MALAYSIA-CHINA KERJASAMA BANGUN INDUSTRI OTOMOTIF
Sudah lama sebenarnya Kak Fas tidak membuat liputan berkaitan bisnes. Jadi apabila mendapat undangan mengejut daripada Encik Louis Sebastian untuk hadir ke majlis yang melibatkan perjanjian usahasama antara Malaysia dan China... Kak Fas terpanggil untuk menerimanya.
Majlis yang Kak Fas maksudkan memperlihatkan satu kerjasama yang cukup bermanfaat bagi kedua negara Malaysia mahu pun China dalam membangunkan industri otomobil negara.
Umum sudah tentu mengetahui kan mengenai 49.9% pelaburan oleh pengeluar kereta China, Geely Holding Group Co Ltd ke dalam pembuat kereta kebangsaan, Proton Holdings Bhd baru-baru ini.
Dan kesinambungannya kali ini memperlihatkan sembilan lagi syarikat yang dibentuk di bawah Persatuan Industri Komponen Auto Ningbo China (Ningbo AIA) telah selesai menandatangani perjanjian (MoU) baru-baru ini dibawah initiatif China - 'Belt Road Policy’.
Syarikat Globaltec Formation Bhd bersama anak syarikat milik penuhnya, AutoV Corporation Sdn Bhd telah membentuk persekutuan dengan Persatuan Industri Komponen Auto Ningbo China (Ningbo AIA) untuk menggabungkan keupayaan penyelidikan, pembangunan dan kekuatan kewangannya dengan keupayaan, kualiti dan kekuatan pembuatan AutoV seraya meluaskan kapasiti pengeluaran pengilangnya.
Inisiatif yang memerlukan kepakaran Ningbo termasuk penyetempatan komponen dan perhimpunan produk ahli-ahlinya di Malaysia, dilihat mampu mengembangkan pasaran AutoV di rantau Asean.
Ini seterusnya akan membolehkan AutoV untuk mengembangkan kapasiti pengeluarannya sebagai pengeluar untuk ahli Ningbo dan menampung pasaran automotif yang besar dan pesat berkembang di China.
Upacara menandatanganan perjanjian itu yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini disaksikan oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Panglima Pandikar Amin Mulia (pix kanan) dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Globaltec Formation Berhad, Datuk Seri Panglima Dr Goh Tian Chua. (pix kiri).
Turut bersama Setiausaha Kehormat Ningbo AIA, Encik Wang Hong dan Pengerusi Ningbo, Jingcheng Car Industry Co Ltd, Encik Kang Mingzhang.
Turut bersama Setiausaha Kehormat Ningbo AIA, Encik Wang Hong dan Pengerusi Ningbo, Jingcheng Car Industry Co Ltd, Encik Kang Mingzhang.
Dan mewakili sembilan syarikat terbaharu di bawah NINGO AIA melakukan Mou bersama CEO AutoV, Yong Nam Yun terdiri daripada Xu Jianbin, Ms Ouyang Mengyu, Chen Renhua, Xu Jianbin, Kang Mingzhang,, Zhang Shibing, Wang Zulei, Wu Liwen dan Wang Xingde.
Kak Fas melihat perjanjian ini satu langkah yang bijak dalam pengembangan ekonomi negara malah akan membuka jalan bagi mereka untuk bekerjasama dengan pengeluar Malaysia yang boleh dipercayai, untuk memanjangkan hubungan mereka dengan Geely di Malaysia dan pembekalan produk yang dihasilkan oleh AutoV di China malah mampu berkembang ke pasaran Asean.
Pada sidang akbar yang berlangsung kemudiannya, pihak media dimaklumkan bahawa AutoV, mensasarkan untuk menggandakan sumbangan pendapatannya kepada 60% kepada syarikat induk tersenarai, Globaltec Formation Berhad dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang.
"Kerjasama ini akan membolehkan AutoV mengembangkan kapasiti pengeluarannya sebagai pengilang untuk pihak Cina dan menampung pasaran besar China," tambah Dr. Goh Tian Chua..
"Kerjasama ini akan membolehkan AutoV mengembangkan kapasiti pengeluarannya sebagai pengilang untuk pihak Cina dan menampung pasaran besar China," tambah Dr. Goh Tian Chua..
Dan sudah tentu sasaran itu akan diwujudkan menerusi perkongsian strategik eksklusifnya dengan Persatuan Industri Komponen Auto Ning-bo China, "NINGBO AIA".
Ningbo AIA adalah sebuah badan kerajaan yang mewakili lebih dari 200 perusahaan dari industri automotif di Ningbo, sebuah pelabuhan utama dan hab perindustrian di wilayah Zhejiang timur China.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan