Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SEKETIKA BERSAMA PEMANDU MUDA F1 SAUBER - PASCAL WEHRLEIN


DEMAN F1 Malaysia dah pun melanda di mana pada hujung minggu ini satu dunia bakal tertumpu ke  Malaysia bagi menyaksikan pasukan mana yang akan 'menggila' dan 'menawan' litar Sepang, yang rasanya merupakan kali terakhir F! akan berlangsung di bumi bertuah kita ini.
Sejujurnya sejak Malaysia menganjurkan F1... Kak Fas belum pernah ke litar Sepang kecuali menyaksikannya sahaja di kaca tv waima jarang juga hadir ke beberapa majlis berkaitannya.
Tetapi baru-baru ini buat pertama kalinya juga  dan barangkali terakhir untuk F! di sini ,,, Kak Fas berpeluang untuk bersantai mesra dengan salah seorang pemandu muda F! iaitu Pascal Wehrlein  daripada pasukan Sauber-Ferrari, bertempat di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.
Anak muda berusia 22 tahun, kelahiran German-Mauritian ini hadir pada majlis eksklusif memperkenalkan jam tangan edisi khas - “Edox Chronorally Sauber F1® Team “25th Anniversary” Limited Edition”  buatan Swiss.
Jadi kerana hadir pada majlis memperkenalkan EDOX oleh syarikat tempatan Crystal Time Sdn Bhd... dapatlah Kak Fas bertemu dengan Pascal.
Majlis santai yang berlangsung memberi peluang kepada media yang dijemput eksklusif untuk 'chit chat' sambil bergambar dengan  Pascal tanpa berebut-rebut. Syabas pada Crystal Time yang menjadikan majlis penuh eksklusif dan tidaklah bersesak-sesak dengan khalayak.



Malah kami mendapat banyak masa untuk bermesra dengan Pascal di mana dua anak remaja  Malaysia sendiri dalam sukan go kart,  Oscar Ng dan Hayden Haikal diberi peluang bertanyakan soalan kepada Pascal yang juga memulakan perlumbaan dengan kart. Di samping itu, semua yang hadir pula diberi peluang bergambar poloroid di mana kemudiannya Pascal menurunkan tandatangannya.



Kak Fas tak mahulah nak citer panjang asal usul Pascal tetapi nak tahu lanjut ko orang boleh baca LINK INI.
Dan berhubung dengan jam edisi khas EDOX yang dipakai oleh Pascal pada  pergelangan tangannya, dimaklum hanya sebanyak 550 buah dikeluarkan untuk pasaran dunia waima Crystal Time cuma mempunyai kira-kira empat buah untuk jualan.
Tengok rupa dan bentuk jam terbaharu EDOX ni memanglah cantik sebagaimana cantik harganya tetapi jika anda seorang 'collector' jam... Kak Fas syorkan harus BELI sebab ia terhad.
HARGA: RM8,056 ( SELEPAS GST)


Bayangkan anda adalah salah seorang daripada empat pemilik jam EBOX Pascal Wehrlei
di Malaysia malah antara 550 pemilik di seluruh dunia jika semuanya 'sold out' gitu...

Kalau lah Kak Fas ada berlambak duit 'spare' kata orang... dah tentu Kak Fas beli dan simpan atau hadiahkan kepada suami atau anak tetapi dengan harga mencecah ribuan ringgit tu ... biarlah Kak Fas guna untuk yang lebih berguna hihi...
Nak tahu lanjut mengenai produk EDOX...boleh terlebih dahulu KLIK SINI.
Minggu ini kita tumpukan perhatian pada F! Malaysa nor!!! Sebelum tu jom layan gambar sikit....




For an English release READ HERE.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan