningkat terhadap
kandungan vernakular yang segar dan berbeza di seluruh rantau Nusantara,
sebahagiannya disebabkan oleh percambahan platform over-the-top atau OTT terus
ke pengguna."
Menurut Rohana lagi, dalam usaha untuk meletakkan Astro sebagai pemain utama di ruang
lingkup industri ini, pihaknya mengukuhkan pelaburan menerusi kandungan yang
menggunakan bahasa perantaraan yang sama (vernakular utama) dan harta intelek
(IP) ASEAN, untuk menjadi lebih relevan kepada penonton serantau.
"Kumpulan Media Karangkraf merupakan satu kuasa besar dalam
industri kreatif terutamanya di kalangan komuniti berbahasa Melayu menerusi
senarai aset media yang dimilikinya, dan hari ini, kami amat berbangga
mengumumkan usahasama yang dijalinkan dengan Karangkraf bagi membangunkan
jenama dan seleksi kandungan IP yang hebat bersama-sama.” jelas Rohana.
Dan apa pula kata Dato’ Hussamuddin Hj Yaacub, Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Karangkraf:
“Kumpulan Media Karangkraf amat teruja untuk
menjalinkan kerjasama yang lebih rapat lagi dengan Astro, terutamanya setelah
terlibat dalam pelbagai kempen sebelum ini, seperti Projek Ngaji, Quran Hour
dan sebagainya. Dengan gabungan jumlah jangkauan yang memberangsangkan, kami
merasakan bahawa Astro merupakan rakan strategik yang paling tepat untuk
membantu memperluaskan kandungan harta intelek kami di pelbagai platform seperti
televisyen, OTT dan di ruang digital di Malaysia dan di negera-negara yang
berikutnya. Usahasama ini akan membolehkan kami memiliki ekuiti dalam
penguasaan kandungan Melayu dengan aspirasi serantau serta mempelbagaikan
perniagaan baru seterusnya memacu inovasi digital.”
Hari ini, industri kandungan di rantau Nusantara menguasai
pasaran dengan mencatatkan nilai RM48 bilion, yang mana menjadikan vernakular
tempatan dan kandungan IP dari negara-negara ASEAN sebagai sebuah kandungan
premium yang baru.
Astro dan Karangkraf berharap kerjasama ini akan saling
melengkapi kekuatan masing-masing dalam menghasilkan sejumlah kandungan IP yang
berkualiti serta pada masa yang sama memupuk budaya inovasi dan memiliki nilai
yang tinggi bagi tujuan pengedaran untuk memenuhi kehendak industri yang
semakin meningkat.
Kerjasama antara Astro dan Karangkraf adalah selaras dengan
strategi utama Astro dalam menguasai pemilikan bersama kandungan IP utama yang
mempunyai daya tarikan serantau, dan memenuhi aspirasi syarikat untuk menjadi
pembekal, pengumpul dan pengedar utama kandungan di Asean.
Tu dia kisahnya hari ini....
Majlis yang sama kemudiannya dilanjutkan dengan jamuan Ramadan seraya memperkenalkan himpunan lebih 260 program Raya termasuk iklan komersial dan kandungan premium yang boleh diakses menerusi platform digital dan perkhidmatan 'OTT" untuk pilihan yang fleksibel.
Sambil meninjau gerai-gerai yang berkaitan Astro yang dipamerkan di luar dewan... Kak Fas tertarik untuk sambung kembali perkhidmatan Astro yang sudah lama Kak Fas tergendala... haha.. bukan apa saluran Astro Kak Fas itu berada di rumah di Taiping dan Kak Fas pula tinggal di Kuala Lumpur.
Semasa ketiadaan ... rumah Kak Fas dipecah masuk dan habis semua harta barang elektrik termasuk tv dan decoder Astro diangkut pencuri laknat... itu sebab tak sambung haha...
Tetapi kesempatan berada di majlis Astro dan ada pula perkhidmatan Astro on the Go yang disediakan Kak Fas pun teruja kembali untuk sambung 'nyawa' Astro.
Nak juga lihat apa perkembangan terbaharunya nanti dengan gabungan bersama Karangkraf tu ya tak hihi....
Tambah pula musim Raya... program-program yang disajikan pun nampak 'best best' belaka malah Astro buka saluran khas 'Raya HD' (saluran 122) lagi sepanjang bulan Syawal yang boleh dinikmati secara percuma bermula 24 Jun hingga 24 Julai. u alls....apa lagi menghadap tv la selalu lepas ini huhu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan