Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GOALGREEN LANCAR 'CTC' BANTU PENGUSAHA KECIL TEKNOLOGI HIJAU


Semasa menerima undangan dari seorang teman untuk bersama menghadiri majlis sidang akhbar mengenai Carbon Token Classic (CTC) di Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGic) di Cyberjaya… Kak Fas agak ‘blur’ dengan tajuk majlis.

Maklumlah Kak Fas ni bukan pakar sangat dalam bidang ekonomi, teknologi mahu pun yang seangkatan dengannya…

Masa di pusat pengajian tiinggi pun subjek ekonomi sekadar cukup makan sahaja malah langsung tiada pengetahuan berhubung sebarang teknologi digital bagai….apatah lagi menjenguk hal ehwal perdagangan antarabangsa…memang kurang berminat.

Tetapi dek kerana CTC ini sesuatu ‘subjek’ baharu yang belum pernah Kak Fas selami atau pun dengar … jadi Kak Fas menerima jemputan dengan hasrat ingin tahu supaya dapatlah Kak Fas melaporkannya pula melalui blog ini kepada pembaca setia…


Majlis sidiang media diterajui Presiden Persatuan Teknologi Rangkaian Hijau dan Karbon Kontrak Malaysia atau lebih dikenali sebagai ‘Goal Green’, Dato Malek Noor dan Pengasasnya, Nik Tree Y.H.

Okey sebelum Kak Fas lanjutkan cerita… sebaiknya Kak Fas mulakan intro mengenai apa itu CTC ya?

CTC, ringkasan bagi 'Carbon Token Classic' merupakan platform pelaburan multi-ICO yang terdesentralisasi pertama di Asia yang memanfaatkan teknologi blockchain  paling canggih dan pintar. Ia menawarkan pembebasan asset kriptografi khas, Karbon Token Classic yang akan mempunyai bekalan maksimum 100 juta unit.

Seiring itu, CTC sedang membina aset digital alam sekitar yang dikenali sebagai Kontrak Karbon Bersepadu (ICC) untuk mewujudkan kesedaran dan membiayai perlindungan isu-isu alam sekitar yang melanda dunia ibu tercinta kita.

Masih tak faham?

Ok meh Kak Fas jelaskan dalam bahasa mudah..



Mengikut kata Sir Nik Tree, “CTC bertindak sebagai jambatan atau platform kepada pengusaha kecil berasaskan teknologi hijau yang mahu mendapatkan dana bagi menjalankan penyelidikan sekali gus merealisasikan impian mereka.”

Menurut Nik, pengusaha yang berjaya mampu menikmati dana sehingga USD 10 juta dalam tempoh lebih kurang tiga tahun permohonan.

Dan sebagai permulaan, Goal Green mensasarkan dapat membantu kira-kra 10 hingga 20 pengusaha kecil tempatan daripada sasaran global sebanyak 100 pengusaha teknologi hijau  meliputi 16 buah Negara dengan nilai manfaat berjumlah USD100bilion.

“CTC lah platform yang boleh membantu pengusaha-pengusaha SME berteknoloi hijau,” yakin Nik Tree.

Beliau menambahkata, CTC bukannya  mata wang digital seperti bitcoin tetapi platform bantuan menggunakan sistem blockchain.

Pembaca mesti tertanya-tanya pulak apa dia sistem blockchain tu kan?

Melalui ‘blockchain’ segala transaksi yang dibuat adalah hampir percuma kerana ia melalui kaedah konvensional  di mana urusniaga dan pemindahan dalam alam siber dilakukan tanpa melalui mana-mana orang tengah umpamanya institusi bank atau mana-mama bank perdagangan. Segala transaki dijalankan tanpa diselia oleh mana-mana pihak berkuasa kewangan di sesebuah Negara.

Kak Fas harap penerangan ini jelas kan?

Dan apabila sudah ada platform bantuan sedemikian … agaknya bagaimana pula cara permohonannya?

Menurut kata Nik Tree, seorang pengusaha boleh melabur token  sekurang-kurangnya 0.001 USD ke dalam CTC bagi melayakkannya membuat permohonan dana namun setiap dokumen perlu diteliti dan di sahkan pakar bertauliah terlebih dahulu.

“Kita tidak akan terus menyerahkan 10 juta sekali gus tetapi akan diberikan secara berperingkat memandangkan segala dokumen dan sebagainya perlu mendapat kelulusan dan pengesahan pakar yang dilantik,” tambah Nik.

Dengan keahlian seramai 50,000, Goal Green bercadang meletakkan Malaysia sebagai satu ejen pengusaha dalam teknologi hijau yang paling besar dalam Asia Tenggara.

“Kami sasarkan dalam masa 10 tahun penjanaan carbon kredit yang akan dibeli oleh Negara China sahaja adalah USD10 trilion,”  Nik Tree membayangkan sambil memohon agar jemputan memberikan tepukan.



Seterusnya kata beliau, dalam G20, peranan teknologi hijau tidak ketinggalan di mana dalam tempoh 8 tahun menjelang 2025, seluruh Asia Tenggara wajib membayar carbon kredit.

“Jadi besar tak pasarannya,” tanya Nik diikuti tepukan darpada ahli dan tetamu yang hadir..

Melihat cara Nik Tree melontarkan pendapatnya  berkaitan perkembangan CTC dalam ekonomi Negara khususnya melalui industri teknologi hijau… Kak Fas yang dengar pun naik semangat walau pun pada hakikatnya  industri teknologi hijau bukan bidang Kak Fas huhu….

Harapan Kak Fas mereka yang memang berminat untuk menjalani penyelidikan dalam industri teknologi hijau tetapi ketiadaan modal boleh manafaatkan tujuan dan visi CTC yang diusahakan oleh Goal Green ini.


Khabarnya, projek yang masih dalam kajian ini akan digerakkan secara aktif menjelang Januari 2018 di mana setekat ini satu projek apprentis bagi CTC sudah pun dijalankan   bersama pelajar universiti.

Selain itu, Goal Green juga sedang merancang penubuhan Koperasi Usahawan Hijau Berhad serta dalam proses menggazet hutan simpanan yang masih belum dapat disebarkan sehingga waktunya.

Kak Fas mengucapkan tahniah pada langkah Goal Green yang sentiasa  berusaha untuk memelihara alam sekitar melalui perdagangan siber menggunakan teknologi kewangan Fin-Tech.

Jika  nak tahu lanjut layari laman sesawang ini http://mawar.carbontoken.com/?lang=bm.. apa pun sila layan 'snippets' video petikan dari berita RTM ini.



Sementara itu, pada kesempatan ini juga Kak Fas ingin mengucapkan selamat menunaikan Umrah kepada jaguh bina badan 'Mr Asia sebanyak 6 kali ini, di mana ketika ini Dato Malek sudah pun berada di Mekah.


Kehadirannya di sana dianggap sebagai impian menjadi kenyataan di mana hasratnya untuk menyambut hari kelahirannya yang ke 63 di hadapan Kaabah dimakbulkan Allah.

"Perjalanan diatur Allah ini cukup indah. Saya tidak sangka hasrat dan impian saya kesampaian hasil rezeki yang diperoleh daripada mengacara program Astro - Sukan Ke Laut,: tambah Malek yang akan berada di Mekah selama dua minggu sejak pemergiannya pada 8 November lalu seraya bakal menyambut hari lahirnya pada 13 November sebelum pulang ke tanah air.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana seorang jaguh bina badan boleh terlibat dalam industri teknologi hijua?

Bila ditanya kepada Dato Malek.. ringkas sahaja jawapannya..."sebab saya suka hijau dan alam sekitar yang segar."





Tiada ulasan:

Catat Ulasan