Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

10 PELANGGAN GUARDIAN/PETRON TERIMA HADIAH BERNILAI RM500K


Dah lama sebenarnya Kak Fas tidak hadir pada majlis anjuran Guardian. Last sekali masa 'Anna Sui' pun termiss sebab terlupa huhu....

Jadi pada kesempatan event terbaharu yang diundang baru-baru ini Kak Fas betul-betul tidak mahu melepaskan peluang malah pesan pada Bee Abdullah agar anta 'gentle reminder' kata orang.

Dan tepat sekali sehari sebelumnya, Bee yang menguruskan hal jemputan 'resend' reminder... terima kasih Bee.

Sebenarnya antara tujuan utama Kak Fas mahu sangat ke event   Win a Home Makeover (WAHM) Guardian yang berlangsung di Berjaya Times Square semalam disebabkan mahu berjumpa dengan Bee (tengah) dan juga Farahani (Fara, kanan) (yang kini bertugas di Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, sebagai Penolong Pengurus, Perhubungan Awam dan Kerajaan).

Mesti you alls nak tanya kenapa kan?

Sebab kedua-duanya baik Bee atau pun Fara adalah teman rapat Kak Fas lama dahulu ketika mereka berdua menjadi PR kepada sebuah firma perhubungan awam yang sering mengundang Kak Fas untuk membuat liputan khususnya bagi klien mereka ketika itu, 'SK-II'


Semasa itu pun Kak Fas masih bertugas dalam kumpulan Utusan bagi majalah WANITA dan selepas itu pula menulis  sambilan untuk majalah PEREMPUAN.

Jadi, kami sering berjumpa... dan tup tup Bee 'hilang' entah ke mana. Kak Fas hanya dapat bertemu dengan Fara apabila dia sudah bekerja dengan Guardian. Pastu dengar Bee pula 'join' menguruskan event bagi pihak Guardian... tu yang dapat bertemu semula huhu....

Alamak terlanjur cerita sudah... ok kembali pada topik Win a Home Makeover (WAHM) Guardian...

Seramai kira-kira lima puluh peserta akhir peraduan Win a Home Makeover (WAHM) Guardian telah berentap dalam pertandingan akhir yang bercorak realiti untuk merebut pakej hias semula kediaman berjumlah RM500,000.

Wow... hebat hadiah tu... untung laa siapa yang menang...

Kisahnya... 



50 finalis telah dipilih daripada lebih satu juta penyertaan yang diterima untuk peraduan WAHM,  yang telah berlansung dari 6 Julai sehingga 7 September lalu.

Anjuran bersama  Guardian Malaysia dan Petron Malaysia, peraduan dilangsungkan bersempena sambutan ulang tahun Guardian Malaysia yang ke-50.

Sebelum kesemua  peserta bertuah melaksanakan tugasan peringkat akhir, Pengarah Pemasaran Guardian Health And Beauty Sdn Bhd, Ms. Christina Low dalam ucapannya berkata, “Kami ingin memberikan hadiah yang bermakna kepada para pelanggan kami di atas sokongan dan kesetiaan yang mereka berikan selama 50 tahun lalu.”

"Kami merasakan pakej hias semula kediaman ini adalah hadiah yang cukup berharga, dimana ia membolehkan kami menjadi sebahagian daripada detik-detik bermakna dalam kehidupan para pelanggan kami, dengan memberikan mereka suasana kediaman yang lebih selesa.

Christina turut berkata bahawa dengan kerjasama Petron, ia memudahkan pelanggan untuk menyertai peraduan itu. Pembelian minimum RM10 di mana-mana stor atau e-stor Guardian melayakkan mereka untuk mendapat satu penyertaan. Begitu juga dengan ahli-ahli P Miles yang mengisi petrol minimum RM10 dalam satu resit, secara automatik mereka layak untuk mendapat satu penyertaan.

“Saya sangat gembira untuk mengatakan bahawa peraduan ini adalah sebuah kejayaan yang besar. Guardian dan Petron telah menerima lebih satu juta penyertaan dari seluruh negara dalam tempoh yang cukup singkat iaitu dua bulan!” tambah beliau.

Sementara itu, Ketua Perniagaan Runcit Petron, Puan Faridah Ali yang turut hadir berkata, “Kerjasama dengan Guardian ini memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menghias semula dan memperbaharui kediaman mereka. Dalam usaha kami untuk terus menghargai sokongan pelanggan, kami kekal komited dalam menawarkan lebih nilai apabila mereka mengisi minyak di Petron.


"Menerusi program Petron Miles, kami dapat memberi lebih penjimatan, lebih ganjaran dan yang paling penting, pengalaman ‘Fuel Happy’ kepada pelanggan Guardian dan Petron,” tambah beliau.

Mengulas tentang format bercorak realiti dalam menentukan pemenang-pemenang hadiah utama, Christina menjelaskan: “Tujuan kami adalah untuk memberikan cabaran yang seberapa sengit dan menarik mungkin, agar kesemua 50 finalis mempunyai peluang sama rata dalam merebut hadiah utama iaitu SEPULUH pakej hias semula kediaman bernilai RM50,000 setiap satu.

Ia juga menjadi matlamat kami untuk memupuk semangat setiakawan dan kesukanan dikalangan para pelanggan di samping menjadikan ini satu momen yang akan diingati oleh semua peserta.

Di penghujung cabaran selama satu jam itu, 10 daripada mereka telah berjaya membawa pulang hadiah utama bernilai RM50,000 setiap seorang. Setiap pakej adalah beserta pengubahsuaian dalaman bagi ruang tamu, dapur dan bilik tidur utama, serta peralatan elektrik daripada Kuvings.

Untuk 40 finalis lain, mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Sepuluh pemenang tempat pertama menerima petrol percuma untuk setahun daripada Petron, bernilai RM4,000 setiap seorang. Sepuluh pemenang tempat kedua menerima baucar Guardian bernilai RM2,000 setiap seorang dan 20 yang lain menerima mata ganjaran Petron Miles bernilai RM1,000 setiap seorang.

Terasa rugi pulak terlepas peluang ni kan? Padahal Kak Fas sering gak beli minyak Petron dan shopping kat Guardian... macam mana boleh terlepas pandang ni haha...takpe 'next time' huhu...

Tahniah kepada semua pemenang...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan