ALAHAI SONG JI-HYO, RIBUAN HADIR PELANCARAN SAMSUNG GALAXY NOTE 8
Kak Fas bukanlah fanatik artis Korea sangat tetapi adalah juga sekali sekala menonton filem-filem Korea.. itu pun dulu ketika demam drama 'WInter Sonata' atau pun 'Full House' dan antara artis kegemaran Kak Fas adalah Rain.
Kak Fas pernah tonton konsert Rain dan cukup kagum dengan persembahan dan pementasan yang cukup 'extravaganza'.
Tetapi apabila K Pop melanda dan drama-drama atau filem Korea mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan anak-anak muda tempatan apatah lagi siri 'Running Man' yang masih menjadi program realiti popular, Kak Fas ketinggalan untuk terus mengikuti artis-artis Korea. Al maklum sudah ramai pula wajah-wajah Korea yang baharu... tidak terkejar nak mengenali mereka.
Dan baru-baru ini bila menonton filem "Train to Busan" Kak Fas mula berminat kembali dengan filem atau drama Korea cuma masa kadang kala tidak mengizinkan untuk ke pawagam atau mengadap peti tv setiap kali ia bersiaran.
Dan antara mereka yang di dalam program "Running Man" yang Kak Fas kenali seperti Lee Kwang Soo mahu pun Ha Ha yang pernah datang ke Malaysia. Lain daripada itu memang tak kenal haha.... sebab jarang tengok program tersebut.
JIka Samsung pernah membawa Lee Kwang Soo, kali ini giliran satu-satunya wanita yang popular dalam program tersebut, Song Ji-Hyo menjadi pilihan. Ada wanita rupanya hahaha... tak perasan lak sebab program pun nama "Running Man" ... so ingat semua lelaki.
Apa pun hanya hari ini Kak Fas berpeluang mengenali dan tengok dari dekat siapa itu Song Ji-Hyo huhu....
Manis orangnya,.. sentiasa tersenyum dan cukup sporting sekali dengan peminat-peminatnya malah gerak gerinya yang sentiasa tunduk serta menyembah memperlihatkan seorang yang bersifat lembut dan sopan.
Tetapi mak dato... apabila adanya artis Korea di Kuala Lumpur memang sesak dibanjiri peminat-peminatnya...
Khabarnya, peminat sanggup beratur sejak jam 7 pagi walhal kompleks membeli-belah Pavilion hanya buka jam 10 pagi..
Sebenarnya tujuan Kak Fas ke sana untuk menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy Note 8 dan bukan kerana nak tengok Song Ji-Hyo tetapi kebetulan memang dia artis jemputan Samsung jadi sekali gus lah...
Bila sampai jam 9,45 Kak Fas lihat pintu utama dan semua pintu masuk penuh sesak... semua menunggu jam 10 pagi nak masuk... tetapi Kak Fas mohon dibenarkan masuk atas tiket 'media'...
Mereka minta pass tetapi mana la ada pass media kecuali kad nama kan... kita bukanya dalam media perdana dah... mana ada pass media sebab sekarang dah blogging online....tetapi nasib baik seorang pengawal keselamatan membenarkan..
Bila masuk tengok dah ramai dah teman-teman media mahu pun blogger dah kerumun meja pendaftaran... cuma tidak dibenarkan masuk ke kawasan pentas sebelum waktunya... jadi bersesak sesaklah pula kawasan pendaftaran.
Begitulah fenomenannya apabila melibatkan kehadiran artis Korea... sama seperti artis Bollywood atau CIna tetapi malangnya artis tempatan tidaklah sehebat begitu sambutannya...
Apa pun memandangkan Kak Fas duduk di barisan dua berdekatan pentas jadi puaslah juga dapat melihat dari dekat Song Ji-Hyo ni...dan tentunya telefon bimbit terbaharu berkenaan - Samsung Galaxy Note 8.
Malah ketika Song Ji-Hyo berwefie di atas pentas nampak juga lah kelibat Kak Fas di bawah... enter frame juga lah haha.. (nampak tak mana satu Kak Fas pada gambar atas huhu...
Ok berhubung dengan telefon pintar terbaharu Samsung ini, ia dianggap sebagai kemuncak alat
produktiviti yang memacu mereka yang berwawasan melakukan perkara lebih hebat
dalam kehidupan dan pekerjaan, Galaxy Note8 merupakan gabungan ciri-ciri
berkuasa dan inovasi-inovasi yang pertama kali diperkenalkan.
“Masyarakat
masa kini sentiasa berusaha melakukan perkara lebih besar dan yang terbaik
dalam kehidupan; dan kesungguhan serta semangat mereka untuk mencapai lebih
banyak lagi telah memberi inspirasi kepada kami untuk merekabentuk Note serba
baharu yang pasti membantu orang ramai mencapai matlamat dan potensi mereka.
"Galaxy Note8 baharu memaparkan reka bentuk diperkemaskan, S Pen yang
dipertingkatkan, dwi kamera yang terbaik dalam kelasnya, serta hiburan inovatif
dan keupayaan produktiviti bagi membantu orang ramai melakukan lebih banyak
lagi. Ia adalah lebih daripada sekadar telefon pintar – ia adalah peranti yang
berfungsi mengikut kaedah kehidupan kita, dan memperkasa kita untuk merealisasikan
apa yang kita usahakan,’’ kata Encik KM Liew, Ketua Perniagaan IM, Samsung
Malaysia Electronics.
Pada majlis pelancaran, Song Ji-Hyo juga melaksanakan
misinya untuk menunjukkan kepada peminat di Malaysia satu bentuk komunikasi
baharu menggunakan ciri S Pen terkini Galaxy Note8, Live Message.
Dengan
Galaxy Note8, Samsung berterusan menampilkan warisan dalam inovasi perkakasan
dan perisian. Dibina diatas asas Galaxy yang telah dikenali dan disukai ramai,
telefon ini menawarkan pengalaman pengguna optimal dengan faktor besar dari
segi rekabentuk, iaitu muat dalam genggaman tangan. Ia juga mempunyai reka
bentuk paparan inovatif dan teknologi terkini serta pelbagai aksesori yang
berguna.
Galaxy Note8 boleh diperolehi bermula 21
September 2017.pada harga runcit RM3,999 (termasuk GST 6%), dalam tiga pilihan warna – Midnight Black, Orchid Gra dan Maple
Gold.
Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy Note8 sila
lawati laman web http://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note8/. atau selak muka surat ruangan Product dalam blog ini.. Klik DI SINI.
'Road show' bersama Song Ji-Hyo akan berlangsung sehingga 24 September ini di Parkson KL, AEON Tebrau City dan Gurney Plaza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan