Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

HIRUSCAR ANTI-ACNE PENYELESAIAN MASALAH JERAWAT DALAM DUA HARI




Kepada mereka yang mengalami masalah jerawat mahu pun jeragat... sudah tentu mencari pelbagai cara untuk merawatnya.

Siapa mahu muka berbintik-bintik yang kelihatan seperti 'pizza' contohnya atau pun seperti tanah tidak rata nampaknya..

Kaum wanita yang berhadapan masalah jerawat lazimnya rasa rendah diri dan malu untuk bersemuka dengan khalayak apa tah lagi jika sering menjadi bahan tawa mahu pun ejekan orang.

Ini juga tidak terkecuali dihadapi golongan lelaki cuma kaum wanita yang akan rasa lebih 'malu' memandangkan kecantikan seseorang wanita dilihat pada wajah yang bersih dan licin.

Sekiranya inilah masalah yang dihadapi.... jangan risau... ada jawapan pada setiap masalah.....

Ko orang tahu tak dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne khususnya produk terlarisnya iaitu  'Spot Gel'... masalah jerawat/jeragat dapat dihapuskan dalam masa dua hari.

Ya... dua hari sahaja yang diperlukan untuk Hiruscar Anti Acne Spot Gel bertindak menangani masalah jerawat ringan hingga sederhana merangkumi bintik hitam, bintik putih, papul dan pustul. sekali gus mengekalkan kulit sihat dan bebas parut jerawat.

Ko orang perlu berterima kasih kepada Unit Perniagaan Penjagaan Kesihatan DKSH yang merupakan rakan niaga terkemuka bagi syarikat-syarikat penjagaan kesihatan yang ingin mengembangkan perniagaan di rantau Asia.

Pelancaran rangkaian penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne oleh Medinova yang berpusat di Switzerland ini terdiri daripada Pore Purifying Cleanser, Pore Purifying Serum dan Spot Gel. sudah pun disempurnakan baru-baru ini di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur.

Rumusan unik Hiruscar Anti-Acne mengawal secara efektif pengeluaran sebum, mengurangkan bakteria dan sel kulit mati di samping menyeimbangkan paras kelembapan kulit dan mengurangkan perulangan akne.

Sebaiknya, menggunakan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser, gel pembersih lembut yang diformulasi untuk membersih kulit secara mendalam, menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan tanpa mengeringkan kulit. 



Kemudian boleh lah sapukan Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Serum, pelembap berformula ringan, tidak berminyak dengan penyerapan pantas dan penghidratan berpanjangan yang membantu merapatkan liang roma dan memperbaiki masalah jerawat manakala Hiruscar Anti-Acne Spot Gel pula adalah gel lutsinar yang ringan dan tidak berminyak dengan formulasi antibakteria yang merawat dan memudarkan parut jerawat tanpa menyebabkan kulit mengelupas.

Pun begitu, sekiranya anda tidak banyak masalah jerawat atau jeragat tidak perlulah menggunakan Spot Gel... memadai dengan membasuh dan memakai serum sahaja.


Bagaimana pun, menurut satu kaji selidik terkini yang dijalankan oleh Hiruscar, kira-kira 90% rakyat Malaysia pernah mengalami atau sedang menghadapi masalah jerawat[.


Jerawat yang biasanya dianggap sejenis masalah kulit yang berlaku ketika usia akil baligh ini sebenarnya boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Daripada masalah yang ringan seperti sedikit bintik-bintik di muka, belakang badan dan dada, jerawat boleh berlarutan hingga menyebabkan tekanan emosi dan parut kekal jika tidak dirawat.

Dan daripada kaji selidik kepuasan pelanggan menggunakan penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne Spot Gel  memperlihatkan hasil positif di mana 85% pengguna melaporkan perkembangan yang baik dalam masa dua hari[. 

 Antara penemuan lain termasuk: 98% yang mencubanya  selepas hanya seminggu sangat berpuas hati dengan kesan yang diberi.

Malah lebih daripada 94% pengguna yang mencuba Spot Gel mendapati ada peruahan pada bintik hitam dan pustul  malah 96% melihat pengurangan keseluruhan pada kemunculan jerawat.

Selain itu,93% yang mencubanya melaporkan perubahan pada keadaan jerawat secara keseluruhan selepas menggunakan Pore Purifying Serum dengan kerap

Berucap di majlis pelancaran Hiruscar Anti-Acne, Dr. Ch’ng Chin Chwen, Pakar Perunding Dermatologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata:

“Ramai menyangka jerawat adalah kesan daripada tidak membersihkan kulit dengan betul dan pengambilan makanan berminyak dan coklat. Sebenarnya, jerawat disebabkan oleh bakteria P.acne yang membiak di dalam minyak berlebihan yang terperangkap di dalam liang roma kita. Menggosok kulit secara berlebihan akan hanya menyebabkan kulit menjadikan kering dan merengsa.  Ini boleh menyebabkan lebih banyak keradangan dan juga parut. Oleh itu, adalah penting untuk mendidik pengguna tentang cara yang betul untuk menangani masalah jerawat.”

Dengar tu you alls... jangan kerap sangat basuh muka ... kecualilah kita membasuh untuk mengambil wuduk lima kali sehari ya tak untuk bersolat...

Sempena pelancaran produk, Hiruscar Anti-Acne juga memperkenalkan Club Spotless, sebuah kempen kecantikan yang disasarkan pada pengguna aktif media sosial. 

Hiruscar Anti-Acne akan memberikan 250 Spotless Kit yang mengandungi Hiruscar Anti-Acne Pore Purifying Cleanser dan Hiruscar Anti-Acne Spot Gel untuk menggalakkan para peserta menggunakan platform ini bagi berkongsi kisah kecantikan mereka dengan Hiruscar Anti-Acne.

“Kami komited dalam mendidik pengguna mengenai penjagaan kulit Anti-Acne yang betul untuk mendapatkan kulit yang bebas parut jerawat dan meningkatkan keyakinan diri mereka. Melalui Club Spotless, kami menggalakkan pengguna untuk mengawal masalah kulit mereka di samping menyediakan platform perkongsian untuk memberi inspirasi kepada pengguna lain apabila mereka berkongsi kisah kejayaan masing-masing. Kami juga ingin memperkenalkan rangkaian product ini melalui Spotless Pop-up Store di enam universiti terpilih di Lembah Klang supaya pelajar-pelajar boleh mendapatkan nasihat pakar dan sampel produk-produk penjagaan Hiruscar Anti-Acne,” kata Pang Koon Yin, Pengurus Senior, Ketua Kesihatan Pengguna, Pengurusan Pemasaran, Kesihatan Pengguna, DKSH Malaysia.

Majlis turut mendengar pengalaman Shada Amzah yang juga merupakan adik kepada penyanyi terkenal dengan lagu-lagu CIna, Shila Amzah. Shada dijemput oleh Hiruscar sebagai salah seorang 'influencer' kepada produk tersebut dalam sosial media.



Produk-produk penjagaan kulit Hiruscar Anti-Acne boleh didapati di semua farmasi utama di seluruh negara pada harga antara RM 26.80 hingga RM 75.00. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rangkaian produk Hiruscar Anti-Acne, layari laman sesawang rasmi Hiruscar www.hiruscar.com.my

BERSAMA-SAMA rakan blogger yang hadir - (Dari kiri) - Ruby, Kak Fas, Fatin dan Ayue.
Corat Coret

  • Shada memberitahu bakal mengeluarkan single awal tahun hadapan dengan genre yang lain daripada kakaknya, Shila Amzah. Mahu tumpu terlebih dahulu pada pengajian jurusan perniagaan yang sedang diceburinya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan