RUANG KECANTIKAN SOGO KL BERWAJAH TRENDY
Siapa tidak kenal dengan kompleks syurga membeli-belah Sogo
KL, di tengah bandaraya Kuala Lumpur terletak di tapak asal yang dahulunya
dikenali sebagai ‘Suleiman Court’.
Jika ada yang berpendapat Sogo KL merupakan antara pusat
jualan yang sering dikunjungi warga kota berpendapatan rendah dan sederhana malah menjadi tumpuan pembeli Melayu… kini Kak Fas
berpendapat masa telah mengubah persepsi itu..
Sogo KL sekarang sudah berubah imej menjadi sebuah kompleks
berkonsep kontemporari moden dengan setiap satu daripada 7 aras diberi nafas
baharu sejajar dengan permintaan dan kehendak pembeli trend masa kini.
Kak Fas yang sering berkunjung ke Sogo KL apabila perlu
mencari sesuatu dah nampak perubahan ketara pada rekaan dalamannya.
Memang cantik dan setanding dengan desain pusat
membeli-belah moden sekarang ini malah pengubahsuaian yang dilakukan Berjaya menarik
pembukaan ‘outlet’ jenama-jenama terkenal antaranya seperti Coach, Loccitane,
Charles & Keith, Belle, Radley dan banyak lagi.
Ya… diubahsuai kerana anda (Refashioned because of you)
menjadi slogan keseluruhan
pengubahsuaian dalaman Sogo KL khususnya pada ruang kecantikan yang menjadi
fokus sebaik sahaja melangkah masuk dari pintu utama bahagian hadapan.
Kak Fas antara media dan blogger yang diundang khas untuk
bersama meraikan pelancaran wajah baru pada ruang kecantikan Sogo KL baru-baru
ini.
Meriah sungguh majlis yang berlangsung di ruang tengah
dengan dihadiri barisan artis jemputan antaranya Dayang Nurfaizah, Hael AF,
Shila Mentor mahu pun tetamu khas lain terdiri daripada sosialit, peminat fesyen serta rakan niaga.
Pelbagai aktiviti
turut disediakan termasuk cabutan bertuah yang ditaja oleh penyewa serta
peraduan instagram terbaik serta nyanyian dari Vanessa.
Melihat sekeliling Kak Fas percaya satu langkah ke semua
ruang kecantikan baharu ini membawa anda selangkah ke tahap yang sama sekali
baharu sekali gus memperlihatkan penambahan jenama baharu dalam permintaan.
Anda dapat melihat lantai dewan kecantikan yang lebih hebat dan
bergaya sesuai dengan gambaran wanita hari ini – berani, yakin dan tahu apa
yang mereka mahukan. Disinari lampu
kontemporari hangat melengkapkan jubin yang ramping, memberikan pemandangan
yang segar.
Contohnya, untuk
kecantikan dan penjagaan peribadi, kaum wanita boleh memanjakan diri di Glo
Laser Centre, , Loccitane, NYX Professioal Make up, Victoria’s Secret. The Body
Shop, Kiehl’s dan seangkatan dengannya.
Apa sahaja barang
yang anda inginkan....dewan kecantikan atau ‘beauty hall’ ini mampu
menyediakan. Tidak perlu lagi bersusah payah memandu jauh ke kompleks
membeli-belah lain.. segalanya sudah berada di Sogo KL...
Untuk tarikan
yang lebih menarik, lawati O’ Inno Hair Salon, salun rambut yang diberi kuasa
oleh Wella Professionals bagi menyediakan perkhidmatan pemotongan dan rawatan rambut pada harga berpatutan.
Pendekata, dengan
mendesain semula tingkat bawah ke destinasi sosial, semua dewan kecantikan baru
bukan hanya tempat untuk kecantikan dan produk wangian terkini, beg tangan dan
aksesori tetapi juga tempat untuk bergaul dan bersosial dengan ‘kaki belanja’
anda.
Dan dengan
penambahan Starbucks, jika kepenatan
boleh sahaja relaks dan minum kopi di situ sambil menikmati suasana keriangan
serta kesibukan Jalan Tuanku Abdul
Rahman sekali gus menjamu mata dengan gelagat orang ramai sambil halwa telinga
dihiburkan dengan lagu-lagu pemuzik
buskers sekitar..
Dewan kecantikan
- merupakan segmen terakhir dalam proses pengubahsuaian selama tujuh tahun di
mana Sogo KL kini mempunyai kira-kira 800 rakan kongsi perniagaan malah membawa
masuk 80 penyewa permintaan baharu untuk kekal relevan.
Pada majlis
pelancaran semula pengubahsuaian dewan kecantikan yng diacarakan oleh Nadia Heng (pix bawah,kanan), Pengarah Urusan Sogo (KL) Department Store Sdn Bhd, Datuk
Andrew Lim Tatt Keong berkata, transformasi itu bertujuan memberi pelanggan
pengalaman membeli-belah yang lebih baik.
"Selama 23 tahun KL Sogo beroperasi, bangunan nampak agak membosankan. Oleh itu, penting untuk menaik taraf kolam penyewa kami dan memajukan dewan kami untuk menawarkan perkhidmatan pelanggan i yang lebih baik. Sama seperti tagline baru kami kerana anda ', perubahan yang kami buat hanyalah kerana anda - pembeli kami,” ujar Datuk Andrew.
“"Kami telah
berkhidmat kepada generasi terdahulu, dan sekarang kami mahu menjangkau generasi muda dengan
menawarkan jenama yang lebih trend," tambah beliau.
Untuk maklumat
lanjut, hubungi 1300-88-7646 atau lawati www.sogo.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan