KEKELUARGAAN ATASI KEBENDAAN, MESEJ IKLAN HARI RAYA DARI TNB
Setiap kali musim perayaan, setiap kali juga syarikat korporat terkenal dalam negara akan memerah otak untuk mendapatkan idea bagi mempersembahkan sebuah iklan yang mampu menyentuh perasaan.
Tidak perlulah Kak Fas memberitahu syarikat gergasi mana yang sering mendapat pujian dalam menyampaikan mesej melalui pengiklanan di kaca tv.
Kak Fas masih ingat beberapa iklan Raya yang menyentuh perasaan karya pengarah yang tidak asing lagi seperti arwah Yasmin Ahmad. Sentuhannya mampu menjadikan iklan di bawah pengarahannya mencuri perhatian penonton.
Sejujurnya, selama ini Kak Fas belum berkesempatan untuk menyaksikan prebiu-prebiu iklan raya daripada mana-mana syarikat tempatan namun semalam kesempatan untuk hadir ke Tenaga Nasional Berhad atau ringkasnya TNB memberi peluang kepada Kak Fas menonton terlebih dahulu iklan Rayanya yang sudah mula bersiaran di sosial media sejak semalam (14 Jun).
Manakala, filem web Adilfitri TNB sepenuhnya pula boleh ditonton bermula pada 22 Jun depan.
Kempen dalam sosial media yang bermula semalam (14 Jun) akan berlarutan sepanjang tiga minggu, malah syarikat utiliti negara ini turut menghasilkan sebuah video muzik raya dan satu siri video digital resepi kuih raya bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan tahun ini. .
Nak tahu apa kah mesej dan kisah yang dipaparkan TNB tahun ini?
Tetapi terlebih dahulu meh dengar apa kata Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman dalam ucapan ringkasnya kepada media di ibu pejabat TNB semalam.
Kata Datuk Wira Roslan:
“Aidilfitri sebenarnya ruang untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan menyuburkan kemesraan sahabat handai. Menerusi iklan raya tahun ini, kami menyampaikan mesej bahawa dalam apa jua keadaan, kita harus sentiasa menghargai setiap detik bersama keluarga. Filem ini memaparkan dilema yang dilalui oleh ramai warga Malaysia - walau apa pun terjadi, keluarga adalah segala-galanya.”
Apakah maksud Datuk kan? Haa.. kalau ko orang nak tahu kenapa beliau berkata sedemikian perlulah tonton cerita disebalik iklan arahan Quek Shio Chuan (kiri) ini ya...
Kisah berkisarkan pada seorang gadis kampung, Aida yang bekerja di Kuala Lumpur, terpaksa melalui pelbagai dugaan sebelum dapat pulang berHari Raya bersama ibu dan keluarganya di kampung.
Tugasan yang menimbun dan perlu diselesaikan sebelum bercuti memberikan tekanan kepada Aida apatah lagi adik-adiknya mahukan Aida membeli mereka baju Raya... malah 'kucing'nya pun nak beraya ( ini agak kelakar dan sudah tentu tidak masuk akal).
Pun begitu, walau melalui pelbagai dugaan meski pun berjaya mengumpul duit ringgit untuk membeli baju Raya yang dipesan adik-adik namun perjalanan AIda tidak semudah yang disangkakan. Ada sahaja halangan....
Halangan apa... biarlah ko orang cari jawapannya dengan menonton video di bawah ini....yang penting mesej yang mahu disampaikan oleh TNB tahun ini fokus kepada kekeluargaan.
Walau pun tiada 'hadiah' yang dibawa pulang namun kepulangan anak itu dinanti-nantikan oleh keluarga.. itu adalah 'harta dan hadiah' paling besar buat keluarga apatah lagi seorang ibu yang ketiadaan suami.
Sementara itu, berhubung video muzik ‘Ceria di Hari Raya’, nyanyian Asmidar ia sentuhan berbeza daripada lagu ‘Suasana Hari Raya’ dendangan Allahyarham Datuk Sharifah Aini dalam bentuk lirik baharu. Melalui platfrom digital, ia turut diterbitkan dalam versi karaoke.
Bagi video digital pula,ia diterbitkan sebagai siri video ‘Kuih Raya Aida’ agar orang ramai
boleh berkongsi resipi kuihnya. Orang ramai digalakkan untuk berkongsi bakat membuat
kuih raya ciptaan sendiri atau menggunakan resepi Aida dan menghantarkannya dengan hashtag #DugaanRaya dan #TNBRAYA2017.
Okey... sila layan seketika iklan #DugaanRaya Aida ini... ko orang suka atau tak?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan