Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SURIA KLCC, MEDIA PRIMA KERJASAMA KEMPEN TERIMA KASIH


Setiap apa yang kita lakukan ucapan 'terima kasih' seharusnya sudah sebati di bibir. Baik kita menerima, memberi atau pun apa sahaja tindakan yang diperlakukan, kita perlu mengucapkan 'terima kasih' tanda hurmat.

Ia bukan sahaja menjadi amalan dan budaya masyarakat tertentu sahaja malah ucapan 'terima kasih', ' thank you,' 'sie sieh', 'shukeriya' atay apa bahasa sekali pun maknanya tidak berubah... tetap bermaksud terima kasih.

Lantas, kempen Terima Kasih yang menjadi tema Media Prima Television Network (MPTN) sempena bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelma merupakan satu pilihan yang tepat bagi melaksanakan pelbagai program CSR yang dikenali sebagai Skuad Terima Kasih.


Dan tahun ini, buat julung kalinya MPTN bekerjasama dengan pusat membeli-belah terkenal iaitu Suria KLCC dalam menjalankan misi Kempen Terima Kasihnya sempena Ramadan Raya di mana Tabung Bersama mu akan diletakkan di dua lagi lokasi berlainan  iaitu di Alamanda dan Mesra Mall.

Dengan tiga pusat membeli-belah di bawah rangkaian Suria KLCC memberikan sokongan, diharap  Tabung Bersamamu mampu memperoleh  dana sebanyak mungkin untuk membantu golongan yang memerlukan.


"Orang ramai boleh membantu dengan menghulurkan sumbangan mereka ke tabung berkenaan yang disediakan di ketiga-tiga pusat membeli-belah berkenaan sepanjang bulan Ramadan," ujar Pengerusi Suria KLCC Sdn Bhd, Datuk Hashim Wahir (kiri) pada majlis pelancaran kempen berkenaan di Suria KLCC baru-baru ini.

Turut hadir CEO MPTN, Datuk Kamal Khalid. (bawah) yang turut menyaksikan para tetamu khas melakar batik diikuti persembahan  nyanyian daripada artis Radhi OAG.

Untuk permulaan pihak Suria KLCC bermurah hati menyumbang RM10,000 sebagai tanda sokongan terhadap kempen berkenaan.

Malah bagi memeriahkan suasana Ramadan Raya, Suria KLCC memilih batik sebagai dekorasi utama bagi mempromosikan keindahan batik Malaysia khususnya kepada pengunjung  di Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall.

Malah bagi menambahkan keceriaan suasana berbelanja, pengunjung yang berbelanja mininum RM800 di Suria KLCC, RM1,500 di ALamanda dan RM350 di Mesra Mall berpeluang memenangi hadiah istimewa berupa dulang hidangan bermotifkan batik serta satu set sampul duit raya edisi terhad.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Ramadhan Raya dan program CSR Terima Kasih sila layari Laman Web : suria klcc

Pada tinjauan ke jualan Raya di gerai2 yang disediakan Kak Fas lihat banyak pilihan yang boleh dibuat apatah lagi jika anda membeli 'last miniute' kata orang... boleh sahaja pergi ke bahagian Centre Court Suria KLCC.



Dari baju Melayu, kain songket, pakaian wanita, kanak-kanak dan perhiasan untuk rumah pun ada.... rambang mata pula nanti nak buat pilihan malah harganya pun berpatutan waima di Suria KLCC yang terkenal sebagai pusat membeli-belah berprestij.




























Kak Fas geram tengok songket Terengganu dari gerai Sofia Iman.... nak murah ada nak mahal sampai ribuan ringgit pun ada.. cantik sangat dan kualitinya pun nampak bagus.

Malah kalau nak beli perhiasan, permaidani daripada Turki pun ada u alls.....










Tiada ulasan:

Catat Ulasan