Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KLCC SURIA TERUSKAN AMALAN MENDERMA SEMPENA KRISMAS


Sambutan Hari Natal atau pun lebih popular disebut 'Krismas' dah pun menghampiri... tinggal 23 hari sahaja lagi.

Malah pada bulan DIsember ini juga boleh dikatakan bulan memberi dan menerima apatah lagi bagi kaum Kristian yang menyambut Krismas. 

Untuk itu selain hadiah Krismas yang selalunya menjadi ikatan kasih sayang antara keluarga, sahabat dan mereka yang dikasihi...pelbagai cara lain disempurnakan khususnya dalam program CSR sesebuah syarikat.



Dan bersempena Krismas... seperti lazimnya setiap tahun pusat membeli-belah terkenal, Suria KLCC tidak pernah ketinggalan meraikannya dengan menyediakan replika pokok Krismas setinggi 32 meter (100 kaki).

Malah sudah dua kali ia mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records pada 2014 dan 2015.


Tahun ini, bertemakan 'We Care Journey",  Suria KLCC bersama dua pusat membeli-belah di bawah pengurusannya, iaitu Alamanda dan Mesra Mall  berhasrat mengumpul dana RM15,000 untuk membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit saraf Spinal Muscular Atrophy (SMA) atau masalah kemerosotan otot tulang belakang.

Insitiatif tanggungjawab sosial ini telah diumumkan pada majlis pelancaran sambutan Hari Krismas di Suria KLCC baru-baru ini, yang dihadiri oleh Andrew Brien - Ketua Pegawai Eksekutif  dan Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd; Francis Tan - Ketua Pegawai Operasi Suria KLCC; Ben Chong - Pengurus Besar Suria KLCC; Baldev Singh - Pengurus Besar Alamanda serta pengasas 'We Care Journey' - Edmund Lim dan  isteri, Yap Sook Yee.

Dalam ucapan ringaksnya,  Andrew Brien memberitahu,  Suria KLCC, Alamanda dan Mesra Mall berikhrar untuk mengumpul dana melalui jualan kad ucapan Krismas yang direka khas oleh kanak-kanak 'We Care Journey'.

Justeru itu, para pengunjung boleh  menghulurkan derma minima sebanyak RM10 untuk kad ucapan Krismas berkenaan yang dijual sehingga 25 Disember 2017.
















SMA adalah penyakit genetik yang menyebabkan kerosakan pada sel saraf, dikenali neuron motor di saraf tunjang sehingga menjejaskan keupayaan antara lain untuk berjalan dan menelan.

Andrew berkata dana yang dikumpulkan itu akan digunakan untuk membeli tiga unit mesin 'stranders yang diperlukan oleh kanak-kanak pesakit SMA'.



Mesin berkenaan mampu membantu meningkatkan fungsi sistem penghadaman, peredaran darah dan pernafasan.






















Sementara itu, Edmund Lim selaku pengasas "We Care Journey" dalam ucapan aluannya berkata, "Anak kedua kami Branden disahkan mengidap penyakit SMA pada usia setahun. Kami suami isteri bertekad untuk membantu Branden sebaik mungkin dan membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menggunakan semua simpanan wang kami untuk menubuhkan organisasi ini."



Cara itu, kata Edmund, beliau dan isteri bukan sahaja dapat memberi tumpuan kepada Branden malah mampu membantu anak-anak SMA lainnya serta keluarga mereka menghadapi penyakit ini.


Majlis pelancaran yang berlangsung turut menyaksikan nyalaan lampu Krismas pada pokok Krismas tertinggi di Malaysia ini yang terletak di bahagian Esplanade Suria KLCC.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen mengumpul dana SMA boleh layari DI SINI atau KLIK INI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan