Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'TUN FATIMAH' LAKONAN MAYA, REMY & ASYRAF SENTUH PERASAAN

MUKADIMAH:

Sebelum Kak Fas lanjutkan cerita mengenai kehadiran Kak Fas menyaksikan buat pertama kalinya pementasan teater di Panggung Bangsawan Melaka yang dahulunya dikenali sebagai panggung Cathay... sebaiknya ko orang tonton secebis babak yang menyentuh perasaan sehingga menjadikan pementasan teater "Tun Fatimah Seri Kandi Empayar Melaka' ini cukup berkesan di hati,,,,,,Sayangnya teater arahan Lokman Ghani yang dilakonkan oleh Maya Karin, Remy Ishak, Asyraf Muslim serta barisan pelakon lain yang tidak kurang hebatnya ini hanya dipentaskan dua hari sahaja......

Kak Fas akan sambung kisahnya nanti ya......




Al kisahnya .....

Ko orang ingat tak bulan lalu Kak Fas ada memuat naik berhubung dengan teater 'Tun Fatimah...." seperti yang ko orang tonton cebisannya di atas.

Kalau tak ingat takpe meh Kak Fas 'refresh' kembali memori ko orang... mudah je KLIK INI...

Ok dah tahu kan... mana yang belum tahu pun pasti dah tau jika buka link yang Kak Fas bagi tadi.

Jadi rentetan pada itu, pada Jumaat lalu (20 Oktober) Kak Fas bersama rakan-rakan media lain dijemput oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka yang menganjurkan pementasan tersebut di Panggung Bangsawan Melaka yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai Panggung Cathay.

Sejujurnya itulah pertama kali Kak Fas jejakkan kaki ke pawagam berkenaan ... ya lah kita bukan penduduk Melaka dan mana mungkin nak tengok wayang jauh ke sana dari Kuala Lumpur kan.

Jadi kesempatan untuk menonton teater di panggung yang sudah diubahsuai itu sudah tentu diambil...

Tetapi sebenarnya Kak Fas ingin bersyukur kepada Allah terlebih dahulu kerana memberikan peluang keemasan itu waima empat hari sebelum kepergian Kak Fas diserang sakit perut yang amat sangat macam 'nak beranak' rasanya.



Serangan itu membuatkan Kak Fas terpaksa di wadkan sementara sehari semalam di hospital tetapi Alhamdullilah perancangan Kak Fas yang dah lama rsvp untuk bersama ke Melaka diperkenankan Allah waima sehari sebelumnya Kak Fas dah pulih dari azab kesakitan tersebut...

Nasib jua Kak Fas tidak 'cancel' jemputan sehingga saat hari dan diizinkan Allah pergi...syukur sangat-sangat... Terima Kasih Allah...

Kak Fas hadir pada waktu yang diaturkan di Istana Budaya di mana rombongan seramai 14 orang yang menaiki bas khas dari Jabatan Ketua Menteri Melaka dikumpulkan.

Perjalanan licin dengan hanya sekali 'pit stop' di kawasan R&R Air Keroh dan kami tiba di hotel penginapan iaitu Hotel Swiss Garden Melaka dengan selamatnya...


Ini kali kedua Kak Fas menginap di Hotel Swiss Garden Melaka yang memang cantik dilinkungi Sungei Melaka malah boleh dengan jelasnya melihat pesekitaran Zon Warisan Dunia UNESCO Melaka.

Tetapi bilik penginapan Kak Fas bernombor 28023 tidak menghala ke Sungai Melaka apabila berada di tengah-tengah bangunan hotel 306  bilik tersebut... jadi tak dapatlah tengok dengan jelas khidmat River Cruise yang berulang alik sekeliling mahupun pemandangan Kampung Morten, sebuah perkampung tradisional di tengah-tengah bandaraya bersejarah Melaka.

Nak dapatkan info lanjut mengenai Hotel Swiss Garden Melaka sila klik LINK ini ya...

Memandangkan masa untuk ke Panggung Bangsawan agak lama lagi jadi pada sebelah malamnya jadi semua mengambil kesempatan untuk mencari makanan dahulu buat lapik perut kata orang..

Ya lah .... teater bermula jam 9 malam  dan jamuan ringan akan hanya dihidangkan selepas persembahan.... nant meragam pulak perut dah lah baharu je baik sakit ya tak...

Dan selepas rehat... bas yang khabarnya baharu dari Jabatan Ketua Menteri Melaka itu tiba pada waktunya untuk membawa kami ke panggung walau pun sebenarnya boleh aje jalan kaki sebab dekat sahaja tetapi peluh lak menapak nanti kan apatah lagi dengan kasut tumit tinggi... aduh ... mana boleh tahan haha...



Pemandangan persekitaran Panggung Bangsawan sudah dipenuhi penonton khususnya jemputan daripada kalangan vvip, vip mahu pun golongan korporat memandangkan teater pada malam pertama teater 'Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka' (TFSEM) dikhaskan untuk mereka.

Hanya pada malam kedua (21 Oktober)  ia terbuka untuk tontonan umum dengan harga tiket yang murah iaitu RM80 dan RM50 berbanding hari pertama meliputi harga RM150 dan RM100.

Kalau tanya pendapat Kak Fas malah dipersetujui jua bintang utamanya Remy Ishak serta Maya Karin... teater ini harus dipentaskan sekurang-kurangnya empat hari.. barulah puas bagi mereka melakonkannya.mahupun penonton yang belum berpeluang menyaksikannya.



Bagi seorang pelakon terutamanya pada hari pertama kali pementasan  mereka pasti berkata, 'tidak puas dengan lakonan'.

Begitu juga dengan Remy, Maya mahu pun Asyraf Muslim.

"Banyak yang boleh diperbetulkan jika latihan panjang, ini cuma 10 hari sahaja berlatih dan saya bukan sahaja perlu menghafal dialog tetapi dalam waktu sama harus belajar silat," cerita Maya yang mengakui ada beberapa patah perkataan Melayu kuno yang tidak difahaminya seperti 'gundah'  sebagainya.

"Kami saling bantu membantu agar masing-masing tidak terlupa dialog dan seumpamanya," sambung Remy yang merupakan pasangan pelakon yang ideal disamping Maya.

Asyraf Muslim pula yang memegang watak Tun Ali, tunangan dan suami kepada Tun Fatimah dilihat seorang yang romantis walaupun kejantanannya tidak kurang mencabar.




"Pada adegan semasa menerima perintah durhaka daripada Sultan saya rasa boleh mengganas lagi.... jadi rasa macam tak puas," komen Asyraf yang 'mati' akibat diperintah bunuh oleh Sultan Melaka.

Kesimpulannya Kak Fas memang puas menonton teater ini malah adegan klimaks yang menyaksikan Maya meratap gara-gara kesemua keluarga termasuk suaminya dibunuh amat menyentuh perasaan.





Malah pada ruang pentas yang terhad, teater arahan Lokman Ghani berjaya membuat penonton seperti Kak Fas terus khayal dan rasa marah kepada 'Sultan Melaka" yang memerintah tanpa usul periksa.

Pun begitu, ciri-ciri kesetiaaan, ketangkasan dan kecantikan Tun Fatimah oleh Maya Karin tidak mengecewakan walaupun pada hakikatnya  beliau mempunyai paras wajah 'pan Asian' (berdarah campuran Melayu German).



Baik Maya, Remy mahu pun Asyraf berharap teater ini dapat dibawa ke pentas Istana Budaya malah  mereka sanggup melakonkannya semula.

Benar tu, Kak Fas pun mahu menonton sekali lagi.... apa kata abang Jo? (KP Istana Budaya).


Hadir bersama menyaksikan malam pertama pementasan ialah Gabenor Melaka, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob yang menyambut ulang tahun kelahiran beliau yang ke-79 bersama

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Pengarah Besar Perbadanan Ketua Menteri (CMI) Melaka, Datuk Ab. Rahman Ismail dan Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohd. Johari Shaarani.




Malam berakhir dengan sesi bergambar bersama barisan pelakon dan seterusnya diulit mimpi pada bantal empuk bilik Hotel Swiss Garden Melaka.
















Keesokannya, selepas sarapan pagi yang enak...kami dibawa ke dua destinasi pelancongan popular Melaka iaitu River Cruise dan Menara Taming Sari setinggi 80 meter.



Ini merupakan kali kedua Kak Fas melayari Sungai Melaka melalui 'cruise' tersebut dan ia satu cara penggambaran santai yang mampu membawa anda ke 'belakang rumah' persekitaran Melaka.

Hentian kami membawa ke jeti berhampiran Menara Taming Sari  yang merupakan 'pit stop' kedua...



















Menaik Menara Taming Sari merupakan pengalaman pertama namun dengan hanya 7 minit berputar melihat Melaka dalam 360 darjah terasa macam cepat sangat... dah sampai bawah...













Apa pun terima kasih kepada Jabatan Ketua Menteri Melaka yang mengisikan waktu lapang di sebelah pagi kami dengan lawatan tersebut sebelum perut dipenuh dengan hidangan makan tengah hari di Restoren Melayu Melaka berhampiran tebing Sungai Melaka sekali gus laluan bot cruise yang kami tadi.







Info lanjut berhubung Melaka River Cruise boleh KLIK SINI, ada hadiah menang kereta you alls... manakala untuk Menara Taming Sari boleh pula melayarinya DI SINI.

Terima kasih daun keladi jua kepada pihak Istana Budaya  dan Nurul yang merealisasikan jemputan ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan