'NAELOFAR MAYA' SWAROVSKI EDISI TERHAD TERBAHARU NEELOFA
Siapa tidak
mengenali Neelofa atau pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Nor. Selain
seorang pelakon terkenal, dialah juga seorang pengacara malah lebih dari itu
dia seorang ahli perniagaan muda .
Bila agaknya satu ‘p’
lagi akan dilabelkan kepada Neelofa iaitu ‘penyanyi’? Walau pun Kak Fas belum
nampak tanda-tanda Neelofa atau lebih mesra disapa Lofa ke arah bidang nyanyian
tetapi mana tau kalau satu hari nanti tergerak pula hatinya untuk menyanyi… kan
Lofa?
Apa pun apa yang
mahu Kak Fas ceritakan kali ini bukanlah soal gosip berkaitan Lofa dan Fattah…
itu bukan forte atau ruang untuk Kak Fas berbicara di sini… biarlah media
hiburan yang memainkan isu tersebut dalam dada akhbar mahu pun portal/blog
mereka.
Yang mahu
diceritakan di sini berkait dengan pengeluaran terbaharu Lofa dalam perniagaan
tudungnya yang semakin hari semakin memperlihatkan kemajuan positif.
Sejujurnya inilah
pertama kali Kak Fas berpeluang meluangkan masa hadir pada majlis yang
melibatkan pelancaran koleksi hijab Neelofa. Selalunya Kak Fas ‘miss’….
Kehadiran buat
julungnya kalinya ini cukup impresif. Kak Fas kagum dengan dekorasi majlis yang
settingnya elegan dan sofistikated, sesuai imej Lofa sendiri yang jelita, lembut
dan sopan.
Berlangsung di
sebuah bilik eksklusif di Harlequin Room, Hotel Royale Chulan Damansara,
dekorasi majlis amat indah dengan jambangan bunga heliconia di meja serta dikeliling poster, mengikut tema flora tropika yang menjadi
elemen utama pada koleksi hijab terbaharu Neelofa di bawah label Neelofar Scarf
Maya” keluaran NH Prima International Sdn Bhd.
Memang cantik dan terpesona Kak Fas dibuatnya… terbuai seketika di dalam
suasana dikelilingi poster flora warna warni bahkan setting meja pun tersusun
rapi dengan ‘press kit’ untuk setiap media yang hadir berupa fail siaran
akhbar, kad atur cara majlis yang diikat riben berkain satin serta cenderamata
dari Swarovski.
Sudah lama Kak Fas tidak melihat ‘setting’ yang begitu cantik dan
terperinci serta eksklusif. Biasanya hiasan meja begini sering dilakukan pada
majlis anjuran butik Rafflesia apabila mengadakan sesuatu majlis formal.
Ternyata, Neelofa mempunyai kelasnya yang tersendiri dan tidak hairanlah
beliau menjadi rebutan setiap syarikat untuk menjadi duta produk mereka….
Malah koleksi terbaharu,‘Neelofar Scarf Maya’ yang dilancarkan dan sudah
mula dijual hari ini (19 Julai 2017) merupakan keluaran eksklusif satin yang pertama diperkenalkan oleh Naelofar
Hijab.
Peminat Lofa atau yang setia dengan jenama Naelofar boleh mendapatkan
MAYA di butik Naelofar Hijab Taman Tun, Naelofar Publika atau melalui laman
sesawang Naelofar Hijab dan stokis Naelofar Hijab yang sah.
Kak Fas yakin sudah pasti jualannya akan menjadi rebutan apatah lagi pada
Naelofar Scarf MAYA bertatahkan
Swarovski (edisi terhad), cuma ada 1,000
helai sahaja di pasaran.
Koleksi Maya Swarovski yang terhad ini dijual pada harga RM95 berbanding Maya biasa pada harga RM75.
Ada empat variasi warna yang boleh dipilih meliputi Maya Ivory (putih),
Maya Slate (kelabu), Maya Azure (biru) dan Maya Fuschia (merah jambu) di mana kesemuanya bermotifkan flora tropika dengan gabungan
rekaan seni kontemporari.
Walau pun disuntik elemen moden namun masih mengekalkan ciri-ciri kesopanan seperti koleksi
Naelofar Hijab lainnya.
Pemilihan rona terang dan warna-warni, ditambah dengan kilauan lembut
daripada kain satin sesuai digayakan dengan fesyen kasual mahupun formal,
bergantung pada cara ikatan masing-masing.
Dihasilkan dengan fabrik impot dari Korea, ‘Neelofar Scarf Maya” ini
mudah dipakai walau pun satinnya kelihatan licin tetapi dibahagian dalam nya
kesat agar mudah dibentuk.
Sehubungan itu, majlis turut mengaturkan ‘tutorial’ yang memperlihatkan
pelbagai cara berhijab yang boleh digaya
menggunakan skaf Maya. Malah boleh juga dijadikan ‘shawl’ walau pun bentuknya
seperti tudung bawal (persegi empat).
Sempena majlis juga, Naelofar turut menyampaikan hadiah kepada tiga
pemenang pertandingan Lady Lofa Love yang berakhir pada Mei lalu yang
menyaksikan seorang pemenang utama, Fiona Nazri berjaya membawa pulang hadiah bag
eksklusif Christian Dior bernilai RM22,000.
Hadiah tempat kedua dan ketiga berupa tv LCD 32 inci serta periuk nasi pelbagai guna.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan