Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

REEN RAHIM TOLAK PINANGAN HINGGA 20 KALI. DAH KENAPA?


Jika Kak Fas sebut nama penuhnya, Noreen Ashikin binti Abdul Rahim mesti ada yang tertanya-tanya siapa gerangan kan? Tetapi kalau sebut Reen Rahim....ha dah tentu satu malaya kenal siapa yang dimaksudkan itu.

Ya Reen Rahim antara pelakon muda berusia 29 tahun yang mula aktif pada tahun 2012 selepas menjuarai pentas Pilih Kasih musim ketiga.

Dan setahu Kak Fas juga, pelakon wanita ini masih 'single' dan belum berkahwin tetapi tup tup kedengaran Reen Rahim menolak pinangan ke 20? Biar betul atau cuma gosip semata?

Dah kenapa pula banyak pinangan ditolaknya bahkan dah sampai pinangan ke 20 gitu?

Haha...peminat Reen jangan gelabah ya... Reen cuma bagi syarat akan menerima pinangan ke 20 dalam telemovie terbaharunya berjudul "Pinangan ke 20" yang bakal anda saksikan di telemovie siaran RTM pada 25 November ini, pukul 3.05 petang di saluran TV1 ya...

Mengangkat kisah tentang majlis perkahwinan,... al maklum sudah masu musim orang berkahwin pada cuti sekolah ini.... “Pinangan Ke-20” mengetengahkan lakonan mantap Reen Rahim, Zahiril Adzim, Aeril Zafril, Anne Abdullah, Dato’ Nash (Lefthanded) dan Sheila Mambo.

'Pinangan Ke-20' memaparkan kisah seorang gadis bernama Balqis yang selalu gagal dalam percintaan. Umurnya pula semakin hari semakin meningkat. Situasi itu ternyata membuatkan ibubapanya sudah mula gelisah kerana dia masih belum berkahwin. Ibu Balqis mendesak Balqis supaya cepat mencari jodoh. Mereka tidak mahu digelar andartu.

Meskipun berat menerima kenyataan itu, Balqis akhirnya akur. Namun dia sengaja mengenakan syarat kepada ibu dan bapanya bahawa dia akan menerima pinangan orang yang ke 20. Ibu bapanya juga terpaksa menerima syarat diberikan anaknya itu.

Masa berlalu maka ramailah yang hadir meminang Balqis. Akhirnya dalam keadaan yang terdesak, dia menerima pinangan yang ke 20 seorang lelaki bernama Aariz. Tetapi kemudiannya dia bertindak memutuskan hubungan yang baharu terbina tanpa usul periksa kerana mendapat tahu pemuda itu ada hubungan dengan wanita lain.

Dalam situasi yang genting itu Aariz cuba menerangkan situasi sebenar namun tidak dipedulikan oleh Balqis. Dia tetap dengan pendiriannya. Hinggalah satu hari dia menyedari kesilapannya dan kebenaran sebenar terbongkar rupa-rupanya itu adalah perbuatan seorang lelaki yang pernah meminangnya tetapi ditolak.

Apabila Balqis mengetahui kesilapannya, dia dengan rasa bersalah yang teramat sangat cuba untuk meminta ibubapanya pergi bertemu ibu bapa Aariz untuk meminangkannya semula. Pada mulanya ibu bapa dia enggan kerana tidak pernah dibuat orang wanita meminang lelaki, akhirnya ibu bapa Balqis bersetuju.

Namun adakah Aariz pula bersetuju menerima semula Balqis? Ikuti kesudahannya dalam telemovie ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.   

Menarik gak baca sinopsis telemovie ni kan... nak tengok lah nanti...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan