APA KAH 'BADI' 'HANYUT' SUDAH DIBAWA ARUS?
Filem ini menelan RM18 juta malah pembikinannya pernah tergendala serta menghadapi pelbagai cabaran serta rintangan dalam perjalanannya menuju layar perak...
Terfikir juga barangkali ada 'badi' di sebalik judulnya 'HANYUT'?
Walaupun tayangannya mendapat tempat di pawagam luar negara terlebih dahulu 'Hanyut' arahan pengarah U-Wei Saari hanya mampu ditonton rakyat Malaysia pada November tahun lalu. Itu pun berdasarkan daripada laman sesawang FINAS, tayangan filem ini hanya mampu meraih kutipan RM76,486 selepas 12 hari ditayangkan.
Hakikatnya... 'hanyut' jua lah duit kos pembikinannya yang mencecah RM18 juta itu....
Kegagalan 'Hanyut' terus menerus dihimpit apabila gagal meraih Anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 29 tahun lalu walau pun berada pada 'top 5' pencalonan dimana filem "Adiwiraku' berjaya dinobatkan Filem Terbaik mengalahkan juga tiga filem lain iaitu Redha, Interchange dan Desolusi.
Tetapi 2017 nampaknya memberi sinar cahaya pada 'Hanyut' apabila mengungguli kategori Filem Terbaik Anugerah Skin 2017 sekali gus mengalahkan 'Adiwiraku,"Interchange", 'Desolasi" (tiga finalis FFM29) selain 'Rock Bro". Malah U-Wei turut menerima Anugerah Pengarah Terbaik FIlem mengalahkan pula pesainnya pada FFM29 Dain Iskandar yang menang sebagai Pengarah Terbaik bagi filem 'Interchange'.
Di samping itu ia mengulangi kejayaan pelakon Diana Danielle meraih kemenangan pada kategori sama seperti di FFM29 iaitu Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada ASK17 kali ini manakala Khalid Salleh diumumkan pemenang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Filem terbitan Tanah Licin ini turut membawa pulang Anugerah Lakon Layar Terbaik di mana pada FFM29 kategori ini dimenangi Saw Teong Hin untuk filem "You Mean The World to Me'.
Keseluruhannya empat anugerah utama ASK17 diraih 'Hanyut' berbanding hanya tiga anugerah pada FFM29 ...itu pun hanya Anugerah Kostum/Busana Terbaik, Penataan Bunyi Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bukannya anugerah 'terutama'.
Barangkali 'badi' 'Hanyut' sudah dibawa arus deras dan hanyut ke lautan besar dengan kemenangan dari anugerah berprestij anjuran Media Prima ini yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC kelmarin. Apa pun tahniah!
Sejujurnya Kak Fas tidak sempat menonton 'Hanyut' dan memang teringin nak tonton filem epic ini...harap TV3 boleh menayangkannya selepas ini...
Sekiranya ini merupakan kemenangan terindah yang tidak dapat dilupakan oleh U-Wei Saari berlainan pula dengan kemenangan pengarah Erma Fatima atau nama sebenarya Fatimah Rahmad, yang turut memenangi kemenangan berganda bagi dramanya 'Pesan Dari Tuhan".
Naskhah terbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd, yang
ditayangkan menerusi TV2 itu turut merangkul anugerah Pengarah Terbaik, Lakon
TV Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama (Remy Ishak).
Ceritanya juga agak menarik di mana drama ini khabarnya pernah ditolak oleh TV3 tetapi diterima oleh RTM setelah diperapkan oleh Erma selama dua tahun.
Dan kini, 'Pesan Dari Tahun' terbukti sebagai Drama Terbaik ASK17. Tetapi kemenangan itu menjadi nokhtah pula kepada Erma yang menyuarakan hasrat tidak mahu bertanding lagi setelah lima kali menang dalam ASK pada kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Cukuplah katanya... beliau mahu memberi laluan kepada pengarah-pengarah baharu melainkan jika karyanya dicalonkan bagi barisan pelakon dan karyawan lain dalam dramanya.... ia membenarkan namun bagi dirinya... ASK17 adalah yang terakhir baginya... memang sesuai pula dengan tema anugerah "mencipta fenomena'.
Inilah fenomena dicipta Erma mahu pun U-Wei Saari ya tak?
Jom lihat senarai penuh keputusan ASK 2017:
Filem Terbaik: Hanyut
Lakon Layar Terbaik: Hanyut
Pengarah Terbaik Filem: Uwei Haji Saari (Hanyut)
Pelakon Wanita Terbaik Filem: Sangeetha Khrisnasamy (Adiwiraku)
Pelakon Lelaki Terbaik Filem: Khir Rahman (Rock Bro)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem: Khalid Salleh (Hanyut)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem: Diana Danielle (Hanyut)
Drama Terbaik: Pesan Dari Tuhan (Rumah Karya Citra Sdn
Bhd)
Pengarah Terbaik Drama: Erma Fatima
Lakon TV Terbaik: TV2: Pesan Dari Tuhan (Rumah Karya
Citra Sdn Bhd)
Pelakon Lelaki Terbaik Drama: Hasnul Rahmat (Kapcai Ayah)
Pelakon Wanita Terbaik Drama: Fasha Sandha (Terima Kasih
Ramadan)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama: Remy Ishak (Pesan
Dari Tuhan)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama: Azizah Mahzan
(Terima Kasih Ramadan)
Drama Rantaian Terbaik: My Sweet Lavender (Orange Tree
Production Sdn Bhd)
Pelakon Komedi Terbaik: Ellie Suriaty (Sayang Papa)
Drama Komedi Terbaik: Budak Ijat (Radius One Sdn Bhd)
Rancangan Majalah Terbaik: TV3: Misi K 2016 (Misi
Kemanusiaan Pulau Cebu Filipina)
Rancangan Realiti Terbaik: TV3: MentorMilenia 2017
(Akhir)
Rancangan Anugerah Terbaik: TV3: Anugerah Juara Lagu 31
Diacarakan
oleh Jihan Muse, Fahrin Ahmad dan Shuk SYJ, ASK 2017 yang juga mencipta fenomena apabila Jihan mengandung enam bulan...persembahan ASK17 memperlihatkan beberapa fenomena dicipta industri hiburan melalui nyanyian dan persembahan dari zaman KRU hingga pada era Haqim Rosli mahu pun "Jampi" Hael Husaini.
MIA - ala KRU yang dianggotai Abam, Mark Adam dan Essey. |
Pada akhir majlis Kak Fas sempat seketika ke pos party dan kebetulan pula bertemu dengan Azhar (bekas karyawan MIG) yang bersamanya Kak Fas lihat mirip wajah Siti Saleha....
Dan apabila didekati baharulah teringat orang yang mirip itu tidak lain ialah Sara juara 'clever girl'... orang kampung Kak Fas dari Ipoh Perak.
Walau pun pertama kali bertemua dapat dirasakan Sara seorang yang mudah mesra dan didekati malah dalam perbualan kami yang singkat Kak Fas dapat menyingkap beberapa 'rahsia' di sebalik program 'Clever Girl' yang disertainya.
Tetapi biarlah rahsia kata orang... kerana hal ehwal dalaman elok lah pecah diperut sahaja kan... cuma pesanan Kak Fas pada Sara .... bila dah popular nanti jangan pulak Kak Fas pun dilupakan ya.... haha...
Pada pertemuan itu juga Kak Fas bertembung dengan pelakon "Anu,.. dalam botol ".. Arja Lee yang sentiasa merendah diri dan tidak sombong. Bila jumpa dia mesti salam walau pun Arja Lee memang dah popular pun. Dialah antara pelakon kegemaran Kak Fas... sentiasa rendah diri...
Apa perkembangannya?
"Belum ada lagi tawaran berlakon yang boleh disahkan lagi... agak sepi industri tak tahu kenapa," keluh Arja. Pun begitu, katanya. dia baharu sahaja mendapat satu 'jemputan' tapi masih belum 'confirm' untuk diceritakan. Mungkin dah ada tawaran berlakon kut?
Apa pun Kak Fas doakan moga Arja terus dimurahkan rezeki ya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan