Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'INGAT RAYA INGAT JAKEL' , PELBAGAI PILIHAN ADA


Hanya kira kira 19 hari lagi kita akan menyambut hadirnya Syawal dan HARI RAYA!
Teringat pulak pada zaman kanak-kanak dahulu sebulan sebelum Hari Raya…. emak dah selesai membeli-belah kain untuk dihantar ke kedai jahit. Waktu itu barisan kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sentiasa dikunjungi untuk membeli fabrik.

Walau pun zaman itu sudah berlalu dan Kak Fas sudah tidak lagi hantar kain ke taylor sebab memang tak suka membeli fabrik untuk dijahit… Kak Fas lebih suka beli ‘ready made’ … terus pakai tak perlu tunggu lama-lama untuk siap baju hihi…

Sekarang ini sudah berlambak baju ‘ready to wear’ malah dengan wujudnya bilangan pereka fesyen yang berlumba-lumba mengetengahkan desain masing-masing membuatkan pengguna menjadi mudah untuk memilih mana yang berkenan di hati.

Dan untuk menambat hati pelanggan pelbagai pula cara digunakan oleh gedung-gedung pakaian bagi menarik perhatian di mana apabila Raya tiba…  nama pembekel dan pemborong tekstil terkemuka. Jakel Trading Sdn Bhd atau ringkasnya ‘JAKEL’ antara yang popular.


Dengan taglinenya “Ingat Kain, Ingat Jakel’ dan ‘Jakel Barulah Raya’ ternyata mampu meresap  ke dalam  jiwa setiap netizen malah sentiasa diingat  bila tibanya lebaran khususnya yang mencari baju raya berkualiti tinggi tetapi mampu milik.

Tidak hairan apabila Jakel mengadakan jualan lelong 1,000 koleksi ‘Jakel Barulah Raya’ bersama barisan artis-artis popular ramai yang serbu.


Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata tawaran berkenaan meliputi koleksi pakaian raya terpilih daripada Duta Raya Jakel iaitu Upin Ipin, Aaron Aziz, Janna Nick, Ayda Jebat, Awal Ashari, Scha AlYahya dan anak Lara Alana, Nabil, Harith Iskandar, Hairul Hazreen, Hanis Zalikha dan anaknya, Yusof Iskandar. 
Kak Fas antara yang hadir menyaksikan pertunjukan fesyen koleksi terbaharu barisan artis popular yang disebutkan tadi di Jakel Mall. 

Antara mereka itu, Harith Iskandar merupakan artis elaki yang terbaharu di mana untuk tahun ini buat pertama kalinya Jakel menyediakan baju Melayu ‘plus size’.

Selain Harith… dua lagi duta terbaharu terdiri daripada  Aida Jebat dan Janna Nick. Semua nama-nama popular gitu! Artis untung Jakel pun lagilah untung kan dapat jualan yang meningkat. Tak gitu Dato? Hihi…




Dengan diskaun sehingga 85% pembelian koleksi baju Melayu serendah RM89 diberi samping serta butang baju Melayu percuma.

Wah! Tawaran yang memang menarik… dapat baju Melayu lengkap you alls… tak perlu nak beli samping dan butang baju lagi… semua dah disediakan.

Tawaran lain termasuk kurta lelaki pada harga RM100 untuk dua helai dan kurung wanita RM79 malah turut menjadi pilihan ialah koleksi pakaian sedondon khas Aidilfitri keluarga Awal Ashari dan Hairul Azreen,




Bayangkan jika Aaron Aziz sudah enam tahun menjadi Duta Raya Jakel ditambah pula nama-nama artis baharu yang popular sudah tentu nama Jakel akan terus memuncak dan diingati ramai setiap kali tibanya lebaran.

Khabarnya, tahun ini sebanyak 50,000 pasang baju Melayu Aaron ditawarkan kerana sambutan sangat menggalakkan.

Malah sempena dengan ulang tahun Jakel ke 10 memang tepatlah barisan duta dan Ikon Jakel meningkat bilangannya sehingga mencapai angka 11 orang termasuk anak pasangan artis masing-masing. (tidak termasuk Upin Ipin).

Dengan lebih banyak pilihan fabrik dan pelbagai variasi pakaian raya daripada koleksi artis-artis berkenaan Kak Fas pasti ada yang mampu menarik perhatian anda untuk ke Jakel tahun ini.
 



















Kak Fas lihat koleksi baju wanita berkonsepkan kurung moden memang stylo dan cantik. Warna pastel yang lebih lembut menjadi pilihan Ayda Jebat malah bagi yang berkeluarga boleh memilih fesyen di bawah label family Awal Ashaari, Scha AlYahya dan  Lara Alana atau pun yang ada anak lelaki boleh pilih koleksi Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan anak mereka, Yusof Iskandar.





















Pendekata, Jakel ada pilihan untuk semua golongan. Bagi anak dara, jenguk-jenguk fesyen Janna Nick yang tidak kurang menyerlah seperti Ayda Jebat atau wanita yang mahu nampak glam bole juga memilih koleksi Che Ta dan anaknya, Aishah.



Nak story panjang pun ko orang bukan tak nampak kan jadi apa kata layan je video dan gambar-gambar fesyen ini ya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan