Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMBUT KRISMAS, TAHUN BAHARU SAMBIL MENDERMA DI BEST WESTERN PJ


Ho! Ho! Ho! Krismas dah nak tiba u alls...

Ya ... tidak lama lagi rakan-rakan Kak Fas yang beragama Kristian akan menyambut Hari Natal yang tarikhnya tidak berubah-ubah tetapi tetap pada 25 DISEMBER setiap tahun.

Sebagai negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum, setiap kali hadirnya sesuatu hari perayaan baik Melayu, Cina, India dan bangsa lain... semua orang akan menyambutnya tanda  keharmonian waima saling hormat menghormati agama berlainan bangsa.

Dan bulan DISEMBER ini antara bulan dalam kalendar yang cukup  bermakna. Ia bukan sahaja bulan Krismas malah bulan percutian ini juga disambut meriah dengan pelbagai sambutan bagi meraikan kedatangan  Tahun Baharu tepat jam 12 malam 31 Disember setiap tahun.


Berbagai cara orang menyambutnya... ada yang sanggup bersengkang mata di Dataran Merdeka merenung tajam jam besar di bangunan Sultan Abdul Samad,... ada yang meraikannya dengan berparti atau majlis makan malam dan tidak kurang juga yang lebih selesa menonton tv di rumah.

Apa pun cara masing-masing yang pasti sambutan Krismas atau pun Tahun Baharu tetap akan diraikan serata dunia...




Sekiranya anda seorang yang gemar membawa keluarga makan malam pada sambutan malam Hari Krismas mahu pun Tahun Baharu... barangkali boleh memilih untuk meraikannya di Hotel Best Western Petaling Jaya.

Apa istemewanya 'dining' di sini?

Meh... Kak Fas nak cerita....,,, 

Jika  menempah  'buffet' di sini anda bukan sahaja mengenyangkan perut anda dan keluarga tetapi turut 'menyelam sambil minum air"..

Huh! 'selam minum air'....? 

Bagi orang Melayu tentu faham apa maksud Kak Fas kan? Okey apa yang Kak Fas nak storykan di sini ialah sambil makan anda turut beramal jariah kerana setiap tempahan untuk jamuan bufet atau koktel, sebanyak RM2 akan disalurkan kepada pertubuhan amal.

Anda mempunyai dua pilihan tempahan samada untuk jamuan bufet Krismas atau pun jamuan Tahun Baharu.




"Christmas Eve Bufet Dinner' yang disediakan di restoran Kembali Kitchen pada malam 24 Disember 2017  boleh ditempah dengan kadar RM88 nett (dewasa) dan RM44 bagi kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun.

Manakala sambutan Tahun Baharu bagi menyambut kedatangan 2018 pada 31 Disember 2017 lebih 'happening' di mana ia akan berlangsung di SkyZ Dine & Bar yang terletak di 'roof top'  yang turut menempatkan kolam renang., tetapi tidak dibenarkan selam sambil  minum air kolam pulak ya hihi...




Di 'rooftop' ini  jamun makan malam Tahun Baharu secara koktel berharga RM78 nett (dewasa) dan RM39 nett untuk kanak-kanak berusia 5-12 tahun.

Pemandangan di atas bumbung hotel ini memang cantik. Anda pasti mudah melihat mainan bunga api yang selalunya mencetuskan suasana riang dan warna warni di langit yang gelap. Malah dengan tema 'Glitz & Glamour' Kak Fas dapat bayangkan suasana pada malam tersebut tentunya penuh glam apatah lagi ada pelbagai aktiviti disediakan termasuk cabutan bertuah dan 'live band'.

Emm... bertuah kah anda pada  malam tahun baharu nanti....semuanya boleh direalisasikan jika menempah majlis sambutannya di Hotel Best Western PJ ini... pasti 'best' sesuai dengan nama hotel hihi...

Jadi walau pun anda berhibur.... setiap RM2 tetap akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.


























"Kami tidak pernah melupakan orang yang kurang bernasib baik dan berharap sumbangan yang terkumpul dapat menunjukkan semangat memberi, kasih sayang dan rasa syukur kepada mereka pada musim ini.. " ujar Pengurus Besar Hotel Best Western Petaling Jaya, Encik Francis Alberto.

Kak Fas dah pun rasa menu pilihan yang disediakan chef seperti antaranya Sup Asparagus, Sheperds Pie, 'Medallions of Beef with Balsamic Sauce', 'Stuffed Chicken Breast with Fruit Sauce', 'Oven Roasted Seabass with Green and Red Capsicum Cream Sauce' mahu pun Roast Ayam Turki.


 


Haa... bab ayam Turiki ni minta maaf... Kak Fas tak berani nak sentuh sebab memang tak pernah makan walau pun pernah tinggal di London dan sering berhadapan dengan ayam besar ni tetapi memang tak boleh nak masuk tekak huhu...

Tetapi itulah menu utama menyambut Krismas... macam 'Rendang' lah pada kita bila menyambut Hari Raya gitu..... cuma Kak Fas tak berani nak 'try' sebagaimana Kak Fas tak sentuh itik gambo gambo haha...

Tetapi yang paling Kak Fas suka bab 'dessert'  - ada kek Krismas, log cokelat dan kek keju...yang semuanya 'favourite' Kak Fas... memang yum yum!




Apa pun cita rasa dan pilihan menu anda... Kak Fas yakin bila perut dah kenyang  mesti mata pun layu mengantuk setelah berjaga lewat malam kan? Jadi memandangkan lokasinya hotel... boleh sahaja menempah biliknya yang cukup 'cosy' dan nyaman.

Kak Fas pernah menginap di sini tau... memang selesa dan nyaman dan fasilitas bilik sesuai untuk orang 'berbisnes' atau yang macam Kak Fas ni... tak boleh lekang dengan laptop... malam malam baharu jelma idea untuk berkarya gitu...




Ada 344 buah bilik semua yang sentiasa agak penuh pada musim percutian apatah lagi perayaaan... jadi eloklah buat tempahan awal ya.

Jika ini pilihan anda tahun ini, apa kata berhubung dengan Encik Muri di talian 019 7778150 atau Ms Prem 019 7774140 bagi tempahan kedua-dua bufet makan malam.

Bagi mereka yang menempah awal untuk jamuan bufet ada diskaun.. nak tahu lanjut sila KLIK DI SINI atau LAYARI INI

Memandangkan audiens atau pembaca setia Kak Fas ini ada yang daripada Amerika Syarikat... boleh juga membaca 'story' ini yang Kak Fas tulis dalam bahasa Inggeris di ruangan Travel/Hotel/Food DI SINI...

MERRY CHRISTMAS & HAPPY NEW YEAR ALLS!














Tiada ulasan:

Catat Ulasan