Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'OH MOST WANTED' LAMBANG KECANTIKAN NORA DANISH


Pelakon yang mempunyai 5.1 juta pengikut di lama sosial IG ... siapa lagi jika bukan si 'Puteri' - Nora Danish menjadi  wajah pengisian terakhir pada tahun 2017 dalam blog Kak Fas ini.

Inilah 'event' terakhir menutup tirai 2017 yang Kak Fas sempat hadir di mana Nora Danish menyempurnakan pra pelancaran produk kecantikan miliknya yang dinamakan "Oh Most Wanted" (OMW)

Kak Fas fikir ini jenama baharu daripada Nora tetapi hakikatnya 'OMW' sebenarnya sudah memasuki tahun ke 3 berada dalam pasaran tempatan. 

Mungkin anda tertanya-tanya kenapa baharu kini mahu diperkenalkan?

Jadi dengar apa kata Nora....





"Sebenarnya Nora banyak terlibat secara langsung di belakang tabir selama 2 tahun ia diperkenalkan cuma waktu itu Nora  masih terikat dengan beberapa kontrak sebagal duta kepada produk penjagaan kulit dan kecantikan, jadi sudah tentu Nora tidak dapat nak mewar-warkan lebih awal."

Menurut Nora yang kini mengandung 7 bulan, minatnya terhadap kecantikan dan penjagaan wajah sejak kecil memungkinkan produk 'OMW' dilahirkan malah ia turut diinspirasikan daripada pengalaman melancong ke luar negara khususnya negara yang terkenal dengan fesyen dan kecantikan seperti Perancis.

Malah  aspirasi Nora terhadap perkara perkara yang cantik, youthful, cute dan sangat feminis antara faktor yang menaikkan semangatnya untuk menjadi usahawan produk kosmetik.

KIni setelah hampir 3 tahun 'OMW' mendapat perhatian umum, sudah tiba waktunya produk berkenaan dipasarkan secara komersial, tambah Nora.
Bahkan beliau berpuas hati dengan kajian pasaran, 'market validation' dan R&D yang telah dilakukan oleh rakan-rakan niaganya  terutama oleh Dr, Aina dan Dr. Azri yang merupakan pasangan doktor aesthetic (kecantikan) yang bertanggungjawab terhadap formulasi produk.
Istemewanya 'OMW' berbanding produk saingannya ia bukan sahaja bertindak sebagai satu produk kosmetik malah ia dikategorikan sebagai produk cosmeucetical. atau dalam bahasa mudahnya bermaksud kosmetik dan farmasutikal.
"Ia bukan sahaja mampu mencantikkan tetapi sekali gus ia merawat kulit,"tambah Nora. Atas hakikat itu 'OMW' menggunakan tag line berbunyi "It Seals, It Heals".
Pada majlis pra pelancaran yang berlangsung di Play Up Advance, Farenheit88 Kuala Lumpur, 'OMW' memperkenalkan 4 produk seperti Magic Magic Foundation with SPF 50, Pout-fect Lip Cream, Magic Blender dan Magc Wand yang diformulasikan untuk kegunaan harian.

Namun khabarnya, seawal bulan Januari 2018, 'OMW' akan menluarkan beberapa produk lagi untuk sirl Pro-Face-sional iaitu untuk penggunaan yang lebih berat seperti menghadiri majlis-majlis tertentu.
Dikesempatan itu juga, 'OMW" menawarkan peluang menjadi rakan perniagaan atau 'reseller' untuk mengedarkan produk-produk “OhMostWanted”  dengan modal serendah RM500 dengan margin keuntungan yang tinggi.
Pendekata, "Oh Most Wanted" yang kini sudah memiliki lebih daripada 100 orang 'reseller' mensasarkan dapat mengumpul kira-kira 1,000 orang 'reseller' sekali gus membantu usahawan tempatan berniaga.
"Nora tidak mahu untung seorang tetapi mahu berkongsi kek keuntungan dengan semua yang berminat bersama team kami," jelas Nora jujur.
Malah untuk menghadapi tahun 2018 juga, Nora sedang mengintal peluang eksport ke Indonesia, Thailand, Fillpina dan beberapa negara Eropah dengan kerjasama rakan niaga strategik di sana. 
"Nora berharap untuk melihat jenama ini dikenali di seluruh Malaysia sebagal sebuah jenama cosmeuceutical yang dipercayai. Kami sedang berusaha untuk meluaskan saluran pengedaran agar memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk ini," sambung Nora yang nampak semput dengan kandungan besarnya itu.

Khabarnya disebabkan kandungannya yang besar itu doktor tidak pasti samada Nora bole bersalin secara normal atau perlu pembedahan.
"Biarlah waktu menentukan," ujar isteri Nedim Nazri ini yang masih merahsiakan jantinan anaknya itu.
Apa pun jika ko orang mahu kelihatan cantik macam Nora dan mahu mencuba "Oh Most Wanted" bolehlah mencarinya di semua cawangan Play Up Advance, klinik-klinik kecantikan dan farmasi terpilih, kedai-kedai online seperti Mysmink, BeautyBrowse dan PinkboxCereal, atau pun rakan-rakan pengedarnya di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Di masa hadapan Nora berharap untuk melihat jenama ini dikenali di seluruh Malaysia sebagal sebuah jenama cosmeuceutical yang dipercayai. 
Hasil maklumbalas  yang diperolehi selama ini, rata-rata pengguna berpuas hati dengan kualiti produk seperti Magic Foundation kerana ia amat ringan, mudah ditanggalkan, mesra wudhu, dan mampu menyelesaikan masalah kulit mereka. 
"Oh Most Wanted" khabarnya antara 8 produk terbaik daripada 10,000 produk antarabangsa lain yang dijual melalui Play Up Advance.
Maklumat lanjut layari  laman web rasmi www.ohmost-wanted.com.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan