Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MERZ ESTETIKA MERAIKAN SATU JUTA PELANGGAN GUNA 'ULTHERAPY'


Wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik dan awet muda.. lagi-lagi bila usia semakin senja...?

Dalam era teknologi moden kini di mana Sains dan Teknologi membawa pembaharuan pada pembangunan harta benda mahu pun kehidupan.... manusia tidak dapat menolak berlakunya innovasi pada persekitaran mereka.

Dunia sudah berputar ke arah satu globalisasi digital yang rata-rata perlu dimaksimumkan sebaik mungkin.

Jika tidak.. anda akan dikatakan ketinggalan zaman atau seperti katak bawah tempurung...

Masa yang berlalu pantas juga antara fakta yang mengubah insan untuk mengejar waktu malah bagi golongan wanita khususnya mahu pun lelaki gen Y amnya sentiasa mencari sesuatu yang boleh membawa mereka menoleh ke belakang jika tidak mampu menyekat bilangan usia meningkat sekali pun.


Yang penting... imej dan wajah perlu nampak ‘muda’ daripada usia... jadi kerana itu dewasa ini kita dapat melihat betapa bagaikan cendawan tumbuh di musim hujan munculnya rawatan-rawatan kulit oleh pakar kecantikan profesional mahu pum yang tidak berlesen berlumba mencari pelanggan bagi memperkenalkan bisnes rawatan kecamtikan masing-masing.

Sebagai wartawan Kak Fas sudah banyak  diperkenalkan dengan pelbagai kaedah rawatan kecantikan awet muda samada menggunakan sistem ‘cucuk’ , ‘pembedahan kosmetik’ atau pun menggunakan alat-alat tertentu.


Kadang kala naik bingung juga hendak mempercayai yang mana terbaik ... jadi untuk menyedapkan diri biarlah masa berlalu mengikut kehendak usia dan ‘grow old gracefully’ kata orang putih haha...

Pun begitu, tipulah kalau Kak Fas kata tidak sedikit pun terpedaya dengan pelbagai rawatan baharu yang diperkenalkan khusus dalam menegangkan kulit yang kendur dan sebagainya...

Cuma Kak Fas ini penakut orangnya jadi tak berani nak mencuba walau pun dapat percuma huhu..

Tetapi kali ini apa yang Kak Fas nak ceritakan tidak lari daripada topik bualan  di atas cuma bezanya ratawan menggunakan peranti ulrabunyi  yang dinamakan ‘Ultherapy’ ini nampak lebih menyakinkan.

Apa sebenarnya ‘ultherapy’?

Peranti ultrabunyi yang diperkenalkan oleh Merx Aesthetics  ini sebenarnya sudah wujud  sejak tahun 2008 dan menjadi kegunaan terkini oleh  doktor-doktor di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan ko orang,  Merz Aesthetic adalah pembekal global terkemuka dalam bidang Estetika dan Neurotoxin...

Dengan teknologi “Ultherapy’ ia menggunakan tindak balas regeneratif badan sendiri untuk merangsang pertumbuhan kolagen secara perlahan dan semula jadi.

Dan sempena merayakan pencapaian  ultratherapy terhadap satu juta rawatan di seluruh dunia, teknologi perawatan moden ini meluaskan pasarannya  melalui siri pameran di mana baru-baru ini Merz Anesthetics turut mengajak para blogger mengenali rawatan revolusioner yang telah pun mendapat kelulusan US.FDA bersama Dr. Cheok Jia Rhong selaku Pengamal Perubatan Estetik (Pemegang LCP), yang berlangsung sempena Expo Kesihatan, Kecantikan dan Fitness di Pusat Pameran Midvally baru-baru ini.

Dan Kak Fas antara rakan-rakan blogger yang dipilih untuk bersama Dr. Cheok dalam satu salah daripada siri ceramahnya berkaitan ‘ultherapy’.

KAK Fas bergambar kenangan bersama Dr. Cheok (tengah) dan lima rakan blogger lain.
Walaupun penerangan yang diberikan sekadar setengah jam namun Kak Fas dapat secara ringkasnya menyimpulkan faedah serta kebaikan yang mampu diberikan kepada mereka yang mahu kelihatan awet muda daripada usia sebenar.

Menurut Dr. Cheok, baik kaum wanita atau pun lelaki, penjagaan kulit wajah harus dipelihara awal ketika berusia 20 tahun memandangkan ketika itu kolagen masih mampat..
Pun begitu, tidak bermakna terlambat bagi seseorang untuk mendapatkan rawatan pada usia lewat cuma kesannya tidaklah sebaik melakukannya dari awal.

Daripada testimoni-testimoni yang ditunjukkan jelas ada perbezaan dan kesan daripada penggunaan ‘ultherapy’ pada wajah samada menegangkan leher, dahi, pipi mahu pun keseluruhan permukaan muka.

“Kesannya ketara dalam masa tiga bulan penggunaannya bergantung kepada segmen rawatan dan memakan belanja antara RM1,300 hingga RM13,000,” ujar Dr Cheok.

"Ultherapy® sering mendapat permintaan ramai di klinik saya kerana ia bukan invasif, secara semula jadi merangsang pertumbuhan kolagen, dan memberikan hasil yang boleh dilihat. Oleh itu, rawatan telah menjadi kegemaran di antara pesakit saya, jadi tidak mengejutkan bahawa ia telah mencapai satu kejayaan yang luar biasa, " kata Dr Cheok Jia Rhong.

Tambah beliau, perawatan ultrasound DeepSEE ™ milik Ultherapy® ini membolehkan pakar perubatan melihat lapisan tisu yang disasarkan semasa rawatan untuk memastikan tenaga disimpan di mana ia akan menjadi yang paling bermanfaat. Teknologi unik ini disokong oleh lebih daripada 50 kajian klinikal, lebih daripada 60 kertas diterbitkan, dikupas rakan sebaya, dan lebih dari 100 paten di seluruh dunia.

Maka tidak hairan dengan kejayaannya merawat satu juta pelanggan melalui kaedah ‘Ultherapy” secara global, Merz Aesthetic melahirkan rasa bangganya terhadap pencapaian para doktor mahu pun pelanggan yang menggunakan innovasi yang banyak meraih anugerah ini.

Phillip Burchard, Ketua Pegawai Eksekutif, Merx Pharma berharap dapat terus memberikan rawatan “ultherapy’ kepada ribuan lagi pelanggan yang mahukan kecantikan abadi kekal pada wajah asli mereka.

Yang penting Kak Fas lihat caranya tidak berbahaya... tiada meninggalkan parut akibat pembedahan dan sebagainya kerana dengan menggunakan mesin ultherapy, pelanggan boleh mendapatkan kepuasan rawatan tanpa perlu risau akan kesan sampingannya atau lebih memburukkan lagi wajah pada muka.

Malah ia tidak menggunakan sebarang produk kecuali gel yang disapukan pada permukaan kulit sebelum peralatan ‘ultherapy’ melakukan segalanya dalam tempoh setengah atau sejam bergantung kepada rawatan yang dipilih.

Apa-apa pun untuk maklumat penuh produk dan keselamatan, termasuk kemungkinan kesan sampingan ringan dari Ultherapy®, sila rujuk kepada Arahan Sistem Ultherapy® untuk penggunaan atau berserah kepada kebijaksanaan pakar kecantikan anda sahaja.

Anda boleh juga selak ke laman INI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan