Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JELAJAH 9 PUSAT MEMBELI-BELAH BBKLCC, TAMPIL DEKORASI KRISMAS


Jauh perjalanan luas pemandangan kata orang.....

Tepat sekali kerana inilah yang akan Kak Fas ceritakan kala bersama 21 media dan rakan blogger lain menyertai 'Media Fam Tour' anjuran Persatuan Pelancongan  BBKLCC di sekitar kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kalau ko orang nak tahu kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur ini meliputi 10  pusat membeli-belah ternama dan popular di kalangan pelancong dan juga masyarakat tempatan - Avenue K, Suria KLCC, Berjaya Times Square, Plaza Low Yat, Sungei Wang Plaza/Bukit Bintang Plaza, Lot 10, Farenheit88, Starhill Gallery dan Pavilion KL.

Menjelajah ke semua 10 mall itu merupakan satu perjalanan yang menarik walau pun penat waima hampir empat jam tempoh 'tour' berakhir sebelum menikmati jamuan makan malam yang dihoskan oleh pihak pengurusan Pavilion KL.



Berpandukan pada tema 'Krismas'... perjalanan kami bermula dari Avenue K, sebuah pusat membeli-belah terletak berhadapan Suria KLCC, di mana kami dipertontonkan dengan sebuah dekor Krismas yang memberikan  pemandangan seolah-olah  berada di kota London.

"The Glittering Christmas Escapade" menjadi tunjang kepada hiasan deko Krismas Avenue K dengan menampilkan bangunan-bangunan ikonik di London seperti 'London Bridge,'  dan "Big Ben" yang sering menjadi tumpuan pelancong apabila ke kepulauan British ini.


Tentulah Kak Fas teruja melihatnya kerana ia membawa nostalgia yang cukup menarik untuk dikenang waima  Kak Fas pernah tinggal  di London selama 5 tahun malah bersekolah menengah di sana sewaktu ayahanda bertugas.

Terletak di bahagian tengah Atrium, pengunjung boleh  menikmati suasana berada di sebuah taman Inggeris lengkap dengan pokok Krismas bercahaya dengan lampu dan kilauan salji putih.



















Lebih menarik lagi apabila pembelian sehingga RM300 atau RM250 ke atas bagi ahli kad AK dalam dua resit yang boleh digabungkan sekali antara 24hb November hingga 27 Disember, pembeli berpeluang memenangi hadiah percutian ke London, Amsterdam atau Paris,,,, juga hadiah-hadiah sampingan lain bernilai RM500.


Tetapi sudah tentulah ada beberapa lagi aktiviti yang anda perlu lakukan untuk kemenangan tu ya tak.... sebab bukan sesenang kacang tau nak bagi tiket ke London... mahal tu... huhu...



Jika nak tahu caranya boleh sahaja KLIK DI SINI dan ikuti kalendar aktivitinya yang boleh anda sertai bersama keluarga sehingga 27 Disember ini. 

Waktu operasi Avenue K bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Info lanjut hubungi +603 2168 7888.

Selepas mendengar taklimat dan ucapan ringkas daripada BBKLCC, rombongan 'Ms Shopia" ini diteruskan dengan berjalan anak ke jiran tetangga Avenue K iaitu Suria KLCC, sebuah pusat membeli-belah berprestij yang tersergam bangunan ikonik 'Petronas Twin Tower".

Sesiapa yang berkunjung ke Kuala Lumpur jika tak melawat bangunan berkembar Petronas ini dikira 'tak sah' lah kunjungan hihi...

Maunya tidak.... sebab bangunan 88 tingkat dengan ketinggian 451.9 meter ini juga dilengkapi dengan struktur penghubung antara menara dan jambatan 2 tingkat tertinggi di dunia. Rugilah kan kalau tak melawat.



Lebih menarik lagi pada musim Krismas ini, pengunjung boleh bersantai dan menikmati suasana ala berada di hutan natal dikutub Utara, tempat asalnya Santa Claus.

Ya dengan tema 'Santa's Enchanted Village'...kawasan tengah Suria KLCC dibina sebuah kotaj (pondok) dua tingkat yang disambungkan ke sebuah rumah pokok oleh jambatan kayu mencipta mood berada di hutan berkenaan.

Dipersekitarannya dikelilingi pokok-pokok pinus dengan yang paling tinggi berukuran 30 kaki disebelah pondok serta pokok larch dihiasi perhiasan krismas mempersonakan dengan cahaya lampu begermelapan pada beberapa ekor rusa.

Cantik sungguh sehingga 'gatal' sahaja tangan nak ambil beberapa keping gambar  di situ. Dan apabila berada di Suria KLCC juga ....jangan pula lupa untuk ke bahagian luar esplanade di mana seperti tahun-tahun sebelumnya sejak 2014, tersergam sebuah pokok Krismas replika paling tinggi tercatat dalam Malaysia Book of Records iaitu setinggi 100 kaki.

Pokok Krismas sebesar 14 meter ini akan berada di Suria KLCC sehingga 2 Januari... jadi pada musim cuti sekolah ini.. eloklah mengambil kesempatan untuk berhibur dan bergambar dengannya ya....


Tetapi sambil berhibur tu ... jangan lupa membantu mereka yang kurang bernasib baik... 

Caranya mudah sahaja,,, dengan menderma RM10 kepada tabung "We Care Journey" anda akan menerima kad ucapan edisi terhad yang dilukis oleh dua kanak-kanak istemewa, Brendan, 7, dan Jaden berusia 10 tahun.

Sumbangan anda itu akan menggembirakan kanak-kanak pesakit 'Spinal Muscular Atrophy' di mana KLCC mensasarkan kutipan mampu mencecah sehingga RM15,000 sepanjang kempen.

Selain itu boleh menyaksikan pelbagai persembahan magis, nyanyian dan tarian di pentas ruang tengah Suria KLCC.

Untuk mendapatkan maklumat aktiviti dan sebagainya yang berlangsung sepanjang bulan ini boleh klik  DI SINI.

Sesudah puas menikmati suasana hutan Santa Claus, Kak Fas dan rakan-rakan dibawa menaiki bas menuju Berjaya Times Square pula..

Memandangkan waktu puncak dan jam sudah pun menunjukkan 6 petang sudah tentulah kami 'terlambat' sedikit gara-gara 'jammed'. Jika jalan kaki pun rasanya dah sampai tetapi BBKLCC amat prihatin... tidak mahu kami penat berjalan lalu disediakanlah bas...

Terima kasih atas keprihatinan itu kerana bolehlah simpan segala 'goodie bags' yang diberikan oleh Avenue K dan Suria KLCC dalam bas.... kalau tak kena jinjing dua bag yang berat gitu haha...

Ketibaan kami di hadapan pintu utama Berjaya Times Square disambut meriah oleh pihak pengurusannya di mana kami di bawa menyaksikan pula deko Krismas yang dicipta mereka.

Wah... bagaikan berada di taman tema pula rasanya...




























Pada tahun ini, pengunjung boleh mengalami suasana Krismas yang menggembirakan dengan  Santa dan krewnya.

 Apabila giring Santa berada dalam pembaikan, Profesor Cosmo, Oorts, dan Ooops dari Taman Tema Berjaya Times Square meminjam Odyssey Supersonik mereka, memberikan Rudolph dan  rakan-rakan lainnya rehat yang secukupnya.



Kanak-kanak pastinya suka berada di sini... boleh bergambar dengan 'gingerbread men' atau pun 'snowman' juga. Pendekata, 'happening' jugalah di Berjaya Times Square yang satu-satunya pusat membeli-belah menawarkan taman tema besar di Kuala Lumpur.  

Sempena Krismas banyak juga tawaran dan persembahan yang disediakan di mana pembeli yang berbelanja lebih daripada RM120 dalam dua resit pada satu hari yang sama berpeluang mendapat satu tiket kanak-kanak ke Taman Temanya. Malah banyak lagilah promosi menarik.

Jika nak tahu lanjut sila layari dan TEKAN INI.


Sepatutnya, dari Berjaya Times Sqaure ke Plaza Low Yat... kami perlu kembali menaiki bas tetapi memandangkan lalulintas teruk 'jam' kami cadangkan agar berjalan kaki sahaja menyeberangi jalan... tak jauh pun... kalau naik bas ... mahu lagi sejam baharu sampai walau pun setekat 'u turn' je..

Jadi kumpulan kecil kami pun diiringi pengurusan Berjaya TImes Square berjalan kaki hingga ke pintu belakang bangunan Plaza Low Yat di mana kami seterusnya dibawa ke bahagian pintu utama yang tersergam indah arca sambutan Krismasnya.

Diberikan sebotol air minuman buat menghilangkan haus perjalanan... sambutan di sini tidak kurang menariknya.

Melihat persekitaran dengan tema 'A time of Joy" sekali lagi mengembalikan ingatan Kak Fas menikmati Krismas di Oxford Street, London.



Betapa tidaknya,,, lorong yang menuju ke BB Park dihiasi dengan gantungan lampu begermelapan manakala tebing jalan tidak terlepas daripada hiasan menawan.

Bercerita lanjut mengenai deko Krismas Plaza Low Yat, Raymond Foo selaku Pengurus - Penyelidikan Pemasaran / Komunikasi, Media & Perhubungan Awam berkata, pihaknya bukan sahaja menghias sekeliling untuk Krismas tetapi juga menyambut kedatangan tahun baharu 2018 dengan memberikan pengunjung suasana kegembiraan.












Kak Fas pasti ramai yang akan bergambar di sini apa tah lagi di dalam bahagian BB Park tersedianya sebuah  pentas muzik 'Rock N Roll". Kak Fas turut merakamkan foto bersama teman-teman lain seolah-olah kami sebuah kumpuan muzik lagaknya haha... Kak Fas memilih organ sebagai alat muzik untuk bergambor gitu...huhu....

Bermula 26 November hingga 25 Disember ini juga, pengunjung yang berbelanja di Plaza Low Yat berpeluang menebus hadiah. Segalanya tertakluk pada syarat dan terma yang boleh anda LIHAT DI SINI.





Bertolak dari situ....kami melangkah masuk bahagian pintu tepi pusat membeli-belah popular Sungei Wang Plaza. Bila sebut nama bangunan ini pasti teringat kata-kata lawak ....'habislah duit aku mengalir bagaikan sungei di Sungei Wang Plaza ni..." hahaha...Memang tepat nama itu diberikan bagi ;syurga; membeli-belah ini... huhu...

Di sini kami berkumpul di ruang Atrium di mana deko Krismas berpandukan kepada tema 'Avant-Garde' di mana setiap hiasan direka dengan tema perak serta sentuhan emas elegan.

Satu keunikan dan kelainannya  di sini apabila pengunjung boleh mengambil gambar pada sudut 'Avant-Garde AR'.  

Tetapi anda perlu membaca atau bertanya bagaimana caranya sebab kami pun pada mulanya 'blur' dengan teknik tersebut.

Tetapi apabila diberikan demo baharulah seronok pula bermain waima bergambar dengan rusa (3D) di alam siber ini... lihat pix kami... cun kan... padahal rusa tu tak ada di situ tetapi menjelma dalam visual apabila anda 'upload' app berkenaan di telefon bimbit.


Di bahagian pintu utama Sungei Wang Plaza ini pun diberikan tarikan dengan sebuah pokok Krismas setinggi 28 kaki menggamit pengunjung. Di sini juga anda boleh bergambar menggunakan cara teknik menggunakan aplikasi 'Avant-Garde AR' tadi.

Tahun ini Sungei Wang Plaza meraikan ulang tahun ke 40nya dan kerana itu ada juga beberapa aktiviti serta cenderamata yang anda boleh dapat ketika berbelanja.

Nak tahu info lanjut KLIK SINI.

Bertentangan Sungei Wang Plaza yang dipisahkan oleh Jalan Bukit Bintang membawa pengunjung melangkah pula ke Lot 10, sebuah lagi pusat membeli-belah yang baharu mengalami pengubahsuaian.

Setelah puas membeli-belah apa kata menderma ke arah kebaikan. Bukankah Krismas itu masa untuk menerima dan memberi. Jadi apabila berada di Lot 10... anda juga boleh memberi di mana perbelanjaan anda tu akan membantu Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya  Kirtarsh di Bukit Beruntung, Rawang.



















Bagi tujuan tersebut, Lot 10 bekerjasama dengan Honestbee dan Charwiki  di mana setiap pembelian hadiah Krismas mencapai RM200, pembeli berpeluang mendapatkan khidmat pembungkusan secara percuma malah penghantaran kepada penerima hadiah pun ditawarkan secara percuma.

Mudah kan?

Tak perlu bersusah payah ke pejabat pos jika nak hantar hadiah Krismas. Anda juga boleh menghantar ucapan Krismas pada postcard untuk penghuni Rumah Kirtash.bertetapan dengan temanya 'Share the Spirit of Christmas" (Berkongsi semangat Krismas).



























Jika nak tahu lanjut bagaimana caranya untuk menceriakan kanak-kanak di Rumah Kirtash boleh LAYARI DI SINI.

Dari Lot 10 kami meneruskan perjalanan ke arah kanan menuju Farenheit88. 



Seingat Kak Fas... dulu  mall ini bernama KL Plaza dan rasanya ada lagi pertukaran nama tetapi tak ingat dan sekarang ini premis yang sama diubahsuai dan dinamakan Farenheit88.

Dekorasi Krismas di sini tidak kurang menariknya. Sebaik sahaja melangkah masuk dari arca hiasan Krismas di pintu hadapan, pengunjung berhadapan dengan beberapa lagi dekorasi kecilan menghias platform dalaman.



Sehingga 31 Disember, bertemakan 'Beauty Merry Land" pelbagai aktiviti tidak kurang menariknya seperti menonton wayang mahu pun mendapat hadiah selepas berbelanja.

Walau pun dekor Krismasnya di sini sederhana namun 'mood' membeli-belah bagi musim Krismas tetap dapat dirasakan waima sebahagian besar daripada butik-butik menawarkan diskaun serta penebusan hadiah menarik.

Nak tahu lanjut boleh sahaja TEKAN INI.

Meneruskan perjalanan  membawa kaki kami menuju Starhill Gallery, sebuah pusat membeli-belah yang 'posh' di mana terdapatnya hotel 5 bintang, JWW Marriot mahu pun gedung antarabangsa Denhams serta butik-butik jenama ternama dan eksklusif.



Pesona 'bintang-bintang' bergemerlapan yang tergantung dari siling tinggi  menjadi deko utama dan tumpuan  pengunjung Starhill Gallery sehingga 31 Disember ini... ya lah nama pun Starhill kan... (bintang).

Sebuah pokok Krismas yang terletak suram di sebuah sudut tetapi dihiasi dengan ornamen Krismas yang mengerlip mampu menjadi latar kepada foto Krismas anda.

Walau pun dekorasi Krismasnya tidaklah sehebat mana namun umum ketahui Starhill Gallery tetap menyerlah waima produk-produk setiap butik di dalamnya menyediakan barang mewah dan eksklusif malah mereka sendiri membuat dekorasi Krismas yang mampu menarik pengunjung.

Pun begitu pada bahagian ruang utama Hotel JWW Marriot anda pasti akan terpegun dengan pokok Krismas dan gelung bercahaya pada puncaknya yang cukup indah sekali. Malah pada pada bahagian pejalan kaki di luar tidak kurang menariknya dengan beberapa lagi hiasan pokok Krismas. Dan tentu sekali bila tibanya malam ia menjadi laluan yang mempersonakan.


Bagi pembeli jenama eksklusif yang mahu info lanjut berhubung produk terbaharu untuk dijadikan hadiah Krismas boleh KLIK ini. 

Sudah pasti penerimanya teruja mendapat hadiah yang dibeli penghantarnya daripada Starhill Gallery.... Kak Fas suka dengan cenderamata yang diberikan... comel, cantik dan sudah tentu berkualiti ya tak?




Akhirnya.... sampai juga ke destinasi terakhir - Pavilion KL






Jika tak silap Kak Fas... Pavilion KL merupakan pusat membeli-belah terakhir dibina dalam kawasan segi tiga emas ini.

Dulu di sinilah letaknya Sekolah Menengah St. Mary... Kak Fas ingat hadir ke situ apabila mengambil adik dari sekolah... huhu... 

Kini ia tersergam indah dengan pembangunan Pavilion KL. Dan pusat membeli-belah tersohor ini antara yang mempamerkan hiasan dekor menakjubkan.

Memang cantik dan 'happening' di sini... ia sentiasa menjadi antara destinasi pelancong atau pun pengunjung tempatan mengambil gambar.. termasuk lah Kak Fas kan haha...

















Untuk tahun ini segala dekorasi bertemakan 'Christmas Is In the Air'... lengkap dengan belon panas besar  di udara dan di bawahnya  Santa menyiram  'kasih sayang, kegembiraan dan muhibah' .


























Sehingga 1 Januari 2018, sesiapa yang hadir ke Pavilion KL ini pasti terpegun dengan persekitaran yang hiasannya cukup indah dilihat sebaik sahaja berada di kawasan pintu luarnya. 




Daripada pelbagai aktiviti dan photo booth yang boleh dikunjungi...beberapa restoren di sini juga menyediakan hidangan lazat untuk makan malam Krismas .

Nak tahu jadualnya LIHAT DI SINI.

Kami juga tidak ketinggalan di bawa ke sebuah restoren D'Empire untuk menikmati makan malam yang disediakan....

Kak Fas memesan Steak dan Kek Keju.... memang sedap walau pun dalam keadaan tergesa-gesa nak balik sebab dah lewat malam huhu...cuma kalau daging steak tu lebih lembut lagi 'best'... agak keras sikit.... ke sebab Kak Fas minta 'well done'? Alamak terlupa lak nak bagi kamera 'makan' dulu.... dapat tangkap gambar 'dessert' je...

Tak apa lah yang penting... perjalanan kami berakhir dengan selamat dan perut pun kenyang... Terima kasih Sharon Tan (Pengurus Perhubungan Awam Pavi) yang membawa kami jelajah Pavilion KL.

Seterusnya kami menaiki semula bas untuk ke Avenue K di mana ramai di antara kami yang parkir di situ sejak dari jam 5 petang....dan bil parkirnya.... RM18 jer huhu....

Barangkali jika ada lagi 'fam tour' sebegini sebaiknya pihak penganjur menyediakan parkir khas supaya tidak susah mencari-cari parkir pada waktu kemuncak...sebagaimana pihak Pavilion KL selalu melakukannya apabila ada majlis di situ... media dibenarkan parkir pada jokey di bahagian Porch Pavilion KL.

Apa pun Kak Fas mahu cadangkan agar tahun hadapan barangkali boleh melakukan lawatan 2H 1 Malam di mana kami boleh berehat di hotel-hotel kawasan itu dan sambung kembali 'tour'.

Bayangkan jika semua peserta memakai baju t sama dan heret 'bagasi' yang tertera 'Shop with BBKLCC' tentu lebih cantik dan menarik perhatian ramai kan...ala ala peserta Akademi Fantasia tarik bag gitu haha... Tak la kami terpaksa jinjing banyak bag macam ni .. dan hasilnya ini dia cenderamata yang dikumpul huh!



Terima kasih daun keladi kepada BBKLCC atas kesempatan yang diberikan.. semoga berjumpa lagi pada tahun 2018!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan