GELANG 'HELO' BANTU KESAN PENYAKIT AWAL
Ko orang ada masalah kesihatan tak?
Jika tiada… alhamdullillah lah diberikan kesihatan yang baik
dan namun dalam pada itu perlu juga sering membuat pemeriksaan kan maklumlah
penyakit boleh ‘mengetuk’ pintu hat kita pada bila-bila masa sahaja.
Selain membuat pemeriksaan di klinik atau pun hospital… ko
orang tahu tak ada cara lain yang lebih cepat.
Macam Kak Fas takut sangat nak buat pemeriksaan di hospital…
huhu…
Dengan era teknologi yang serba canggih sekarang ini…
terkini ko orang dah boleh mengetahui
masalah kesihatan hanya dalam 40 saat menggunakan gelang kesihatan yang
dikenali sebagai Helo.
‘Helo’ merupakan ‘jururawat peribadi’ pengguna khususnya
kepada i mereka yang tiada masa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di
hospital atau klinik.
Iya tidak lama lagi… alat ini boleh diperoleh dalam pasaran.
Lebih menarik, produk menggunakan teknologi Amerika Syarikat
itu, turut berkemampuan memantau kesihatan individu yang berada beribu-ribu
batu jauhnya dengan menggunakan isyarat sistem penentududukan global (GPS)
dipancarkan melalui alat itu ke telefon pintar yang dipadankan dengannya.
Wah! Hebat tak… duduk di Negara lain pun kita boleh pantau
kesihatan sesiapa yang berkenaan…
Baru –baru ini, wakil pengedar tunggal World Global Network,
Fadli Ibrahim dalam pertemuan khas bersama media memaklumkan, alat pemantau
kesihatan itu sudah pun memasuki pasaran
15 buah negara dan kini menyasarkan pengguna di Malaysia bulan ini.
"Walaupun sudah terdapat peralatan seumpamanya di
pasaran, Helo berbeza kerana mempunyai lebih banyak fungsi utama berkaitan
kesihatan dan rumusan pemeriksaan akan disimpan di dalam log aplikasi Heka atau
Helo yang dimuat turun menerusi iOS atau Playstore bagi pengguna Apple dan
Android.
"Setiap telefon mampu disambungkan kepada tiga Helo
yang dihubungkan menggunakan GPS membolehkan pengguna mengetahui tahap
kesihatan pemakainya pada bila-bila masa diperlukan dengan tetapan kekerapan
pemeriksaan setiap dua jam," tambahnya.
Mengulas lanjut Fadli berkata, antara fungsi utama Helo
adalah memeriksa kadar degupan jantung, kadar pernafasan, tekanan darah dan
pemeriksaan elektrokardiogram (ECG) yang secara umum menjadi rujukan berguna
dalam mengenal pasti keadaan ketidaktentuan jantung daripada pelbagai sudut
yang dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit kritikal.
Sambungnya, fungsi lain adalah memeriksa kadar tidur yang
berkualiti, perasaan, pengiraan langkah, memeriksa jumlah pembakaran kalori di dalam badan
selain butang kecemasan untuk dikesan sekiranya pemakai menghadapi masalah di
lokasi yang tidak mempunnyai bantuan.
“Fungsi lengkap alat bersaiz gelang tangan itu sekali gus
menjadikannya seperti 'jururawat peribadi' yang akan memberi laporan kesihatan
pengguna setiap dua jam sekali dan mengambil masa hanya selama 40 saat untuk
mengesan sebarang masalah kesihatan.
Contohnya sekiranya degupan jantung atau kadar pernafasan si pemakai menunjukkan bacaan tidak normal selama beberapa kali pemeriksaan, ia akan menghantar pesanan melalui emel supaya segera merujuk kepada doktor.
"Dalam keadaan gaya hidup masyarakat bandar yang
semakin sibuk hari ini, Helo mungkin dapat membantu mengurangkan risiko
penyakit yang menyebabkan kematian secara tiba-tiba seperti jantung dan
sebagainya kerana dapat mengesan masalah kesihatan sebelum mencapai tahap
kronik," katanya.
Katanya, buat permulaan, World Global Network menyasarkan
sebanyak 30,000 unit Helo mampu dijual menjelang akhir tahun ini sebelum
perasmian pelancarannya pada September depan.
Gelang kesihatan itu didatangkan dalam empat pilihan warna
iaitu biru, merah jambu, ungu, coklat dan hitam dan dijual pada harga antara USD199 hingga USD1,349 bergantung pada pakej pembelian seperti berikut:
HELO LX bracelet (USD 199)
~ HELO LX
Bundle Personal package (USD 349)
~ HELO LX
~ Germanium kit
~ Band kit
Bundle Friends package (USD 744)
~ 2 HELO LXs
~ 2 Germanium kits
~ 2 Band kits
~ 2 BioZen sticker chips (promo)
Bundle Family package (USD 1349)
~ 4 HELO LXs
~ 4 Germanium kits
~ 4 Band kits
~ 4 BioZen sticker chips (promo)
Jadi apa lagi… tunggu Helo ke pangkuan ko orang tak lama
lagi ya dan jadilah ‘doktor’ sendiri dengan ‘Helo’ sebagai jururawat peribadi…
Harganya pun mampu milik… ala macam ko orang beli telefon
bimbit sahaja….dengan berbelanja sedikit ia mampu membantu anda mengesan ‘penyakit’…tidak
ternilai harganya dengan nyawa ko orang kan?
Nak tahu lebih lanjut
mengenai Helo atau pun nak membuat
tempahan secara dalam talian boleh mengunjungi laman web www.worldgn.com atau
menghubungi pengedar tunggal Helo di Malaysia di talian 01125750751.
Klik DI SINI untuk info lebih jelas.
Klik DI SINI untuk info lebih jelas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan