Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PENYERTAAN MIFFEST, MGGA KINI DIBUKA SEHINGGA 30 SEPTEMBER


Pada Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) dan Anugerah Global Emas Malaysia (MGGA) yang pertama  tahun lalu, Kak Fas tidak berpeluang untuk mengikuti perkembangannya waima tarikhnya yang berlangsung pada 28 Februari dan 5 Mac tidak mengizinkan Kak Fas mencuri waktu terluang.

Kak Fas hanya mampu merancang tetapi segalanya diTENTUKAN oleh ALLAH jua...semoga MIFFEST dan MGGA tahun ini memberikan peluang Kak Fas hadir untuk membuat liputan.

Yang pasti Kak Fas berjaya menghadiri sidang akhbar pertamanya baru-baru ini di mana pihak penganjur mengumumkan penyanyi dan pelakon terkenal tanah air, Sinje Lee kekal sebagai duta MIFFest dan MGGA pada kali kedua.

Susulan itu, penganjur menetapkan tarikh penganjuran kedua MIFFest bermula 25 Februari hingga 2 Mac tahun depan diikuti malam kemuncak MGGA pada 3 Mac.

Nah...jauh lagi tu.... semoga waktu itu kelak... Kak Fas dapatlah undangan untuk membuat liputan MIFFEST serta malam kemuncak penyampaian anugerah MGGA yang bakal diadakan di Plenary Hall, KLCC.

Pengerusi MIFFest dan MGGA Joanne Goh dalam ucapan ringkasnya berharap  agar penganjuran kedua kalinya  ini disertai  lebih ramai karyawan  tanah air terutama filem berbahasa Melayu.

Rasanya tahun lalu, Kak Fas tidak nampak pun adanya penyertaan daripada produser filem Melayu bertanding.. barangkali tahun ini adalah produser atau pengarah kita ya... apa kata Syamsul Yusof masuk... dia antara seorang pengarah muda yang berkaliber dan kreatif.

Kak Fas percaya jika baru-baru ini Syamsul berjaya meraih anugerah Pengarah Terbaik pada 
Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57 di Phnom Pehn melalui Munafik. tidak mustahil karyanya mendapat tempat di hati pihak juri MGGA.

Tahun lalu, 500 penyertaan diterima daripada  pelbagai negara di Asia dan Eropah termasuk Malaysia namun hanya 18 terpilih untuk MIFFest.

Pun begitu,  khabarnya  edisi kedua MIFFest akan tertumpu kepada filem Asia Tenggara dan pengarah wanita. 



Barangkali pengarah wanita, Erma Fatima juga boleh memikirkan untuk menghantar penyertaannya ya tak atau pun jika tiada filem boleh terlibat dalam beberapa aktiviti? 

“MIFFEST akan menjemput beberapa pengarah wanita untuk berkongsi pengalaman dan idea mereka mengenai pembikinan filem. Selain itu, kami mahu fokus filem dari Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia dan Singapura  sekali gus menjemput karyawan mereka untuk bersama mempromosikan karya masing-masing di MIFFest,” ujar Joanna Goh.

Berhubung malam kemuncak MGGA pula, Goh berkata, acara berprestij itu mempertandingkan 10 kategori dengan Filem Terbaik sebagai kategori utama diikuti Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakan Pembantu Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Anugerah Pencapaian Seumur Hidup.

Tahun lalu Filem Terbaik digondol oleh 'Singing in Graveyards' arahan Bradley Liew, seorang pembuat filem berusia 27 tahun berasal Malaysia tetapi menetap di Manila sebagai seorang Pengarah, Jurugambar dan Penerbit di Malaysia dan Filipina.



Manakala pelakon veteran Cina Malaysia, Dato Lai Meng  (duduk kerusi roda) dianugerahkan trofi Pencapaian Seumur Hidup MGGA.

Untuk musim kedua tahun hadapan, MIFFEST mengalu-alukan filem pelbagai genre yang dihasilkan pada 2016 dan 2017  untuk mengambil bahagian, namun karya itu perlu menepati tema ‘kekecewaan dan harapan'  (Despair & Hope).dengan mesej bertemakan kemanusiaan.


Kak Fas lihat antara yang hadir pada sidang media memberikan sokongan terdiri daripada antaranya pelakon Bront Palarei serta Dato Nancie Foo.

Tahun lalu, MIFFest  disertai 18 filem hebat dari Itali, Hong Kong, Iran, Korea Selatan, Perancis, United Kingdom, Jerman, China, Taiwan, Singapura dan Filipina.

Dan tahun hadapan MIFFEST menyasarkan penayangan 25 filem di pawagam tempatan terpilih yang akan diumumkan kelak.

Bagaimana pun, penyertaan untuk MIFFest sudah dibuka sehingga 30 September ini. 

Untuk makliumat lanjut atau pendaftaran secara dalam talian boleh layari LINK ini....atau DI SINI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan