ZUL ARIFFIN KUAT CEMBURU? KENAPA?
“Minta maaf Encik
Umayr Harris Tan Sri Hakim. Saya bukan lagi isteri sesiapa,”
Itulah kata-kata
Aisy yang pernah dihalau bagai seekor kucing kurap oleh suaminya sendiri. Setelah
empat tahun membawa diri, Aisy kembali menuntut janji yang pernah dilafazkan
oleh suaminya demi membebaskan diri daripada ikatan perkahwinan. Namun, apabila
bertemu, lain pula yang terjadi.
Ujian dan dugaan dalam perkahwinan merupakan
perkara yang normal, terutamanya bagi pasangan yang baru mendirikan rumah
tangga. Begitulah nasib Zul Ariffin dan Farah Nabilah.
Eh! Dalam senyap-senyap hero Malaya ini dah berkahwin ke? Bila? Sape Farah Nabilah?
Ya Zul Ariffin sudah pun bergelar suami tetapi dalam drama terbaharu slot Akasia iaitu Titian Cinta.
Terkejut teman.... ingat Zul kahwin senyap-senyap pasti merajuk peminatnya nanti ya tak?
Melalui 28 episod, Titian Cinta drama adaptasi novel
karya Ridhya Iman, arahan Heykal Hanifah terbitan Zamriez Golden Pictures bakal ditayangkan di TV3 bermula 11 September 2017 ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 7.00 malam,
Menurut Pengurus Besar, Kumpulan
Pengurusan Jenama dan Rancangan, TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media
Prima Berhad, Puan Siti Nurlisia Mohd
Nadzri:
“Drama Titian Cinta ini sarat
dengan pengajaran yang boleh menjadi teladan kepada orang ramai. Ia mengisahkan
tentang dugaan yang harus ditempuhi oleh pasangan suami isteri demi mencapai
kebahagiaan. Ia juga menitikberatkan tentang kepentingan bersabar ketika
mengatasi masalah rumahtangga.”
“Selain itu, ini
juga merupakan kali pertama Zul Ariffin dan Farah Nabilah berganding dalam
sebuah drama. Kami berharap para penonton setia drama slot Akasia akan menikmati
dan memberi sokongan kepada drama ini, seperti mana mereka telah memberi
sokongan hebat kepada drama-drama yang telah ditayangkan di TV3 sebelum ini,” ujarnya lagi.
Titian Cinta
turut dijayakan oleh gandingan barisan pelakon kegemaran ramai seperti Daler Yusuf,
Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee dan Marisa
Yasmin.
Ia berkisar tentang percintaan antara Aisy (Farah Nabilah) dan Harris (Zul Ariffin). Kepulangan Aisy memang ditunggu-tunggu oleh Harris. Disebabkan hatinya dikaburi oleh perasaan cemburu, Harris sanggup menghina dan menghalau isterinya sendiri pada empat tahun yang lalu. Dia menyesal dengan tindakannya akibat mempercayai fitnah serta hasutan Sofea (Tisha Shamsir), dan ingin menebus segala kesalahannya.
Aisy yang menyangkakan dirinya sudah dicerai, terkejut
dengan perubahan suaminya yang dahulu bersifat panas baran, kini sangat
penyayang. Harris sabar dengan karenah dan sikap
Aisy terhadapnya. Dia juga langsung tidak berputus asa untuk memikat semula hati
isterinya yang telah dilukai. Pelbagai perkara telah dilakukan oleh Harris
untuk melembutkan hati isterinya itu.
Lama-kelamaan, hubungan antara Harris dan
Aisy bertambah pulih. Aisy juga dapat menerima kembali suaminya itu. Dia
menganggap jodohnya bersama Harris masih kuat lagi. Namun, apa yang tidak
diketahui Aisy ialah sifat cemburu Harris sebenarnya masih belum hilang.
Tatkala saat bahagia muncul kembali,
dugaan baru melanda rumahtangga pasangan ini sekali lagi. Kemunculan Rayyan (Daler Yusuf) iaitu bekas tunang Aisy
yang pernah ditangkap khalwat dengan Sofea, mengubah kembali perangai Harris
kepada asal.
Sifat cemburunya juga semakin menjadi-jadi. Sofea pula berdendam
dengan Aisy kerana mengahwini bekas tunangnya iaitu Harris. Dia ingin
memporak-perandakan rumahtangga Aisy dan Harris agar mereka berdua bercerai.
Adakah kebahagiaan akan menjadi milik
Aisy dan Harris?
Mampukah Titian Cinta antara dua insan yang hampir retak ini boleh
dicantum semula?
Drama bersiri ini juga dapat disaksikan
di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh
layari laman web www.tv3.com.my.
Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube, Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan