'UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR' PENYELESAIAN KEHENDAK LEWAT MALAM
Sejujurnya… Kak Fas bukanlah seorang ‘kaki’ pasar malam…jarang-jarang’
sangat memetik kata Seniman Agung P. .Ramlee dalam cerita “Nujum Pak Belalang”…
anda ingat kan dialog tu hihi…
Sebuah filem yang beberapa kali tonton pun tak jemu…. Oops terlanjur
sudah… kembali ke kisah pasar malam…
Mengapa Kak Fas jarang ke pasar malam?
Kerana dengan lokasi yang terletak di bawah awan gelap
bercahayakan lampu jalan dan lampu setiap gerai di sebuah lorong panjang …
sudah tentu ramai yang bersesak-sesak. Jadi Kak Fas tak selesa membeli barang berebut-rebut.
Kadangkala nak membeli pun payah sebab terlalu ramai pengunjung… dan yang kedua tak semua pun barangnya murah… kadang kala lebih
mahal daripada harga pasaran biasa…
Tetapi apa yang Kak Fas nak ‘story’ pada you alls ini agak
ada kelainannya walau pun intipatinya al kisah pasar malam…
Apa keistimewaannya?
Namanya UPTOWN PUCHONG NIGHT BAZAAR (UPNB) atau dalam bahasa Melayu mudah ialah “Bazaar
Malam Uptown Puchong”.
Dah namanya pun Puchong kan jadi sudah tentu letak lokasinya
di Puchong?
Nama Puchong tu pun agak fobia bagi Kak Fas sama dengan nama
‘pasar malam”.
Jika Kak Fas jarang jarang ke pasar malam begitu juga Kak
Fas jarang jarang ke Puchong sebab kawasan itu memang berapa kali Kak Fas pergi
pun selalu sesat dan ‘blur’.
Dek kerana itulah Kak Fas meminta jasa baik PR tersayang Kit
Rushuhaimin (kiri) yang mengatur pertemuan ke UPNB untuk menumpangnya ke sana apatah
lagi ‘assignment’ tu berlangsung lewat malam.
Tentu kalau Kak Fas pergi seorang akan sesat baratlah
jawabnya walau pun ‘waze’.... sebab malam kan sukar nak mengecam jalan sambil
berwaze… dan banyak pulak simpangnya huhu…
Terima kasih Kit sudi mengambil Kak Fas … jasa mu ku kenang…
Menjawab pertanyaan apa istemewanya pasar malam berkonsep moden ini?
Menurut En Shafiq Mansor (kanan) , Pengurus Acara Mayfair Assets Sdn Bhd,, Uptown Puchong Night Bazaar ini merupakan yang pertama dalam Malaysia berkonsep moden dan tersusun yang beroperasi sehingga larut malam iaitu dari jam 6 petang hingga 3 pagi.
Aduh! bila sebut '3 pagi' teringat pulak lagu P. Ramlee juga yang berjudul 'Pukul 3 pagi' dari filem 'Madu Tiga' hihi....
Iya... sekiranya anda kehabisan apa-apa sahaja samada alat DIY seperti screw driver dan sebagainya mahu pun perlu sesuatu produk yang terlupa nak beli pada siang harinya boleh sahaja memandu ke UPNB yang dibuka sehingga pukul 3 pagi.
Kelainannya bazaar malam ini tidaklah terletak di sebatang jalan panjang sahaja tetapi dibina dalam sebuah bangunan berbumbung, Ada juga ruangan luar yang tanpa bumbung tetapi bahagian ini untuk ruangan jualan gerai di kawasan yang dinamakan "Sepang Walk" manakala sebahagian lagi pada ruang hadapan yang terdapat skrin LCD besar serta pentas untuk 'live buskers' membuat persembahan.
Terkejut juga apabila pada malam para bloggers berkunjung, beberapa orang daripada kami diminta menyumbangkan lagu di mana antara yang sempat diundang ke pentas ialah Budiey, Reef dan Puteri.
Malah Kit yang dijemput sebagai "ketua blogger' haha...pun diundang sebagai penyanyi pertama tetapi sudah tentulah Kit menolak... dia bukan blogger dek ooi.. dia PR setia kami huhu...
Apa pun kunjungan kami didahului dengan makanan 'shellout'... seafood you alls... nah selambak di atas meja...
Ini kali kedua Kak Fas 'bershell out' selepas menikmati hidangan seumpama di Shellout Lambak di Klang beberapa bulan lalu semasa mengikuti rombongan Gaya Travel.
Apa pun 'shell out'di UPNB ini tidak terkecuali sedapnya walau pun isi beberapa seafood agak kecil... rasa tak puas lak.. nak cuba lagilah nanti...
Selepas kekenyangan, Shafiq membawa kami 'tour' UPNB dan ini ceritanya.......
UPNB mula beroperasi dua tahun lalu oleh LDP-Mayfair Assets dengan visi untuk menyediakan platform kukuh bagi para usahawan seluruh negara memula dan mengembangkan perniagaan mereka.
Mengandungi 400 unit kedai yang menampilkan pelbagai jenama dan produk dari aksesori telefon, pakaian, kedai kasut, minyak wangi dan banyak lagi malah ada juga kedai gunting rambut you alls....
Pendekata kata macam-macam ada seperti slogan iklan Astro dulu haha...ingat kan?
"You name itu, Uptown Puchong Night Bazaar' has it."....cakap orang putih sikit ya huhu///
Lebih menarik lagi.. ada ruangan untuk disewa bagi sebarang event khas dengan harga yang cukup murah seperti kawasan lapang di belakang yang berukuran 7,200 persegi boleh disewa untuk 'jualan gedung atau warehouse sale' dengan kadar RM1,000 sahaja.
Selain itu pada ruangan di mana wujudnya lukisan graffiti yang berwarna warni anda boleh menyewa ruang berukuran 8 x 8 pada harga RM5 sehari.
"Disini pernah diadakan Bazaar Raya dahulu," kenang Shafiq.
Istemewanya,.. setiap penyewa contohnya seperti gerai makanan, pihak pengurusan menyediakan kesemua kelengkapan dapur jadi ;vendor' hanya perlu bawa bahan masakan sahaja.
Kadar sewa yang lebih kurang dua ribu lebih sebulan dikira mampu bayar oleh setiap pemilik gerai di UPNB...
Begitu juga dengan sewaan gerai.. peniaga diberikan kelengkapan sepenuhnya bagi memudahkan mereka berniaga dengan hanya membawa barang jualan sahaja. Mudah kan?
Istemewanya,.. setiap penyewa contohnya seperti gerai makanan, pihak pengurusan menyediakan kesemua kelengkapan dapur jadi ;vendor' hanya perlu bawa bahan masakan sahaja.
Kadar sewa yang lebih kurang dua ribu lebih sebulan dikira mampu bayar oleh setiap pemilik gerai di UPNB...
Begitu juga dengan sewaan gerai.. peniaga diberikan kelengkapan sepenuhnya bagi memudahkan mereka berniaga dengan hanya membawa barang jualan sahaja. Mudah kan?
Apa pun ketika tiba pada ruang dinding grafiti, kita orang tidak melepaskan peluang bergambar........ cantik kan buat kenangan...rugi kalau tak bergambo di sini...Nak gambar cantik dan warna warni macam ini cepat pergi malam ini ya...
Pada yang suka lepak-lepak waktu malam boleh ke bilik karaoke yang tersedia atau pun sekadar minum di ruang legar berhadapan skrin LCD besar tadi...
Soal keselamatan jangan risau dan ragu...malah UPNB mempunyai pasukan pengurusan dan acara 'In house' sendiri yang bertanggungjawab untuk penjenamaan dan peningkatan promosi.
Ini benar-benar terjadi waima semasa kami di sana seorang pengusaha kedai kasut, KRU World Shoes yang maklum dengan kehadiran kami menghubungi Winnie (pihak pengurusan) untuk mempelawa kami berkunjung ke kedainya,
Bijak cara Encik Nazari Zakaria selaku Pengarah Urusan merangkap Pengurus Pemasaran KRU Word Resources yang mentabdirkan kedai KRU World Shoes mengambil kesempatan.
Betul lah kan strateginya... memandangkan kami semua dah ada di situ kenapa tidak mengambil peluang:
Dan memandangkan kami pun sedang santai rehat tidak salah untuk menerima undangan daripada Nazari untuk melihat kedai yang dinamakan KRU Shoes World. Jangan salah anggap lak ya,...ini tiada kena mengena dengan kumpulan penyanyi KRU tu tau hahaha...
Betul lah kan strateginya... memandangkan kami semua dah ada di situ kenapa tidak mengambil peluang:
Dan memandangkan kami pun sedang santai rehat tidak salah untuk menerima undangan daripada Nazari untuk melihat kedai yang dinamakan KRU Shoes World. Jangan salah anggap lak ya,...ini tiada kena mengena dengan kumpulan penyanyi KRU tu tau hahaha...
KRU SHOES WORLD
KRU Shoes World menyediakan pelbagai jenama kasut 'branded' yang bukanlah original tetapi hampir original.
Al maklumlah harganya mampu milik iaitu dalam lingkungan RM200 anda sudah boleh memakai kasut Adidas, Nike dan banyak lagi dengan kualiti yang setara dengan yang asli.
Menurut Nazari, .KRU Shoes World bermula dengan satu lot sahaja sebelum bisnes berkembang.
Bermodalkan RM15,000 sahaja,,, dengan perkembangan yang pantas KRU Shoes World kini sudah berkembang dengan modal RM200,000 - RM300,000 malah menyediakan kasut-kasut desain terbaharu.
"Istemewanya kami tidak menyimpan banyak desain bagi satu-satu jenama agar ia nya eksklusif walau pun bukan original tetapi kualitinya tetap terjamin," tambah Nazari.
Pengunjung boleh memilih kasut-kasut sukan yang bermula daripada saiz 36 hingga 45 dimana produk hasil buatan China ini sering menjadi tumpuan ramai.
Encik Nazari telah bermurah hati menyumbangkan sepasang kasut setiap seorang kepada kami untuk memilih apa sahaja desain yang berkenan... terima kasih daun keladi.
Jadi sesiapa yang berminat dengan kasut berjenama bolehlah singgah ke KRU Shoes World ini ya..
Bila dah tengok terlalu banyak.. sampai rabun mata tak tahu mana nak pilih sebab semuanya cantik-cantik belaka...
Setekat kasut agar rugilah kan kalau beli mahal-mahal tetapi jika membayar RM200... tu kira berbaloi lah boleh beli banyak desain untuk bertukar setiap hari ya tak...
Kak Fas memang rekomen KRU Shoes World ini cuma rasanya elok sediakan lebih banyak pilihan kasut bersaiz kecil untuk golongan wanita ya... sebab setiap kali berkenan pada satu desain tu ... dah tak ada saiz la pulak... laku benor ya... .
Okey la rasanya dah panjang Kak Fas berceloteh... you alls harus pergi sendiri untuk melihatnya sambil 'lepak lepak' bergaya di UPNB yang terletak di Taman Meranti Jaya, Puchong, Selangor ini.
Malah pada musim cuti persekolahan ini pelbagai 'event' diaturkan yang menarik belaka... Nak tahu lanjut layari layari laman web mereka DISINI atau KLIK laman FB mereka ini.
UPNB ini bukan sahaja tempat untuk lepak berhibur tetapi beberapa majlis keagamaan juga pernah diadakan seperti di atas pada bulan April lalu. Sesiapa yang nak anjurkan event seperti ini boleh juga berhubung dengan pihak pengurusan di talian 03-77224372 atau emel sebarang pertanyaan ke info@mayfairassets.com.my.
Max Lim, Kak Fas, Kelly dan Fatin buat pertama kalinya dapat 'lepak' bersama di Uptown Puchong Night Market" baru-baru ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan