NANTIKAN LAGI ROADSHOW 'MARIGOLD PEEL FRESH' BERSAMA LISA SURIHANII
Sejak kanak-kanak pelakon dan isteri kepada Yusry Abdul Halim ini, Lisa Surihani sudah disuapkan dengan jus buah-buahan oleh ibu tersayangnya.
Pendekata, Lisa dan jus buah-buahan terutamanya MARIGOLD sudah sebati malah lebih kurang sama usianya di mana MARIGOLD sudah pun membekalkan khasiat pemakanan dan kebaikan jus buah-buahan kepada seisi keluarga di seluruh negara selama 30 tahun.
Usia Lisa kini sudah pun 31 tahun... jadi memang tepat dan sesuai lah Lisa Surihani dilantik sebagai duta jenama MARIGOLD yang kini memasuki tahun ketiga.
Malah sebagai seorang ibu kepada dua cahaya mata, Lisa menyambung langkah ibunya dengan membekalkan jus buahan kepada suami dan anaknya terutama yang sulong berusia dua tahun, Yahaira Leanne, waima yang bongsu, Yusof Leonne baharu dilahirkan bulan Mei lalu.
“Saya berasa bangga dan bersyukur untuk menjadi “wajah” MARIGOLD PEEL FRESH buat tahun ketiga berturut-turut. MARIGOLD PEEL FRESH memang sentiasa menjadi sebahagian daripada hidup saya dan akan terus menjadi teman keluarga kami. Jus ini sesuai diambil bersama keluarga ketika menjamu selera dan apabila saya berada di luar untuk menambah khasiat kebaikan buah-buahan harian keluarga saya,”" akui Lisa.
“Sebagai ibu kepada dua orang anak, saya dan suami saya lebih mementingkan apa yang kami makan dan kami cuba sedaya upaya untuk mengekalkan gaya hidup sihat sebagai teladan yang baik kepada anak-anak kami, terutama sekali dengan jadual tugas kami yang sibuk sebagai ibu bapa yang bekerja,” tambah Lisa.
Ko orang tahu tak MARIGOLD PEEL FRESH ini adalah Minuman Jus Buah pasteur.jadi ia perlu disimpan dalam peti sejuk. Jika tidak, ia akan rosak.
Minuman jus buah mengandungi sekurang-kurangnya 35% atau lebih kandungan jus buah berbanding minuman buah yang mungkin mengandungi jus serendah 5%.
Terkejut juga bila Kak Fas dengar bahawa hanya 6% orang dewasa di Malaysia mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya berbanding 7.5% yang dicatatkan pada tahun 2011.
Iyalah kanak-kanak sekarang pun memang sukar nak suruh makan sayuran jadi sebaiknya buah-buahan dijadikan alternatif ya tak.
Lisa pun akui anaknya sukar memakan sayuran jadi digantikan khasiat jus yang mengandungi vitamin A,C, E dan antioksidan.
Sebagai
usaha untuk menangani pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kurang dan
semakin membimbangkan dalam kalangan rakyat Malaysia, MARIGOLD PEEL FRESH telah
memulakan roadshow pertama Kebaikan Buah-Buahan
Harian MARIGOLD PEEL FRESH di 1 Utama Shopping Center baru-baru ini.
Pelbagai aktiviti serta jenis jus MARIGOLD PEEL FRESH yang berkhasiat dalam rangkaian Asli (sembilan pilihan perisa) dan rangkaian Tiada Tambahan Gula (enam pilihan perisa) disediakan untuk dikongsi dengan orang ramai.
Pengunjung bertuah juga membawa pulang hadiah yang dimenangi daripada penyertaan permainan yang dianjurkan sepanjang roadshow.
Para peminat Lisa yang berkumpul untuk mendapatkan tandatangan autograf serta berpeluang untuk mengikuti bual bicara dan berkongsi cerita hidupnya sebagai ibu kepada dua orang cahaya mata, yang sentiasa sibuk tetapi masih dapat mengekalkan gaya hidup yang sihat.
Barangkali ada juga yang tidak tahu berapa banyak pengambilan buah-buahan yang perlu dalam pemakanan kita setiap hari?
Jawapanya? Dengar ulasan Michael Ong, Timbalan Pengurus Bear MARIGOLD PEEL FRESH:
“Kami faham persaingan sengit yang wujud dalam gaya hidup kita pada hari ini dan semua orang sentiasa sibuk dan terkejar-kejar. Kementerian Kesihatan juga mengesyorkan pengambilan sekurang-kurangnya dua hidangan buah setiap hari."
Ya... itu jawapannya.. dua hidangan buah setiap hari...
Tetapi jika sentiasa sebuk dan tiada waktu untuk membeli dan memotong buah, Ong syorkan minum sahaja Marigold Peel Fresh yang katanya, " ia membekalkan khasiat kebaikan buah-buahan harian tambahan yang diperlukan. Minuman Jus Buah kami boleh didapati dalam pakej yang sedia diminum untuk kemudahan sekalian.."
Jadi mudah kan.. tak perlu pergi pasar cari buah dan balik kena potong pulak lagi...
Bagi mereka yang berada di luar kota... jangan merasa gundah gelana kerana roadshow MARIGOLD PEEL FRESH akan datang ke lokasi anda. Jadi untuk maklumat lanjut dan terkini di mana lokasi kedua MARIGOLD PEEL FRESH akan beada maka boleh lah kunjungi laman web ini ya https://www.facebook.com/ilovepeelfresh.my/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan