Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SANTAI SELEBRITI, MEDIA MERIAHKAN LUBUK TIMAH RESORT, PERAK


Pix: Anita Entertainment & Productions

Sudah lama rasanya Anita Entertainment yang diterajui Anita Yusuf tidak mengadakan program Santai Selebriti Media sejak beliau sebuk dengan acara motosikalnya.

Terakhir Kak Fas ke event Anita semasa program ekspedisi Hari Kebangsaan bulan Ogos lalu di Restoren Rebung.

Dan baru-baru ini Kak Fas terima undangan dari Anita untuk bersama ke program  Santai Selebriti Media  tetapi malangnya Kak Fas tidak dapat hadir kerana urusan lain.

Bukannya tidak mahu ikut tetapi keadaan tidak mengizinkan walhal Kak Fas lah orang yang sering tidak mahu ketinggalan mengikuti santai selebriti media bersama Anita jika ada kelapangan.

Tetapi kerana mahu memberi sokongan Kak Fas terima rangka cerita yang diserahkan oleh Anita untuk disiarkan dalam blog ini....



Bezanya kunjungan kali ini... Anita bukan penganjur sepenuhnya tetapi bertindak sebagai koordinator media bagi pihak penganjur Lubuk Timah Resort Hot Springs, Simpang Pulai, Perak dengan sokongan pihak 'Visit Perak'..... cuma masih mengekalkan tajuk 'Santai Selebriti Media". Dan khabarnya penyanyi Shidee merupakan perantara kuat dalam merealisasikan program ini.

Kenapa Perak?


Sudah tentu ia sempena mempromosikan Tahun Melawat Perak 2017 di mana seramai 30 orang terdiri daripada artis dan media serta  kumpulan.penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh Malaysia memeriahkan acara yang berlangsung selama 3 hari 2 malam.

Antara para artis yang hadir terdiri daripada Salwa Abdul Rahman, Rohana Jalil, Man.Raja Lawak, Ibnor Reza, Shidee, Hail Amir, Seri Sarimah, Syeera Mentor, Syeera Hartawan.dan Royce Saayan.

Manakala kumpulan.penunggang motosikal berkuasa tinggi pula di hadiri antaranya 
dari Persatuan.Bikers Anak Perak ,(PAP), Yeop Chopper Perak, Ipoh Bikers, Iktiraf Bikers KL -bodyguards motor escort team (BMET ), Benelli Melaka dan Loudness Group.

Kehadiran rombongan kecil dari Kuala Lumpur disambut dengan pelbagai aktiviti santai serta menarik yang diraikan bersama lebih kurang 1,000 orang penduduk setempat.




Sudah tentu antara acara yang menggamatkan berupa permainan sukan telematch seperti Tree Top Challenge dan sebagainya manakala pesta Makan Durian dinikmati sepuasnya oleh semua...

Aduh... durian memang favourite Kak Fas... 'miss' la pulak.... dapat bayangkan je lah Kak Fas ooi...melepassss....

Apa pun yang pasti tidak terlepas setiap kali program Santai Selebriti Media diadakan... sudah tentu acara persembahan hiburan pada sebelah malam dengan para artis yang hadir menghiburkan para tamu resort dan penduduk setempat.

Daripada gambar-gambar yang Kak Fas terima.. dapat dibayangkan betapa meriahnya program apatah lagi apabila konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi bersama anggota polis mengelilingi kawasan bagi mempromosikan kempen 'Go Green, Visit Perak ke Lubuk Timah Resort'.

Sejujurnya, walau pun Kak Fas orang Perak.. belum pernah ke Lubuk Timah Resort ini malah baharu je tahu adanya resort yang mampu menampung kira-kira 300 pengunjung dalam satu masa ini.


Jika anda pun belum tahu mengenai resort ini ... meh Kak Fas 'story' sikit mengikut kata Anita...

Pusat Rekreasi Lubuk Timah (Prelut ) merupakan sebuah pusat rekreasi air terjun dan air mata panas semula jadi (hotsprings) dengan ketinggian antara 40-50 kaki. Jadi sesiapa yang suka merendamkan kaki dalam air panas eloklah datang ke sini ya huhu...


Dilengkapi dengan .kemudahan seperti chalet, .tapak perkhemahan, dom,.gazebo..dan juga kawasan riadah bagi aktiviti luar yang sesuai untuk  'team building' .dan cabaran sukan lasak .




Kedudukannya yang  strategik antara Bandaraya Ipoh dengan  Cameron Highlands mampu menggamit pelancong untuk singgah dan berehat buat semalam dua sebelum menyambung perjalanan ke Utara mahu pun Selatan.
..
Terdapat 4 buah kolam kecil dan sebuah kolam besar air panas dengan .keluasan sekitar  200-250 kaki persegi.

Pendekata, Lubuk Timah Resort menyediakan pelbagai pasarana bagi yang inginkan.percutian yang dikelilingan alam.kehijauan.semula jadi, 

Sambil rehatkan badan dengan berendam dalam air panas  atau pun berekrasi menunggang kuda yang di sediakan.sekali pun, Lubuk Timah mampu memuaskan percutian anda.

Bak kata En Fadzil bin Dato Wira Yusuf (pix kanan, tengah).Pengarah Urusan Lubuk.Timah Resort, kehadiran artis, media dan bikers mampu mewarnai suasana persekitaran malah aktiviti yang diatur bertepatan dengan Tahun Melawat Perak.

"Dengan acara begini, ia bukan sahaja dapat mempromosikan resort malah diharap mampu memberi kesedaran kepada khalayak yang selama ini tidak tahu wujudnya sebuah destinasi eko tourism yang boleh dinikmati di Perak." ujar beliau.

Turut hadir pada program terdiri daripada CEO Lubuk Timah Resort, Dato Wira  Mohd Yusuf Kassim (juga ahli Majlis Batu Gajah) serta Encik Zolkepli Uda sebagai Pengurus Resort.

Bagi yang berminat untuk.mengetahui lebih lanjut dan.penempahan.percutian.atau seminar dan sebagainya boleh.menghubungi..Puan Hazarina di talian 0192449056 atau 0134335361 (Encik Fansuri ), 017-4926129 ( Encik Aiman ) atau  melayari facebook Pusat Rekreasi Lubuk Timah,.


..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan