Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

APLIKASI 'COVER' LINDUNGI, BAIKI TELEFON ROSAK


Anda setuju tak jika Kak Fas berkata memiliki sebuah telefon bimbit sudah menjadi satu alat kemestian pada setiap orang.

Tanpanya macam tak lengkap... bahkan jika tertinggal sanggup patah balik rumah hanya kerana nak ambil telefon bimbit... begitu pentingnya telefon pada kita semua sekarang ni kan....

Ya lah....kan urusan seharian memerlukan komunikasi pantas jadi dengan adanya telefon pintar dalam tangan banyak yang memudahkan ... cuma janganlah sebuk dengan telefon sampai terlanggar lak orang depan ... ha sape susah...kan..


Okey kenapa Kak Fas berceloteh kisah telefon sebab baru-baru ini Kak Fas diundang untuk ke sebuah majlis yang ada kaitannya dengan alat komunikasi yang penting bagi kita semua ini...

Tetapi sebelum Kak Fas story lebih panjang...nak tanya sikit pernah tak ko orang alami telefon bimbit rosak semasa kita memerlukannya...

Bab ni Kak Fas dah mengalaminya... Disebabkan setia dengan iphone 5 walau pun dah keluar iphone X.... Kak Fas tetap menggunakan phone lama tu..

Dan bila sering guna timbullah pelbagai masalah... rosak skrin LCD lah ... rosak port caj lah sehingga sanggup bawa ke ihospital untuk diperbaiki...

Seingat Kak Fas dah lebih kurang RM900 Kak Fas belanja untuk membaik kerosakan handphone itu ....pendekata boleh sahaja beli yang baharu tetapi 'setia' pada yang lama gitu...



Tetapi kini... bila Kak Fas diberi pencerahan berhubung dengan aplikasi 'Cover'... majlis yang Kak Fas pergi tu... rasa lega pulak...

Dah tak perlu keluar duit banyak lagi kerana selepas ini jika telefon rosak boleh sahaja dibaiki dengan hanya membayar RM90 sahaja sebagai ahli 'Cover' bagi tempoh 6 bulan...

Jimat kan?

Kiranya jika anda berdaftar dengan aplikasi Cover... telefon bimbit anda dilindungi bagaikan insurans gitu... di mana dalam tempoh 6 bulan anda boleh menghantarkannya untuk dibaiki tanpa caj tambahan.

"Cuma jika dalam tempoh bawah daripada 30 hari daripada tarikh pendaftaran, sebarang kerosakan akan dikenakan sedikit caj tambahan tetapi jika selepas 30 hari anda tidak perlu membayar apa-apa lagi," jelas Ketua Pegawai Eksekutif/Pengasas COVER IT Sdn Bhd, Muhamad Zaid Samsuri. 

Zaid memberitahu demikian pada majlis pelancaran aplikasi telefon pintar baharu, Cover bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.

'COVER merupakan sebuah aplikasi inovatif berasaskan penetapan pelan untuk memperbaiki telefon pintar. Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan kemudahan untuk membaiki kerosakan tidak sengaja telefon pintar dan menawarkan penjimatan kos yang ketara.

Yang penting, ia membantu pengguna menjimatkan wang, masa dan tenaga, tambah Zaid.

Bagaimana caranya?



Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan memuat turun aplikasi ini dan melanggan pelan pembaikpulih yang melindungi telefon pintar anda. COVER menawarkan pelan pembaikpulih selama 6 bulan dengan harga hanya RM90.

"Itu serendah 50 sen sehari, " jelas Zaid sambil mendapat tepukan hadirin,
.
Menurutnya lagi, aplikasi tersebut  menyediakan bantuan 24/7 sebaik sahaja  dilanggani.malah telefon bimbit anda dilindungi daripada 10 jenis kerosakan seperti ini:



 Skrin Retak
 Kerosakan Skrin Sentuh
 Kerosakan Kamera
 Kegagalan Bateri
 Kegagalan Butang Halaman Utama
 Kegagalan Port Pengecasan
 Kerosakan Pembesar Suara
 Kegagalan Mikrofon
 Bicu Fon Kepala
 Kegagalan Butang Bunyi

Jadinya, sekiranya anda ada mengalami salah satu daripada kerosakan tersebut, anda hanya perlu menfailkan laporan atau mengemukakan pertanyaan melalui aplikasi COVER.

Anda kemudian akan dirujuk kepada ejen terdekat untuk memperbaiki telefon pintar yang rosak. Ejen COVER berada di lokasi sekitar Lembah Klang.

Aplikasi COVER yang merupakan  cetusan idea Muhamad Zaid dicipta setelah  beliau   mengalami kos pembaikan yang tinggi, masa menunggu yang lama dan kekurangan ejen pembaikan yang boleh dipercayai apabila telefon pintarnya mengalami kerosakan.



Menurut Zaid, objektif COVER ialah untuk memberi pengguna telefon pintar aplikasi mesra pengguna dan pelan pembaikpulih yang mampu dimiliki seraya membantu mereka menjimatkan wang dalam jangka panjang terutama dalam landskap ekonomi yang tidak menentu sekarang.

COVER kini dipasarkan di Lembah Klang dan boleh didapati di seluruh negara tidak lama lagi. malah  tersedia untuk dimuat turun Google Play dan Apple App Store.


Untuk maklumat lanjut tentang COVER, sila layari www.cover4u.com.my atau ikuti mereka di Facebook dan instagram pada cover4uMy. 

Jadi... apa lagi.. kalau ada telefon bimbit dalam simpanan yang dah rosak ... daftar cepat sebagai ahli dan selepas sebulan bolehlah hantar telefon berkenaan untuk dibaiki tanpa perlu membayar apa-apa caj terselindung lagi. Jenama apa pun boleh tau...



Sebagai pelan jangka panjang, Zaid memberitahu bakal membuka pasaran untuk membaik pulih tab atau laptop dengan aplikasa seumpama malah bercadang untuk meluaskan pasaran ke peringkat antarabangsa.

"Dengan cara itu, pengguna boleh membaiki telefon mereka walau pun ke luar negara. Itulah harapan dan visi kami," Zaid menaruh harapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan