SEPANJANG PERJALANAN 'KEMBARA KRAF SELANGOR' MENAKJUBKAN
MUKADIMAH:
'KEMBARA KRAF SELANGOR'
anjuran GAYA TRAVEL/UPEN SElANGOR
Selama ini Kak Fas belum pernah mengikuti program dianjurkan #Gaya Travel, yang sering mengaturkan lawatan ke seluruh Malaysia dengan membawa sekumpulan media, boggers mahu pun influencers.
Hanya pada bulan Ramadan lalu, apabila berkesempatan bertemu dengan Ketua Pengarang majalah tersebut iaitu Encik Juhan Kamaruddin dalam satu majlis berbuka puasa di Hotel Renaissance, baharulah Kak Fas mendapat undangan dari pihaknya untuk mengikuti beberapa program antaranya lawatan ke Ipoh.
Pun begitu, Kak Fas tidak berpeluang mengikuti beberapa program yang diaturkan waima masa dan tarikh bertembung dengan majlis lain,,, jadi terpaksa dilepaskan jemputan...
Dan baru-baru ini apabila mendapat satu undangan untuk menyertai jelajah "Kembara Kraf Selangor' selama tiga hari dua malam... dan kebetulan pula diari Kak Fas kosong...maka peluang tersebut dimanfaat sebaik mungkin apatah lagi tujuan program cukup murni di mana antara aktivitinya adalah berkunjung ke pembuat kraf tempatan terpilih.
Menariknya sebahagian daripada pembuat kraf ini dilahirkan sebagai insan kurang upaya namun mereka dianugerahkan Tuhan berbakat antaranya seperti Wan Jamila Wan Shahrul Bahri... seorang anak autism berusia 15 tahun namun memiliki kepakaran melukis sehingga ibu bapanya menubuhkan galeri yang dinamakan 'Artjamila".
Kak Fas terpegun dan kagum melihat kesabarannya duduk melukis berjam-jam sambil kadang kala merenung ke arah cermin tingkap (barangkali mencari ketenangan) dan karyanya cukup cantik lagi terperinci... justeru tidak hairan mampu mencecah jualan ribuan ringgit.
Seperti Jamila, Kak Fas dan rakan-rakan lain dibawa pula bertemu dengan sekumpulan cacat pendengaran yang juga mempunyai bakat melukis tetapi lukisan yang dibuat adalah pada kasut mahu pun bag canvas.
Dikendalikan oleh pengusaha Amaze Creative, sebuah bilik bawah apartment terletak di Desa Setapak, Kak Fas tidak kurang mengagumi pelbagai corak kasut yang dilukis tangan oleh mereka.
Kasut kanak-kanak umpamanya diluksi eksklufif dengan pelbagai corak samada berbentuk kartun yang digemari anak-anak sekarang seperti spiderman, pony dan lain-lain mahu pun kasut sukan dewasa dengan corak bangunan, berbunga dan sebagainya.
Menurut Encik Chang Wang Sang, kasut-kasut ini dijual pada harga antara RM49 sehingga RM79 secara dalam talian malah sesiapa yang 'share' sosial media mereka dan membeli boleh mendapatkan 'pouch' percuma.
Memang cantik dan boleh dijadikan hadiah untuk kanak-kanak bahkan kasut untuk wanita seperti clog mahu pun tumit tinggi pun boleh ditempah untuk dilukis.
Selain kraf dari pihak OKU, jelajah kami turut dibawa melawat ke beberapa lagi lokasi pembuatan kraf yang diusahakan oleh peiaga bumiputera seperti En Fazli Shah Simpon yang mengusahakan perabot melalui syarikatnya FS Design mahu pun beberapa individu wanita yang mempunyai kepakaran dalam kraf tangan namun diusahakan dari rumah seperti dari Queen L'S Craft di Klang dan Artsis Studio, Subang Jaya serta Heritage Inspired di Sungei Buloh.
Queen L'S Craft memperlihatkan kepakaran Puan Latifah dalam kraf 'Kimekomi' satu teknik yang dipelajarinya dari Jepun manakala di Artsis Studio membawa kami bertemu dengan sekeluarga lima orang adik beradik perempuan,(pix atas) anak-anak kepada bekas Ketua Polis Sarawak, Dato Hj Mohd Yusoff Jaafar yang juga berbakat melukis, sementara di Heritage Inspired, kami berpeluang mempelajari cara membuat bag daripada kain songket serta sulaman oleh Hanisah Izzati.
Pix: Phil |
Perjalanan kami juga membawa ke Bourstead Cruise Centre, sebuah pelabuhan antarabangsa maritim yang menjadi port bagi kapal-kapal (cruise) berlabuh.
Kebetulan semasa lawatan, kapal Starcruise Libra sedang berlabuh jadi dapatlah kami mengambil beberapa kepingan gambar buat kenangan di hadapan kapal yang mampu memuatkan lebih kurang 4,000 orang itu.
Di bangunan terminal ini juga terdapatnya beberapa gerai jualan kraf termasuk bilik pameran muzium dan sebagainya untuk pelawat yang singgah seketika membeli-belah pelbagai produk cenderamata yang ada termasuk daripada Queens L'S Craft.
Apabila mengembara untuk program 3H 2M sudah tentu perlunya tempat penginapan serta makan minum ya tak?
Untuk itu terima kasih kepada Hotel Geno yang menjadi tempat istirehat kami selama dua malam lengkap sarapan pagi.
Ya... selama tiga hari kami kekenyangan dengan makanan enak disediakan samada oleh tuan rumah kraf mahu pun restoran yang disinggah seperti yang paling Kak Fas rasa sedap dan tidak tahu adanya gerai seperti ini adalah makanan laut yang dinamakan 'Seafood Lambak' di Cenonet Cafe, Klang.
Pada awalnya terfikir kenapa 'lambak' ek? Rupa-rupanya bila hidangan sampai... nah berlambak atas meja makan....tu dia ... menepati nama menunya 'seafood lambak' haha... lepas ini mungkin kena buat acara 'joget lambak' pula di tanah lapang hadapan gerai....bolehlah turunkan berat badan selepas makan huhu..
Oh ya tidak ketinggalan juga makan tengah hari yang kami rasai di Agro Tek Garden Resort di Hulu Langat.. di sini pun hidangan seperti tom yam, ikan sweet sour, daging dan sebagainya memang sedap.
Sambil makan pandangan pula dijamu dengan persekitaran kehijauan saujana mata memandang malah tempat ini memang sesuai untuk famili berkumpul atau pun majlis perkahwinan dan sebagainya kerana mereka juga mempunyai chalet penginapan.
Malah sepanjang perjalanan juga, Kak Fas teringat enaknya masakan nasi dagang Puan Latifah dari Queen L'S Craft malah Kak Fas dapat juga menghabiskan sebuah 'patchwork' berbentuk kucing hasil ajaran beliau... terima kasih daun keladi...
Pendekata, Kak Fas turut berterima kasih kepada Gaya Travel dan UPEN Selangor atas aturcara program 'Kembara Kraf Selangor' ini... yang membawa Kak Fas 'discover' beberapa kraf buatan tangan yang diusahakan oleh pengusaha sekitar Selangor.
Pix Dhani. |
Barangkali di Wilayah Persekutuan pun ada kan tapi belum dapat diterokai...
Apa pun terima kasih sekali lagi atas initiatif program ini dan tidak lupa kepada PDRM Selangor diketuai Encik Latif, yang menjadikan jelajah kami selamat serta licin perjalanan sebab adanya 'outrider' serta kereta polis mengiiringi 'coach' kami... jadi tak lah sangkut dalam jem dan cepat sampai ke destinasi mengikut jadual...
Kesimpulannya, pengalaman yang ditempohi serta kraf tangan yang ditemui memang cantik dan menarik belaka.... semua ini Kak Fas akan cerita lebih lanjut pada ruangan Travel/Hotel/Food' nanti.....ini cuma santapan awal atau mukadimah terlebih dahulu ya....Jadi tunggu 'story' selanjutnya nanti... (coming soon hihi).
Lebih menyeronokkan dapat bertemu kawan lama dan membuat pula kawan baharu seperti Dhani dan Eka dari Bandong, Indonesia.....semoga ketemu lagi ya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan