GUARDIAN SEDIAKAN 50 SET HADIAH KHAS KRISMAS
Kak Fas rasa amat bertuah dilahirkan di bumi Tanah Melayu atau Malaysia amnya...
Kenapa?
FARA, Kak Fas dan Bee.... |
Hanya di Malaysia... kita berpeluang meraikan bersama pelbagai perayaan berbilang kaum baik Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali, mahu pun Krismas malah banyak lagi yang diraikan masyarakat di sebelah Semenanjung Timur.
Terkini dan yang hampir menjelang tentulah sambutan Hari Krismas yang dirayakan oleh penganut Kristian setiap tahun pada 25hb Disember.
Malah Disember bukan sahaja menyaksikan perayaan Krismas tetapi Disember yang merupakan bulan akhir tahun serta bulan cuti persekolahan menjadikan ia satu-satunya bulan yang banyak perayaan terutama sekali sambutan Tahun Baharu.
Memandangkan tidak lama lagi...Krismas akan disambut... rata-rata pusat membeli-belah menghiaskan bangunan masing-masing dan tidak terkecuali juga pelbagai hadiah cantik disediakan.
Iyalah Hari Krismas bukan kah hari pemberian hadiah bagi yang menyambutnya.
Pertukaran hadiah antara keluarga sudah menjadi satu kemestian pada Hari Krismas. Dan kerana itu jugalah Guardian Malaysia memperkenalkan rangkaian
set hadiah istimewa yang menarik seiring dengan trend global terkini bagi
memenuhi kehendak pengguna yang menginginkan produk yang memberi inspirasi
untuk musim perayaan yang bakal tiba.
Set-set hadiah eksklusif, berpatutan dan praktikal itu telah
diperkenalkan di sebuah jamuan khas bersama media yang dianjurkan oleh Ketua
Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr Soren Lauridsen dan
pasukan pengurusan kanan beliau baru-baru ini.
Tak sangka pula bilik acara dihias dengan 'table setting' tersusun rapi lengkap dengan kad nama media dan bloggers yang hadir lagi...,... nasib baik Kak Fas hadir sebab pada hari itu memang ada hal sebenarnya tetapi dek kerana adik-adik kesayangan Kak Fas yang menjemput, Bee dan Farahani ...Kak Fas harus hadir..... Dan berada di dalam bilik jamuan tu dah macam sambut jamuan Krismas lak rasanya....
Tak sangka pula bilik acara dihias dengan 'table setting' tersusun rapi lengkap dengan kad nama media dan bloggers yang hadir lagi...,... nasib baik Kak Fas hadir sebab pada hari itu memang ada hal sebenarnya tetapi dek kerana adik-adik kesayangan Kak Fas yang menjemput, Bee dan Farahani ...Kak Fas harus hadir..... Dan berada di dalam bilik jamuan tu dah macam sambut jamuan Krismas lak rasanya....
Set-set hadiah eksklusif yang dipertontonkan terdiri daripada
produk-produk kesihatan dan kecantikan. Ia dipek dengan teliti dan cantik bagi memenuhi kepelbagaian gaya hidup para pelanggan.
“Kebanyakan barangan tersebut datang dari Asia, dan daripada Own Brand Guardian. Ini kerana kami
sangat bangga dengan produk jenama kami sendiri kerana ia menawarkan kualiti
pada nilai hebat! Dan sebagai sebahagian daripada matlamat Guardian untuk
sentiasa berdaya saing, kami berusaha keras untuk mengekalkan harga yang sangat
berpatutan.” ujar Lauridsen dalam ucapan aluannya.
Beliau turut berkongsi pandangan tentang falsafah perniagaan Guardian Malaysia: yang berlandaskan keperluan pengguna untuk produk-prouk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti tinggi pada harga berpatutan.
"Sejak kami
bermula, kami bangga kerana dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan
berjenama kepada pengguna.
"Contohnya seperti hadiah-hadiah musim perayaan. Para pelanggan kami tahu bahawa Guardian adalah destinasi yang harus dituju jika mereka mencari set-set hadiah menarik untuk yang tersayang, " jelas Lauridsen.
"Contohnya seperti hadiah-hadiah musim perayaan. Para pelanggan kami tahu bahawa Guardian adalah destinasi yang harus dituju jika mereka mencari set-set hadiah menarik untuk yang tersayang, " jelas Lauridsen.
Sejak itu, reputasi dan perniagaan Guardian Malaysia berkembang ke seluruh negara. di mana terkini pihaknya memiliki lebih 420
stor, yang menawarkan perkhidmatan kepada tiga juta pelanggan setiap bulan.
Soren yang baru mengambil
alih tampuk kepimpinan Syarikat bulan April tahun ini, berkata beliau berharap
untuk terus berkembang di atas asas kukuh yang telah dibina oleh
pemimpin-pemimpin sebelumnya sepanjang 50 tahun yang lalu.
“Kami telah menetapkan
beberapa prioriti perniagaan strategik. Salah satu daripadanya adalah untuk
menjadi sahabat sejati kepada para pelanggan kami. Matlamat kami yang paling
utama adalah untuk berhubung dengan pelanggan, seterusnya membantu memenuhi
keperluan mereka. Seperti seorang sahabat, yang dicari ketika mereka memerlukan
nasihat kecantihan dan kesihatan. Jika usaha ini berjaya, kami akan kekal
sebagai peneraju pasaran dan sebagai peruncit pilihan utama pelanggan,” sambung beliau.
Produk penjagaan diri dan
solekan dalam set-set hadiah tersebut telah dipilih dengan teliti untuk
mencerminkan trend warna terkini yang popular di kota-kota fesyen utama Eropah
dan Asia.
Ia telah digabungkan ke dalam 50 set hadiah yang berbeza, dengan
harga serendah RM19.90 untuk set mini penjagaan tangan.
Guardian Malaysia, percaya
variasi set-set hadiah itu cukup untuk memenuhi selera pengguna, sama ada
golongan muda dan bergaya atau mereka yang berani dan sofistikated.
Melihat pada set bungkusan hadiah yang disediakan ternyata memikat. Sudah tidak perlu dirombak mahu pun dipek sendiri memandangkan kesemua barang sudah dipek sempurna dan cantik untuk terus diberikan sebagai hadiah.
Memang cantik Kak Fas tengok.... seronok kalau dapat hadiah macam ini setiap tahun kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan