Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELBAGAI PROGRAM MENARIK DI TV3, TV9 SEMPENA SYAWAL, TEMUI ARTIS DI 3 LOKASI BERBEZA


Setiap tahun sempena menyambut bulan Syawal, setiap rangkaian stesen telivisyen akan mempersembahkan program Raya masing-masing bagi menghiburkan penonton setia mereka khususnya yang suka duduk di hadapan tv  bila Hari Raya haha...

Dan baru-baru ini Kak Fas sempat hadir ke majlis sidang media program Syawal tv3 dan tv9 di sebuah hotel terkemuka bagi menyaksikan apa kah 'hadiah' Raya kedua rangkaian Televisyen Media Prima Berhad itu untuk penonton setia mereka.

Melalui kempen 'Terima Kasih' yang menjadi temanya tahun ini selain program TV yang menjadi sajian utama, kempen juga sedang rancak mengadakan aktiviti seperti Bazar Terima Kasih, Jom Masjid dan Skuad Terima Kasih.

Manakala  program menarik sepanjang minggu raya pertama dan kedua antaranya, telefilem eksklusif yang menampilkan barisan pelakon popular tanah air, program Raudhah, majalah & bual bicara, program hiburan, seleksi filem-filem blockbuster luar negara dan tidak lupa juga program animasi khas buat penonton cilik.

Kita dengar dahulu apa kata Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid:

“TV3 dan TV9 merupakan saluran TV pilihan utama rakyat Malaysia pada musim perayaan. Sebagai tanda terima kasih kami kepada para penonton setia atas sokongan mereka yang tidak pernah terhenti ini, kami memastikan hanya program-program terbaik dan berkualiti untuk siaran sepanjang minggu pertama dan kedua bulan Syawal. Nantikan barisan pelakon hebat dan popular seperti Datuk Rosyam Nor, Zamarul Hisham, Rita Rudaini. Saharul Ridzwan, Amyra Rosli Syafie Naswip, Zahirah MacWilson, Niena Baharun, dan ramai lagi menerusi telefilem-telefilem raya istimewa di TV3 dan TV9.

Tidak lupa juga program Hiburan seperti Raya Sakan Mak Cun, Melodi Raya, Mentor Milenia Raya, Pop TV Raya, Perang Bibir Raya yang akan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri para penonton.

Selain itu, kami juga ingin berterima kasih kepada para pengunjung yang berpusu-pusu memeriahkan Jom Masjid di Temerloh, Pahang dan Bazar Terima Kasih di Kemaman, Terengganu. Sokongan anda semua amat bermakna buat kami dan Insya Allah acara-acara sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain."



Jadi apa kata kita renung seketika apakah program-program Syawal  yang sudah dijadualkan:

Pada tahun ini, TV3 akan menggandingkan bintang-bintang popular menerusi telefilem yang menyentuh hati seperti Mak Tak Bagi Balik, Terhentinya Doa, Mak Cun Pi Lombok! dan Syukur Syawal (foto atas).

Buat penggemar filem-filem blockbuster pula, jangan lupa untuk menyaksikan KL Gangster, KL Gangster 2, Chennai Express, Into The Woods dan Maleficient. 

Tidak ketingggalan juga program Majalah & Bual Bicara seperti Mana Kawan Adik?, Majalah 3 Raya, Istimewa Aidilfitri dan Misi K: Raya serta program Gaya Hidup dan Raudhah seperti Nona Istimewa Raya, Dapur Panas VS 5 Rencah 5 Rasa 2017 dan Madrasah: Jalur Sutera Ilmu yang turut akan menemui para penonton pada Syawal ini.

TV3 juga menyediakan program hiburan yang semestinya akan menceriakan lagi Syawal anda seperti Raya Sakan Mak Cun, Melodi Raya, The Sarimah Show, Muzik-Muzik 32 Raya, dan juga Mentor Milenia Raya.



Sementara itu, TV9 pula akan menghiburkan penonton dengan paparan telefilem eksklusif bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri seperti Balik Raya Ke Kita?, Dodol Untuk Menantu, Imam Samar-Samar, Ketupat Buat Nenek dan Projek Kuih Raya Mak Leha. 

Di samping itu, bagi mereka yang meminati watak-watak superhero, jangan ketinggalan untuk menonton filem-filem blockbuster seperti Thor, Thor: The Dark World, Captain America: The First Avenger, Captain America: The Winter Soldier, Iron Man 3, dan juga Marvel’s The Avengers.

Program Hiburan di TV9 pula menampilkan Pop TV Raya, Perang Bibir 2017, Serupa Tapi Tak Sama, Karaoke Boom dan Lawak Karoks. 

Di samping itu, program Majalah & Bual Bicara serta program Raudhah seperti Ketupat Rendang Kopi O, Tanyalah Ustaz, Tanyalah Ustazah dan SIS Raya juga menyediakan paparan istimewa di TV9.


IKLAN RAYA KEMPEN TERIMA KASIH

Setelah lama menyepi, pengarah kreatif Ho Yuhang kembali bekerjasama dengan Media Prima Berhad dalam pembikinan iklan raya kempen Terima Kasih.

Iklan raya 3 episod  ini memainkan peranan sebagai peringatan kepada para penonton bahawa sebenarnya tiada jurang perbezaan sesama manusia untuk menzahirkan rasa terima kasih.

Ia berkisarkan tentang seorang ibu tunggal yang harus melalui pelbagai dugaan dalam membesarkan dua orang anaknya. Walaupun bukan senang untuk menanggung segala perbelanjaan kehidupan keluarganya, dia tidak pernah mengeluh kerana sokongan daripada dua orang anaknya sudah amat bermakna.


Lebih menarik lagi, dua penyanyi ternama negara – Faizal Tahir dan Aizat Amdan, turut berkolaborasi dalam mencipta dan menyanyikan lagu berjudul Terima Kasih khas untuk kempen ini. Lagu ini merupakan lagu asal Aizat Amdan yang berjudul “Jangan Menangis” dan kemudiannya diubahsuai menjadi lagu tema untuk kempen ini.

Lagu ciptaan Aizat Amdan, Faizal Tahir dan Mike Chan ini boleh dimuatturun menerusi aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, iTunes dan juga Joox, manakala video muzik ini boleh ditonton menerusi laman YouTube TV3 iaitu TV3Malaysia Official.

ACARA PADANG KEMPEN TERIMA KASIH: BAZAR TERIMA KASIH & JOM MASJID

Selain menghiasi program istimewa Ramadan dan Syawal, barisan duta Terima Kasih seperti Ayda Jebat, Redza Rosli, Mira Filzah, Elfira Loy, personaliti sukan Zaquan Adha, Faizal Tahir dan juga Aizat Amdan bergandingan dengan duta Skuad Terima Kasih yang terdiri daripada personaliti TV3 & TV9 iaitu Uyaina Arshad, Fakhrul Radhi, Zainal Ariffin dan Fiza Sabjahan turut menjayakan acara padang kempen Terima Kasih.


Selesai lokasi pertama di Mesra Mall, Kemaman, Terengganu, Bazar Terima Kasih [Ditaja oleh F&N Fun Flavours, Lazada, Lifebuoy, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)] akan bertandang ke Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru, Johor pada 10 Jun nanti. 

Acara ini bakal bermula pada 3.00 petang dan turut disertai oleh selebriti-selebriti popular seperti Farid Kamil, Sabhi Saddi, Talha Harith, Nina Iskandar, Chef Fikree, Chef Naem, Nazeera Sardi, Da’i Tajdid Hadhari, Da’i Azam dan Da’i Syed di samping duta Terima Kasih.

Antara aktiviti menarik yang berlangsung di sekitar bazar itu ialah sesi gotong-royong, jualan amal juadah berbuka puasa, pengagihan bubur lambuk secara percuma, sesi ramah mesra bersama barisan duta Terima Kasih dan selebriti, tazkirah serta majlis berbuka puasa dan pemberian duit raya bersama keluarga asnaf.

Sementara itu, Jom Masjid [Ditaja oleh Lifebuoy, F&N Fun Flavours dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)] yang bertujuan untuk mengimarahkan masjid telah menerima sambutan positif di mana 3,000 orang telah berkunjung ke lokasi pertamanya iaitu Masjid Baru Daerah Temerloh pada 28 Mei. 

Buat penggemar aktiviti rohaniah dan insaniah, mereka masih berpeluang untuk mengikuti acara Jom Masjid yang seterusnya di Masjid Al-Muttaqin Taman Ria, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu, 17 Jun 2017. 


Turut akan turun padang menyertai Jom Masjid kali ini ialah Ustaz Wadi Anuar Ayub, Ustaz Safwan, Da’i Azrin, Anis Al-Idrus (pix, atas), Ashraf Muslim, Nazeera Sardi dan Talha Harith.

SKUAD TERIMA KASIH

Skuad Terima Kasih (Ditaja oleh Lifebuoy) ialah program tanggungjawab sosial yang telah dilancarkan pada 1 Jun 2017. Program ini merupakan inisiatif untuk memupuk kesedaran bahawa kebaikan boleh dilakukan tanpa mengira siapa anda atau bagaimana keadaan anda.

Menerusi program ini, tujuh pertubuhan iaitu Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia, Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum (GAPS), Persatuan Pengasih Malaysia, Persatuan Orang Pekak Johor Bahru, Spinal Muscular Athropy (SMA), Jabatan Penjara Malaysia, Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM) berkolaborasi dengan duta-duta Skuad Terima Kasih dalam beberapa misi yang dinamakan Rantaian Kasih untuk menyebarkan kasih sayang dan kebaikan sesama kita sebagai tanda Terima Kasih.


Kempen Terima Kasih tahun ini menjadi lebih meriah kerana buat julung kalinya Rangkaian Televisyen Media Prima bekerjasama dengan tiga pusat membeli belah yang diuruskan oleh Kumpulan Suria KLCC Sdn. Bhd. iaitu Alamanda, Mesra Mall dan Suria KLCC. Info lanjut klik DI SINI.

Pelbagai aktiviti turut akan dijalankan seperti aktiviti ramah mesra bersama para duta pada 12 Jun di Suria KLCC dan Alamanda Mall serta aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BARANGAN ISTIMEWA RANTAIAN KASIH: TOUCH N GO DAN PIN IKRAR

Sebuah inisiatif amal yang berikrar untuk menyebarkan kebaikan secara berantai. Di dalam sampul Rantaian Kasih ini mengandungi kad Touch N Go dan pin ikrar. Kami berharap dapat beramal kepada mereka yang memerlukan dengan penggunaan kad Touch N Go, dan memakai pin ikrar Rantaian Kasih pada baju anda sebagai tanda sokongan terhadap insiatif amal ini. Hasil jualan pin ikrar dan Touch N Go ini akan disalurkan ke Tabung Skuad Terima Kasih.

KOLABORASI BERSAMA DENGAN tonton, CJ Wow Shop, dan Media Prima Digital
Kempen Terima Kasih juga mendapat sokongan daripada platform-platform lain di Media Prima iaitu tonton, CJ Wow Shop, dan Media Prima Digital.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.tv3.com.my, www.tv9.com.my dan juga www.tonton.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube TV3Malaysia dan TV9Malaysia untuk berita dan informasi terkini mengenai kempen Terima Kasih. Hangatkan perbualan di laman sosial dengan menggunakan hashtag #TerimaKasih. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan