Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MULAKAN SARAPAN BERKHASIAT DENGAN BISKUT BELVITA


Majlis  memperkenalkan rangkaian biskut belVita Breakfast terbaharu berlangsung seawal jam 9 pagi di Common Ground Work, Wisma UOA, Damansara.

Pada mulanya memang rasa berat sangat nak keluar rumah seawal itu dan meredah kesesakan lalu lintas untuk ke majlis berkenaan....

Tetapi apabila fikir memang tepatlah acara berlangsung pagi... nama produk pun dah biskut untuk sarapan pagi ya tak ...dan pihak syarikat perhubungan awam yang mengendalikan jemputan, TEXT 100, Desmond, pun menyebut ada sarapan pagi sebelum majlis bermula..

Malah mereka siap memberikan tawaran diskaun lagi untuk media hadir menaiki UBER memandangkan kawasan tersebut sukar mendapat parkir...

Jadi Kak Fas pun ambil keputusan untuk menempah UBER cuma tak tahu lah mana silapnya code untuk potongan harga yang diberi tidak dapat ditunaikan jadi terpaksalah bayar tambang pergi dan balik tanpa diskaun pun.

Sebaik tiba di Bangunan UOA 11, selepas cek list nama,Kak Fas diarah menaiki lif hingga ke tingkat 16...



Sebaik tiba.. ruang Common Ground World dihiasi begitu cantik sekali dengan pek biskut Belvita perisa terbaharu iaitu 'Pisang & Oats' menjadi tarikan pengunjung khususnya para media untuk mengambil gambar.

Dan seperti dijanji, sarapan pagi sudah pun tersedia.... belVita mahu setiap tetamunya mengisi perut dahulu sebelum dibawa ke ruang sidang akhbar.

Seperti diluahkan oleh Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM, "Sarapan pagi amat penting... jangan tinggalkan sarapan pagi."

Berulang kali nasihatnya itu disuarakan tatkala menjadi penyampai undangan untuk bercerita mengenai  kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi.


Kata Dr. Hamid,"Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ia turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.”

Ha... dengar tu... betapa pentingnya bersarapan pagi... Kak Fas sebenarnya selalu elak sarapan pagi sebab takut sakit perut.

"Itu salah....sakit perut adalah 'anugerah' yang diberikan oleh Tuhan untuk mensucikan usus kita... itu bagus... dan jika dah tahu lepas makan kita sakit perut ...jadi you kena makan awal... sekurang-kurangnya tiga jam selepas bangun," nasihat Dr. Hamid kepada Kak Fas.

Bila difikirkan benar juga ya.. cuma kadang kala apabila fikiran kita mengatasi segalanya dan perasaan takut jika sakit perut pada waktu yang tidak berkesempatan untuk berlari ke tandas sentiasa menghantui minda maka sebab itulah terpaksa elak sarapan pagi...

Dan apabila mendengar kata Dr. Hamid bahawa apabila seseorang itu tidak bersarapan dan makan banyak waktu tengah hari maka akan timbul masalah obesiti.


Tu dia... ko orang tentu tak mahu gemuk kan? Jadi mulakanlah sarapan pagi... dan Kak Fas pun sekarang dah mula sarapan pagi lebih-lebih lagi apabila rasa perisa terbaharu belVita 'pisang & oat' sedap dan memang selera Kak Fas pun sebab Kak Fas suka pisang huhu...

Terima kasih kepada  MondelÄ“z Malaysia (MondelÄ“z), iaitu sebahagian daripada syarikat pengeluar snek terbesar di dunia MondelÄ“z International, memperkenalkan produk baharu bagi rangkaian biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang & Oat (belVita Banana & Oats) ini,

Pelancaran produk bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat.


Memulakan bicara pagi,Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks, MondelÄ“z International berkata, “Rata-rata rakyat Malaysia menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa. Oleh sebab itu, kami telah menghasilkan produk ini yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia.

"Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang. Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.”

Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon mengulas, “Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.”



Biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.


















Shubungan itu majlis turut mengundang Juara Masterchef musim pertama, Dr. Ezani Farhana untuk memberikan demonstrasi cara menyedapkan lagi sarapan pag menggunakan biskut belVita dengan resepi parfaitnya menggunakan biskut, strawberi, yogurt dan beri.

Ko orang boleh mempelbagaikan parfait dengan mencampuradukkan buah-buahan lain seperti pisang atau apa sahaja, kata Dr. Ezani. Terima kasih Dr. Ezani yang membuatkan satu untuk Kak Fas....

Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengguna. 

Perisa ketiga belVita ini diperkenalkan berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat.

Tambah Sharon, “Selaku pemimpin kategori biskut, kami sentiasa memberikan tumpuan terhadap aspek inovasi dan kepelbagaian portfolio produk bagi memenuhi permintaan serta harapan pengguna yang serba berubah. Dengan ini, kami mampu memperluas impak dalam pasaran secara berterusan, di samping menzahirkan komitmen kami bagi mencipta detik-detik keriangan dan memperkasa pengguna untuk membuat pilihan yang jelas berhubung kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.”



Pengisian acara turut memperlihatkan Hansen Lee, personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah melakukan beberapa corak senaman ringan yoga yang mudah dipraktikkan.

“Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat. Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan harian paling penting bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk,” ujar Hansen yang memang nampak 'hansem' hihi...














Jadi jika ko orang nak nampak cergas, sasa dan segak macam Hansem atau pun bergaya macam Jenn Chia yang juga seorang bintang YouTube, influencer digital terkenal dalam media sosial sehingga diundang sebagai emcee oleh BelVita pagi itu... cepatlah ke kedai dan cari biskut BelVita Sarapan Pagi yang cuma berharga RM2.90 (80g) dan RM5,20 bagi sekotak kandungan 160g.

Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya 8g bijirin tulen dalam setiap hidangan, berserta lapan jenis vitamin dan mineral. 

Apabila diambil sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ia mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.


Info tambahan yang ko orang perlu tahu ialah semua biskut BelVita mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirn untuk membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.
.
Ok jom kita beli... murah je pun untuk kesihatan yang baik ya tak? Kak Fas suka celop bila makan biskut ni u alls....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan